Bab 49

Romance Series 36162

Aduhlah si Haiyan tak makan saman. Dah kata jangan ke mari tapi hasilnya dia datang dengan sengihan sumbing. Tangan kanan menjinjit plastik besar.
Mata tajam Gibrel pula memerhati keadaan sekeliling. Risau jika ada yang mengikuti.

"Aku dah kata kan jangan datang. Kau degil kan Haiyan."

"Alah saja je datang nak jumpa kau. Rinduuuu." Jawab Haiyan dengan suara sengaja digedikkan.

Gibrel menayangkan muka menyampah. Bukan dia nak halau Haiyan. Cuma waktu gawat seperti ini berjumpa itu ibarat musuh ketat.

"Kau pasti tak ada orang follow kau?" Soal Gibrel risau. Mata-mata Erica ada dimana-mana. Tak mustahil,Haiyan juga turut terkena.

"Ini aku lah Haiyan. Kentut aku pun dia tak dapat dengar apatah lah jejak aku." Ujar Haiyan dengan bangga. Alah si Erica tu kacang je bagi dia. Pusing sana pusing sini peninglah Erica cuma kelemahan wanita kejam itu belum lagi dia temui.

"Haiyan. Kau tahu kan aku tak nak kau terlibat sama. Kau tengok apa jadi pada Fitri. Nenek semua tu. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang."

"Wooo wooo. Tak sangka kau sayang aku beb. Aduhhh meleleh hati ni bangga." Haiyan berlelucon. Cuba untuk ceriakan suasana sekaligus meleraikan kerisauan dalam hati Gibrel. Dia tahu jiwa itu sedang bergelora hebat setelah berlaku perkara yang tidak diingini.

"Aku pandai jaga diri. Risaukan diri kau je." Ujar Haiyan.

"Apa cerita dengan siasatan kau tu?"

Haiyan mengangkat bahu. Terasa mahu mengalah tapi tak boleh. Itu amanah dia. Siasatan yang sepatutnya dibuka semula tapi gagal gara gara bukti musnah. Erica manusia tiada empati atau simpati. Dia tidak tahu salah apa Megat pada Erica sehingga sanggup bunuh lelaki itu. Walhal lelaki itu anak saudara kesayangan dia. Dia boleh buang Megat macam sampah.

"Bukti tu dah tak ada."

"Jadi?"

"Aku tak tahulah nak bawa kes ni macam mana. Aku pening. Bukti tu hilang tiba tiba je. Tapi aku percaya ada tangan ghaib yang buat."

"Erica?"

Geleng atau angguk pun tidak. Susah untuk dia mengakui itu perbuatan Erica pada Gibrel. Dia tak nak jika Gibrel terus berdendam. Biarlah dia selesaikan dengan cara dia.

"Aku tahu perempuan iblis tu kannn." Keras suara Gibrel berbunyi.

Haiyan nampak riak itu berubah garang. Kerana itulah dia malas bercerita perihal Erica.

"Dia ibu kandung kau Gibrel." Tegur Haiyan.

"Dia tak layak dan tak pernah layak."

"So Nuraz macam mana? Okey semua?" Soal Haiyan mengubah topik. Topik Erica hanya memanaskan keadaan. Dia datang sini untuk ziarah Nuraz dan Gibrel.

"Hmmm okey."

"Progress belajar?"

"Masih dalam proses. Dia trauma nak guna kerambit."

"Slow slow lah kan ajar dia."

"Aku risaukan dia. Kalau aku tak ada. Macam mana nak dia nak hadap semua ni. Lawan pula manusia kejam macam tu."

"Kau tak nak bawa Nuraz jumpa dia tu?" Duga Haiyan.

"Kau nak aku tempah maut ke apa ni?"

Haiyan menepuk dahi perlahan. Mulut ni lancang sangat keluarkan ayat. Baru tadi dia mengubah topik sekarang dah hangatkan suasana lagi.

"Nenek pujuk perempuan tu. Lepastu jadi apa? Fitri pun jadi apa?"

Bukan setakat masalah Nuraz, masalah Gibrel pun rumit. Mungkin satu hari nanti, dia tidak berhati-hati. Nyawa Haiyan turut sama tergadai. Perangai Erica bukan dapat dijangka. Siapa yang menentang. Orang itu akan dapat akibat.

*****

"Gibrel saya nak tanya satu soalan boleh?"  Sebenarnya Nuraz serba salah dengan soalan yang ditanya. Mungkin Gibrel anggap dia sengaja curi dengar perbualan Gibrel dan Haiyan pagi tadi. Akan tetapi hati ini nak sangat tahu apa yang terjadi bila nenek jumpa Erica.

Gibrel mengerut dahi. Hairan dengan pertanyaan Nuraz sedangkan sebelum ini Nuraz tak pernah minta izin. Apa yang ada dalam fikiran dia pasti diluahkan.

"Ya boleh. Apa dia?"

"Errr hmmmm."

Gibrel menjungkit kening. Aneh dengan kelakuan Nuraz.

"Awak okey Nuraz?"

"Hmmm okey. Tapi awak janji jangan marah ya kalau saya tanya soalan macam ni."

"Tak tanya macam mana nak marah. Tengoklah soalan tu jenis apa."

Nuraz rasa tak senang duduk. Ayat Gibrel tu kan macam makan dalam. Nak tanya ke nak ni. Tak tanya satu malam tak boleh tidur. Lantaklah semua tu. Janji terjawab juga soalan.

"Apa jadi pada nenek dan Fitri?"

Jeda...

Gibrel diam selama beberapa minit. Nuraz pula setia menanti jawapan. Dia lihat riak wajah Gibrel tenang tapi dia tidak tahu dalam jiwa lelaki itu sedang berkecamuk hebat.

"Tak perlu tahu." Ujar Gibrel ringkas.

"Apa terjadi bila nenek jumpa Erica?" Nuraz mendesak lagi. Dia mahu tahu apa yang terjadi.

"Tak baik curi dengar perbualan orang."

"Saya tak curi dengar tapi saya terdengar. Saya nak tahu Gibrel. Perkara tu ada kena mengena dengan saya ke?"

Gibrel tidak menjawab soalan Nuraz. Dia lekas beredar dari situ. Asakan soalan Nuraz akan menyebabkan dia jadi baran secara tiba-tiba.

*****

Nuraz tersenyum bila Haiyan ketawa riang bermain dengan air sungai. Pelbagai gaya lelaki itu buat. Adakala bergayut macam monyet dan terjun ke dalam air. Lelaki itu betul-betul ambil kesempatan untuk hilangkan stress. Dia lambaikan tangan pada Haiyan yang sedang bersuka ria. Gibrel pula tidak turut serta. Agaknya sedang berlatih di dalam bilik persendirian dia.

Punggung dilabuhkan pada batu besar. Jari jemari ligat bermain air. Duduk kat sini menenangkan jiwa dia. Kalau boleh dia tak nak keluar dari sini tapi sampai bila.  Dia harus hadap realiti diluar sana. Paling mengerunkan bila berhadapan dengan Erica. Agaknya Erica masih memburu dia atau putus asa.

"You okey Nuraz?"

Nuraz mengukir senyuman dan mengangguk. Mata mengalih ke arah lain. Segan melihat Haiyan yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar 3 suku.

"Oh sorry. Jap ya pakai baju." Ujar Haiyan. Faham dengan ketidakselesaan Nuraz. Selesai menyarungkan baju, Haiyan duduk disebelah Nuraz. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan.

"You tahu kan I sepupu Gibrel."

"Hah."

"I sepupu Megat dan Gibrel. I bukan tak nak berterus terang tapi I tak suka campur aduk peribadi dan kerja. I nak profesional dalam kerja."

"Okey."

"You tak nak meroyan kat I? Sebab rahsiakan semua benda ni?" Rasa macam pelik pula bila Nuraz kekal tenang dan tak mengamuk. Manusia yang bernama Nuraz Imani akan melenting bila hal kecil dirahsiakan. Dalam pada masa yang sama, hati lega dengan penerimaan Nuraz.

"I dah lalui macam macam. Benda yang tak sangka boleh jadi. I malas nak layan benda remeh macam ni." Ujar Nuraz. Tak berbaloi dia marah dengan perkara kecil.

"You 3 orang ni sepupu belah mak ke ayah?"

"Ayah I adik. Ayah Megat abang. Kiranya ayah Gibrel tu anak tengahlah. Si Hayden kerek nak mati tu abang tiri Gibrel."

Nuraz mendengar cerita susur galur keturunan Gibrel. Jadi mereka adalah keturunan Megat dan golongan bangsawan. Nama sebenar Gibrel ialah Megat Gibrel Aisar. Baru hari ini dia tahu nama panjang Gibrel. Sedap namanya sesuai dengan perwatakan dan gaya lelaki itu.

"Gibrel pernah cerita siapa Hayden?"

"Tak tapi I tahu Hayden abang tiri."

Nampaknya banyak perkara yang Nuraz tak tahu tentang Gibrel. Lagi pun dia tahu Nuraz bukanlah orang yang jenis ambil tahu hal orang. Dia hanya cara hal dirinya sahaja. Manusia intovert memang jenis macam ni. Susah nak masuk dengan dunia luar. Tapi kalau dah jumpa kawan sekepala dan topik menarik. Tak berhenti dia bercakap. Cuma introvet ini senang untuk berasa penat bila berada diluar.

"I malas nak cerita panjang. Tu hal Gibrel. Malas nak buka aib keluarga dia orang."

"Haaaa?" Pening dengan ayat Haiyan. Aib apa pula tentang keluarga Gibrel. Menarik je kisah Gibrel ni. Tunggu. Nanti perlahan- perlahan dia nak tanya Gibrel.

"Tak ada apalah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience