Bab 50

Romance Series 36162

"Saya tak akan cakap hal kahwin lagi."

"Awak dah kenapa Gibrel. Tetibe cakap macam tu. Lawaklah." Nuraz tersenyum senget. Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba bangkit soal kahwin. Agaknya Gibrel dah mengalah dengan dia. Syukurlah. Tak perlu dia serba salah dengan Gibrel lagi.

"Kadang saya rasa macam terburu sangat ajak awak kahwin dalam keadaan macam ni."

"Kan. Haaaa baru nak fikirlah tu. Lagi pun saya anggap awak macam abang dah. Selalu tolong saya masa susah. Tak ada awak. Nyawa saya dah melayang."

"Tak boleh ke awak buka hati untuk saya?"

Nuraz mengeluh perlahan. Dia tak suka bila Gibrel cakap soal hati perasaan. Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri.Dia banyak terhutang budi dengan Gibrel bukan bermakna dia perlu serahkan hati pada Gibrel.

"Gibrel."

"Hmmmm."

"Awak tahu kan jawapan saya macam mana. Saya susah nak sayang orang lain."

Gibrel melirik sekilas. Cuba membaca reaksi tenang Nuraz. Wajah itu tenang dan tak seperti dulu menyinga. Mata beralih ke arah sungai mengalir deras. Hati yang tenang ketika ini pasti ada gelora.

"Orang yang kita suka tak semestinya kita akan miliki." Ujar Nuraz. Dia tak nak Gibrel menaruh harapan pada dia. Hati dia juga sama tak mahu melebih dengan perasaan. Satu je berani dia katakan yang biarlah masa menentukan. Jika jodoh bersama Gibrel dia terima. Bukankah jodoh akan datang tepat pada waktunya tanpa kita sangka. Ya dia sangat berpegang pada yang itu. Buat masa ini dia hanya ikut garis masa sahaja.

*****

Erica ketawa nyaring dengan bertepuk kedua tangan. Seronok bila menatap anak kandung datang menyembah. Bukan senang Gibrel mahu tunjuk muka.

"Erica."

Wajah Erica berubah. Panggilan nama itu membuatkan dia tergamam.

"Kenapa tergamam? Nak hidup macam english kan. So anak pun boleh panggil mummy nama. Tak gitu?" Sinis ayat Gibrel. Dalam hati bersorak riang melihat perubahan wajah Erica.

"Gibrel anak yang baik. Tak baik panggil mummy macam tu. Gibrel bukan Hayden."

Gibrel senyum sinis. Tangan kanan menyisir rambut yang terjuntai kebelakang. Dia berdehem. Mata memandang ke arah sekeliling. Tiada pengawal mahu pun pembantu peribadi Erica. Agak agaknya kalau dia tamatkan riwayat Erica sekarang. Mesti segalanya akan  tamat tapi dia masih normal. Dia masih hormatkan Erica.

"Dont say you bunuh semua orang suruhan mummyyyy." Jerit Erica lantang. Mata terbuntang besar melihat Gibrel dengan senyuman mengejek.

"Orang mummy lembik sangatlah. Oh ya pembentulan bukan bunuh. Gibrel cederakan sikit je. Mummy jangan risau okey." Bersahaja Gibrel membalas. Kaki melangkah ke arah sofa mewah dan melabuhkan punggung. Jari mengusap meterial sofa. Untungnya jadi manusia seperti Erica. Dapat duduk mewah diatas kesusahan orang lain.

"You nak apa datang sini Gibrel? Jangan sampai mummy panggil Hayden datang sini. Hapuskan you dan kesayangan you tak guna tuuu." Ugut Erica.  Hati mula tak tenang dengan kelakuan Gibrel.

"Gibrel anak kandung mummy. Anak yang sah pulak tu. Tapi Hayden anak hmmm mummy dengan marc..."

"Senyappp." Jerkah Erica sebelum Gibrel menamatkan ayat. Dada turun naik. Gibrel berani melawan dia. Gibrel berani membongkar kebenaran. Gibrel sama perangai macam aruah suaminya. Saling tak tumpah. Luaran kelihatan tenang tapi sangat pantang dicabar.

"Betul ke perangai Gibrel sama macam aruah daddy? Mummy betul ke daddy mati masa Gibrel masih 3 bulan? Mummy tak kurung daddy kan atau bunuh daddy?"

"Gibrel datang nak apa?"

"Mummy patut jawab soalan Gibrel. Bukan soal Gibrel balik. Tak adil lah mummy. Jawab soalan Gibrel pleaseeee."

Kerutan pada dahi Erica jelas. Dia hairan dengan perubahan perangai Gibrel secara drastik. Gibrel tak pernah buat perangai. Dia sentiasa hormatkan Erica waima Erica banyak menyusahkan Gibrel. Adakah perubahan Gibrel disebabkan tekanan yang dia berikan atau terlalu melindungi gadis kesayangan. Dia mengeleng kepala. Kaki yang masih kaku pada tangga digerakkan dan melangkah ke anak tangga. Dia teragak -agak untuk berdekatan dengan Gibrel.

"Gibrel tak akan buat mummy. Gibrel bukan perangai macam mummy. Mari duduk sini dan sambut anak bukan kesayangan ni."

"You tak patut datang sini. Pergi balikkk. Mummy tak nak apa apa kan you."

Kerambit yang berada di jari dipusingkan. Dia menyarungkan penutup dan diselitkan pada hujung kaki. Kerambit kecil ini memang dahagakan darah manusia. Pistol yang berada dipinggang pula dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. Sengaja dia menayangkan pada Erica. Kaki pula dilunjurkan pada meja kopi. Terasa lega segala sendi. Bukan senang dia masuk ke mari. Terpaksa bertarung dengan beberapa orang diluar. Harapnya yang lain masih bernyawa lagi. Aksinya belum tumpul lagi dan perlu diasah bagi tajam seperti kerambit.

Erica gerun. Gibrel selamba memutar kerambit. Dia nampak jelas titisan darah jatuh. Ini bukan diri Gibrel. Kaki yang mahu melangkah ke sofa tidak jadi. Dia risau Gibrel jadi gila menamatkan riwayat hidupnya. Kematian bukan atas tangan anaknya sendiri.

"Gibrel bukan mummy yang akan bunuh anaknya sendiri." Jelas Gibrel. Tangan ligat memasang peluru. Setelah selesai, pistol diacukan pada wajah Erica. Walaupun dari jarak jauh, dia tahu sasaran dia adalah tepat iaitu headshoot.

"Hei Gibrel. I ni ibu kandung you. You nak bunuh I ke? Tak cium bau syurga. Mana you punya agama hah? Nenek you tak pernah ajar syurga pahala?"

"Syurga pahala?Neraka dosa? Mummy tak pernah tahu apa mummy buat selama ni berdosa besar?Oh yaaa mummy mana tahu semua ni sebab tak ada orang ajar? Eh bukan hati mummy memang dah hitam dan jangan ajar Gibrel dosa pahala kalau mummy yang tunjukkan cara dosa. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Keturunan yang sama perangai pun harus lebih syaitan." Tempelak Gibrel.

"No. You ikut ayah you bukan I. You tahu hakikat tu."

Entahlah situasi sekarang tak tahu sama ada nak gelak atau berpura pura jadi biasa. Erica kalut dengan perangai gila dia. Datang secara tiba tiba dan acukan pistol. Manusia mana yang tak bangun mengejut kalau diri sentiasa dikejutkan secara paksa. Bukan hal Nuraz sahaja buat dia jadi gila tapi dia nak tuntut hak Fitrah dan nenek secara adil. Sebab perempuan inilah kesayangan dia hilang sekelip mata.

"Mummy takut?" Ejek Gibrel. Dia mengukir senyuman penuh erti.

"Tak."

"Tipu."

"Buat apa I nak takut dengan anak I sendiri. You bukan siapa siapa pada I. You bukan Hayden."

Gibrel mengangguk faham. Akhirnya terluah juga ayat itu. Dia bukan siapa pada Erica. Hanya Hayden yang Erica utamakan. Jadi tak salahkan kalau peluru ini makan kepala Erica.

"Hmm. Jawapan tu Gibrel suka. Dari dulu nak dengar."

"Gibrel. Jangan buat kerja gila. You ingat you bunuh mummy. Hayden tak naik hantu cari you ke hah? Lebih dari tu. You tak kenal perangai dia Gibrelll."

Amaran yang diberikan Erica tidak sedetik pun terasa menakutkan. Malah dia rasa seronok. Dia mahu beradu tenaga dengan anak kesayangan mummy. Manusia yang sering gelar dia hebat bila berhadapan Nuraz. Setara mana kehebatan seorang Hayden.

Tangan kanan dinaikkan ke atas dan ditarik picu lalu menghasilkan tembakan. Dia tersenyum lebar bila melihat Erica ketakutan. Erica menutup kedua dua telinga dan mata. Badan itu mengigil sedikit. Nampaknya Erica berani jika berada bersama orang suruhan. Apabila berseorangan dia melihat diri itu seorang pengecut.

"Mummy takut? Jangan risau okey. Gibrel belum bangang lagi nak bunuh mummy. "

"You gila Gibrel."

Perkataan yang dituturkan Erica membangkitkan rasa dalam diri. Dia suka perkataan itu. Gila! Benar kata Erica dia memang gila tapi belum jadi gila lagi. Dia masih normal tahu baik dan buruk. Dia datang ke sini mahu bersemuka dengan Erica tapi bukan dengan cara baik. Dia mahu tunjuk pada ibu kandungnya bahawa seorang Gibrel juga punya sisi gila hasil ajaran Erica. Dia bukan lelaki yang sentiasa lemah dihadapan wanita. Dia ada pendirian.

*****

Dia meneguk air rakus. Hilang hausnya. Kerja gila dan tak ada otak tadi  bukan sifatnya yang sebenar. Dia datang tanpa strategi yang rapi. Seperti dia katakan pada Nuraz, jangan letakkan leher pada parang musuh. Tapi dia lakukan juga. Mungkin nasibnya bernasib baik.

Lengan kanan yang luka dibalut dengan kain putih. Perit. Pedih. Ngilu. Rasa itu tidak dihiraukan kerana ada lagi yang pedih iaitu hati. Tegar mummy campak dia. Terang terangan mengatakan dia bukan siapa siapa. Dia pejamkan mata dan kembali meneguk air sejuk. Dingin tekaknya. Mudah mudahan air dingin ini mampu meredakan hati yang sedang bengkak.

"Awak okey Gibrel? Kenapa tangan awak berdarah? Ya Allah, baju awak penuh darah. Awak buat apa niii Gibrelll."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience