Bab 2

Romance Series 36162

Nuraz kaku. Kaki tidak boleh bergerak. Kejutan yang diperolehi malam ini sangat menakutkan. Jantung seakan terhenti. Nuraz melihat sekujur tubuh sudah terbaring di atas jalan dengan darah mengalir di kepala. Jasad itu terkulai layu dengan badan tertiarap. Seakan tiada masa yang berdetik, dia melihat sendiri badan itu jatuh dari bangunan atas.

Nuraz terjelopok jatuh. Malam ini adalah malam mengerikan. Mayat itu adalah kawan baiknya! Lelaki kesayangan yang telah mencuri hatinya sejak bulan yang lalu.

"Kau janji. Kau akan fight untuk aku. Kenapa kau buat." Luah Nuraz dengan esakan. Makan malam yang ditunggu akhirnya bertukar menjadi tragedi mengerikan.

Nuraz membuka mata mendadak. Malamnya sering diganggu dengan mimpi itu. Tidur lenanya seolah diragut. Dia rindukan lelaki itu. Dia bangun dari tilam. Niatnya untuk membuat solat tahajud. Moga hatinya lebih tenang. Moga roh lelaki kesayangan juga lebih aman di alam sana.

*****

"Awak masih mimpi lagi?" Tanya Gibrel prihatin. Mata Nuraz sembab walaupun dihiasi dengan make up . Masih jelas lingkaran bawah mata. Dia tahu mengenai trauma yang dihadapi oleh Nuraz.

"Tak adalah. Saya busy siapkan kerja." Dalih Nuraz.

"Busy kerja ya? Awak buat apa?Rasanya hal berkaitan graphic. Awak dah siap semua kan. Update Fac?No. Seharian awak tak buat semalam. Kerja pun tak pernah bawa balik rumah."

Terasa kesat air liur Nuraz. Gibrel memang tangkas berkata kata apatah lagi sangkal apa yang dia katakan. Tak dapat dinafikan selama dia bekerja disini. Dia tidak pernah bawa pulang kerja. Jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang sahaja dia melakukan kerja. Dia antara pekerja yang selalu balik tepat masa.

"Saya perhatikan awak buat apa."

"Sama juga awak perhatikan Sara tu."

Gibrel seakan ketawa mengejek. Tak habis lagi dengan Sara. Pekerja cafe ini.

"Kenapa awak tiba tiba kait nama Sara? Jelous?" Soal Gibrel sinis.

Tidak tahu untuk membalas apa. Nuraz halau Gibrel keluar. Semak otaknya bila Gibrel ada di sini. Segala yang dilakukan sekarang serba tak kena.

"Keluar. Saya busy."

"Nuraz. Profesional boleh? Saya luahkan perasaan sebab nak legakan hati saya sendiri tapi kenapa awak macam ni." Ujar Gibrel.

Nuraz tersenyum mengejek. Profesional? Rasanya dia sudah bersikap profesial tapi sikap Gibrel ini macam buat provokasi. Dia rimas. Dia benci. Luahkan perasaan konon. Dia ini dah jadi perempuan ketiga atau terakhir ke. Bukan dia tak tahu sebelum ini Gibrel suka dengan orang lain. Selepas itu, Sara pula pelayan kat kafe Gibrel ini. Gibrel ingat dia buta ke? Dia nampak cara layanan Gibrel yang sangat berlainan berbanding pekerja lain.

Lelaki mana tak tertarik dengan Sara. Tubuh badan yang mengancam seperti model. Muka pula kacukan british. Memang padan dengan Gibrel. Sama kacukan sama baka. Bezanya Gibrel kacukan dari Amerika tapi kacukan orang putih juga.

Gibrel memetik jari beberapi kali. Khayalan Nuraz kembali ke alam realiti. Dia menjeling sekilas. Rasa rendah diri melihat perbezaan ketara antara dia dan Sara. Sara kulit putih tapi dia kulit sawo matang. Nak bergading dengan Gibrel? Jaub panggang dari api atau bagai pipit dengan enggang. Sedar diri Nuraz!

"Itu profesional ke?" Perli Gibrel dengan sikap Nuraz.

"Hello tuan Gibrel. I sangat profesional kat sini ya. Tak campur aduk pun hal peribadi. Tapi tuan tu sebaliknya. Tak sedar ke? Ke tengah bermimpi? You tu bos. Buat cara bos." Bebel Nuraz.

"So saya salah?"

Nuraz merengus geram. Gibrel macam tak faham bahasa. Rasa nak berhenti kerja dan tak nak hadap makhluk seorang ni. Bila fikir balik, zaman sekarang susah nak cari kerja. Kalau berhenti kerja, nak bagi mak abah makan apa. Adik lagi yang sedang belajar. Gaji kat sini tidaklah mahal tapi cukuplah sekadar dapat menyara keluarga kecil.

"Gibrelll please. Saya nak sambung kerja." Nuraz merayu. Tiada lagi suara garang.

Bekerja dengan majikan yang bernama Gibrel agak menguntungkan. Makan tengahari tidak perlu keluarkan duit. Gibrel sendiri yang taja makanan tengahari. Hari ini menu yang agak mewah berkonsep barat. Menu spaghetti, makaroni, beef meatball dan chicken chop.

Menu yang mewah tidak mendatang nafsu makan Nuraz. Semenjak Gibrel luah perasaan hari itu selera makan seakan terganggu. Nuraz mengeluh. Tak akan nak berkurung dalam pejabat. Apa pula kata pekerja yang lain. Akhirnya dia ambil keputusan untuk makan diluar sahaja. Menikmati suasana luar lebih baik dari terperuk dalam kafe ini.

"Hai kak Nuraz. Jom makan."

Nuraz senyum terpaksa. Boleh pula dia terserempak dengan Sara dan mengajak dia makan. Nuraz hanya mengeleng. Jari menunjuk ke pintu keluar.

"Oh nak makan kat luar ke?sayangnya hari ini menu western tau." Ujar Sara dengan senyuman manis. Lesung pipit di pipi kanan timbul. Cantik. Anak mata pula bersinar.

Tidak dapat dinafikan, gadis ini seorang yang peramah. Sebab itulah, pekerja kafe ini menyukai Sara manakala Nuraz sebaliknya. Nuraz digelar sebagai kera sumbang. Tak pandai bergaul dan agak pendiam. Dia adalah seorang introvert.

Nuraz mengangguk. Hanya mengiakan sahaja kata Sara.

"Tak payah pelawa Sara. Dia tak makan western." Ujar Gibrel bersahaja. Sengaja mahu menyakitkan hati Nuraz. Dia tahu Nuraz sengaja mahu melarikan diri.

"Ya betul tuan Gibrel. Saya makan lauk kampung je. Sesuailah dengan perempuan kampung." Nuraz menjawab dengan nada sindiran. Terasa puas dapat menjawab. Dasar penyibuk lelaki ini. Nuraz sabarlah kau. Jangan dilayan perangai tak semengah si Gibrel ini.

"Ya betul. Orang macam kita ni memang layak makan western bukan makanan kampung."

Mendidih darah Nuraz. Tak guna punya Gibrel. Macam tu ya cara kau jawab. Bukan nak senangkan hati tapi menyakitkan hati. Tanpa banyak kata, kaki yang memakai kasut tumit melangkah keluar dari Kafe ini. Hatinya panas macam kena simbah.

"Hati hati tu pakai kasut tinggi. Karang jatuh pula. Kang dapat tittle budak kampung tak semengah mana."

Membuntang mata Nuraz dengar jeritan Gibrel dari dalam kafe. Apa dia ingat hairan sangat ke dengan western. Eh makanan kampung 100 kali lagi sedaplah. Dasar mat salleh celup. Nasib baik kau bos kalau bukan dah lama aku pijak.

*****

Rancangan asal mahu makan makanan korea tapi selera pula mati. Nuraz membuat keputusan mahu makan kfc tapi mata tiba tiba sakit. Dia terjumpa Gibrel dengan gadis lain. Ingatkan mahu berduaan dengan Sara tapi keluar ke tempat lain pula.

Nuraz senyum sinis. Tak suka perempuan cantik ya tapi perempuan yang keluar dengan Gibrel semuanya cantik-cantik dan jarang sekali lelaki itu keluar dengan perempuan Melayu. Kalau ada pun, dulu dia pernah nampak Gibrel dengan seorang perempuan Melayu bertudung. Itu hanya sekali sahaja di kafe.

Nuraz biarkan sahaja perut yang berkeroncong. Mood mati hari ini. Dia kembali ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience