Bab 28

Romance Series 36162

Berulang kali dia dia pesan pada Nuraz untuk makan. Tapi nasi bungkus yang dibeli tengahari tadi masih terbiar di tepi katil. Lelaki bertopeng geleng kepala.

"Makan."

Nuraz buat tidak endah. Badan berbaring secara statik. Dia mengeraskan badan yang ditutupi dengan selimut.

"Aku tak nak kau mati. Makan nasi tu. Rugi kau tak makan. Sedap. Aku beli nasi beriyani." Sempat lagi lelaki bertopeng memuji kesedapan nasi beriyani. Dia dah makan 2 bungkus dengan papadom.

"Kau nak papadom bagitahu. Aku ada simpan."

Nuraz masih begitu. Tiada perkataan yang keluar dari mulut. Dia kekal bisu membeku. Dia mahu mogok lapar waima perutnya sudah berbunyi.

"Kau tak nak mandi?buang air kecil ke?"

"Ok lah. Aku buka gari kaki kau. Tapi kau kena janji dengan aku. Jangan lari atau melawan. Sebab aku bukan tandingan kau."

Nuraz menurunkan selimut dari kepala. Dia mengintai. Lelaki itu dah pergi. Mungkin nak ambil kunci. Otaknya telah fikir agenda yang seterusnya untuk melepaskan diri. Apabila dengar sahaja derapan kaki, Nuraz terus selubung dengan selimut.

"Bukalah selimut tu. Aku nak buka gari kau."

Nuraz lempar selimut ke tepi. Dia bangun secara mendadak. Rambut yang serabai dibiarkan makin serabai. Dia menunggu masa untuk bertindak.

Sebaik sahaja si lelaki bertopeng selesai buka gari pada kakinya. Nuraz terus gunakan siku pada badan si lelaki. Perbuatan Nuraz sia sia. Lelaki bertopeng elok sahaja berlutut.

"Kau buat apa ni?" Soal lelaki bertopeng dengan nada keras. Menyakitkan hati! Orang nak buka gari, boleh ambil kesempatan.

Belum sempat dia mahu turun dari katil. Kaki tersandung dan Nuraz jatuh tertiarap di lantai. Lelaki bertopeng senyum sinis. Sekali hayun tangan je. Perempuan ini boleh jatuh.

Badan Nuraz dipalingkan ke hadapan. Lelaki bertopeng cengkam tangan kiri dan kanan. Mulut didekatkan pada telingan Nuraz.

"Kau ingat kau boleh lari?"

"Lepaskan aku."

"Nuraz. Kau ni degil lah."

"Kau nak apa hahhh?"

"Sekali lagi kau cuba. Aku tembak kaki kau. Aku tak main main." Ugut lelaki bertopeng.

Lelaki bertopeng dukung Nuraz di bahu kanan. Dia melemparkan gadis itu di atas katil seperti bantal golek.

"Aku tak nak gari kau dah. Kau duduk diam dan makan." Tiada lagi suara yang bersahaja. Kini nada suara lelaki itu bertukar jadi kasar dan tegas.

Nuraz mengenggam tangan. Dia benci dengan lelaki tak guna tu. Lelaki bertopeng itu buang dia macam sampah. Sakit satu badan.

"Tak guna punya jantan. Patutnya aku tendang je kemaluan dia. Baru dia tau." Omel Nuraz geram.

Nasi bungkus yang diletakkan atas lantai diambil dan dia baling ke arah pintu. Sakit hati. Dia rela tak nak dari makan makanan yang tidak tahu elok ke tidak.

*****

"Sara tak ingat No plat van tu?"

"Tak?"

Gibrel membawa berita dukacita yang Nuraz diculik. Tekaan dia salah lagi. Kali ini orang itu buat kerja lebih jauh dari dia.

"Patut kita report polis?" Soal Gibrel was was. Kes macam ini runsing dibuatnya. Tak sangka mereka lebih bertindak.

"Jangan. Nanti aku suruh orang orang aku cari Nuraz."

Gibrel menarik nafas panjang. Keadaan macam ini dia harus fikir secara waras. Kehilangan Nuraz boleh buat dia jadi gila.

"Balik dan rehat. Jangan salah diri sendiri. Benda ni luar jangkaan kita."

Gibrel meraup wajah . Risau dengan keadaan Nuraz. Dia tidak boleh berdiam dia. Maklumat dari orangnya belum diketahui lagi. Moga Nuraz sentiasa dilindungi.

*****

Kaki kanan terpijak nasi yang bertaburan di lantai. Perempuan ini memang perangai betul! Tak tahu lapar. Peliknya sanggup berselubung dalam selimut.

Dia menghampiri katil. Dulang yang dipenuhi makanan di letakkan di lantai bersebelahan katil. Dia cuit selimut Nuraz tapi tiada reaksi. Tidur mati agaknya.

"Aku ada bawa makanan ni. Jangan buat hal macam tadi. Membazir."

"Bila nak lepaskan aku hah?" Soal Nuraz dengan garang. Rambut yang serabai ditolak ke belakang. Ikutkan hati dia mahu terkam lelaki bertopeng.

"Aku tak tahu."

"Siapa upahhh kau hah?"

"Bingit telinga aku. Cakap elok elok kan boleh." Lelaki bertopeng gosok telinga. Jeritan Nuraz boleh datangkan masalah telinga.

Nuraz gengam lengan baju lelaki bertopeng. Mata tajam pandang lelaki bertopeng.

"Lepas Nuraz. Jangan sampai aku apa apa kan kau." Lelaki topeng beri amaran.

"Kau siapa hah?"

"Diam Nuraz diammmm." Jerkah lelaki bertopeng.

Nuraz terkedu. Dia melepaskan lengan baju lelaki bertopeng. Dia tunduk ke lantai.

"Aku layan kau baik baik. Balas cara aku dengan baik."

"Kau ingat aku hairan." Balas Nuraz kembali.

Balasan Nuraz membuatkan lelaki bertopeng mati kata.

"Kau ingat aku takut dengan kau?" Soal Nuraz sinis dengan senyuman sinis. Puas melihat lelaki bertopeng putih ini terdiam. Ini Nuraz lah! Tak ada gentar langsung. Lelaki badan besar pun dia boleh tumpas apatah lagi lelaki yang memakai topeng. Cuma dia belum jumpa kelemahan lelaki ini.

"Yeke? Kenapa hari itu kau kena panic attack?" Perli lelaki bertopeng.

Perlian lelaki bertopeng membuatkan lidah Nuraz kelu. Idea untuk balas mati. Malu!

"Aku malas nak bertekak. Kau makan ni. Sekejap lagi aku hantar baju kau. Pergi mandi. Badan kau dah bau macam almari lama."

Selain mahir culik orang. Lelaki ini berbakat menyakitkan hati dia. Dasar makhluk pelik. Kalau ikutkan nak tumbuk je muka bertopeng tu.

"Gibrel awak kat mana?Saya takut." Rintih Nuraz. Dia rindukan lelaki yang sentiasa melindungi. Hari ini segalanya berlaku dengan cepat. Dia tidak boleh selamatkan diri. Kalaulah dia tidak leka. Sudah tentu perkara ini tak akan terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience