Bab 53

Romance Series 36162

Gibrel menjungkit kening kanan. Pening melihat telatah Nuraz yang bergayut pada pokok serupa macam monyet. Nuraz boleh melompat pula ke pokok sebelah. Teras nak gugur jantung bila melihat aksi berani mati Nuraz. Nasib baik pokok besar berdekatan. Bukan ini latihan yang sepatutnya tapi dia layan sahaja perangai Nuraz. Mungkin latihan bergayut pada pokok boleh diguna pakai suatu hari nanti.

"Wahhh dah lama tak gayut macam niiii." Jerit Nuraz dari atas. Seronok dengan aktiviti sekarang. Dia lupa dengan latihan.

Nuraz mengira jarak dari tempat panjat ke bawah tanah. Fuhh kalau ikutkan gayat juga tapi dia berani turun ke batang besar dan seterusnya dia melompat ke bawah. Tepat. Dia jatuh dalam keadaan baik dengan lutut kanan mencium tanah manakala kaki kiri bengkok kebelakang. Kedua tangan menapak ke tanah. Gaya yang sering dia buat semasa di kampung. Kemahiran dia masih lagi ada.

"Tak takut bahaya ke? Patah macam mana? Elok dua dua kaki ada kena pula mengengsot. Sia sia je." Bebel Gibrel. Terbeliak mata dia melihat aksi Nuraz. Bukan calang calang budak ni.

"Alahhh rilek lah awakkk. Saya dah biasa tau. Dulu kat kampung macam ni lah. Panjat pokok dan turun macam ni. Fuhhh terbaikkk." Ujar Nuraz bangga. Tersengih sengih dengan prestasi yang masih memberangsangkan.

"Hmmm."

"Awak pandai panjat pokok?"

"Bukan setakat panjat. Terbang pun boleh. Tapi tu la tak main lah pokok. Panjat bangunan tu power lah."

"Ye ke??" Soal Nuraz ragu ragu.

"Saya malas je nak tunjuk. Terlopong pulak awak nanti."

"Eleh."

"Haa dah tu. Sibuk gayut sana sini. Latihan tak nak buat?"

Nuraz tersengih sumbing. Tahu dirinya salah. Gibrel ajak dia datang ke sini bukan untuk bermain tapi hati dia tak boleh tahan. Dia teringin panjat pokok. Maka dia lakukan juga.

*****

Dadanya berdebar kencang dengan nafas turun naik. Disaat ini dia merasakan darah sudah naik ke kepala. Jantungnya mula berdegup laju. Sabarnya telah hilang. Apa yang ada dalam fikiran dia adalah "bunuh."

Nuraz berlari selaju mungkin dan melompat ke atas tubuh musuh lalu kerambit diacukan pada leher.

Zapppp

Darah memancut laju. Musuh tersebut tercungap dengan mulut terbuka. Akhirnya, tumbang dengan nyawa melayang.

Nuraz melakar senyuman sinis. Dia tersenyum puas. Kepuasan yang pertama membuatkan dia rasa ingin membunuh lagi.

"Kau ingat tak kisah ros hitam?"

Dahi Nuraz berkerut dengar soalan. Tangan bersiap sedia untuk menyerang musuh lagi.

"Me...gat."

"Ya aku kat sini. Rasa puas bunuh orang? Soal Megat dengan senyuman.

Soalan Megat membuatkan darahnya mengepam laju. Soalan yang tak patut ditanya. Manusia yang suka membunuh orang lain sudah tentu cara membalasnya adalah membunuh.

"Jangan jadi bodohlah Megat. Kalau aku tak buat semua ini. Nyawa aku melayang macam kauuu." Ujar Nuraz bengis. Tiada lagi wajah ayu. Kini terserlah wajah bengis yang menanti mangsa.

"Ini bukan diri kau."

"Kau nak suruh aku jadi lemah lembut?Orang boleh pijak pijak macam sampah? Kau nak suruh aku jadi macam tu ke Megat?????" Jerkah  Nuraz.

Megat mengeleng. Manusia bila dah kuasai perasaan marah. Sifat yang sebenar sudah hilang. Amarah Nuraz dibalas dengan senyuman. Dia tahu Nuraz bukan begini.

"Balas bukan dengan membunuh Nuraz. Guna akal itu lebih baik dari nafsu amarah."

Wah! Hebat. Nasihat yang dia rasakan tak boleh pakai. Megat tak tahu apa yang dia lalui selama ini. Jadi manusia yang sentiasa lari sana sini macam tak ada kehidupan normal.  Dikejar musuh yang dia sendiri tertanya kenapa dia dikejar.

"Manusia boleh cakap sejuta perkataan tapi bila terkena pada muka dia. Dia tak boleh buat. Malah dia tinggalkan teka teki dan puzzle untuk selesaikan. Orang tu jadi pelarian di tempat sendiri." Sinis Nuraz menutur kata.

"Aku minta maaf Nuraz. Aku tak ada niat."

"Dah tu tak payahlah kau pertikaikan. Kau pun tak tahu apa yang aku rasa!"

"Nuraz klu dia ros hitam." Ujar Megat dan bayangan terus kabur dan lenyap.

Nuraz mengalih mata ke kiri. Dia terpandang lelaki yang dikelar tadi terbaring dengan darah yang tak berhenti mengalir. Dia teringatkan peristiwa Megat dulu. Tangannya pula dipenuhi dengan darah. Badannya mengigil.

"Ya Allahhh."

Nuraz mengucap panjang. Mimpi mengerikan. Darah membuak buak yang keluar dari leher itu membuatkan dia trauma. Nuraz melihat kedua telapak tangan. Kosong dan bersih.

"Petanda apakah ini Ya Allah. Adakah aku belajar benda tu nanti membawa aku ke arah keburukan." Bisik Nuraz pada diri sendiri.

Telapak tangan kanan mendarat ke dada kiri. Jantungnya sama seperti tadi. Masih berdegup laju. Mimpi tadi seolah olah bakal menjadi kenyataan. Dia takut jika jadi realiti. Dia tak nak kedua tangan ini membunuh orang lain.

*****

"Bila nyawa awak terancam. Awak ada hak untuk balas."

"Walaupun dengan bunuh orang?"

Gibrel angguk.

Saya tak nak bunuh orang Gibrel. Tolonglah faham." Suara Nuraz sedikit bergetar.

"Apa beza awak kerjakan orang hampir hampir mati dengan awak bunuh orang? Tak ada beza."

"Sekurangnya dia masih ada peluang untuk hidup."

Nuraz... Susahnya untuk awak faham. Bila melibatkan nyawa dan maut. Nyawa itu lebih penting dari segalanya. Masa itu sifat kemanusiaan mungkin akan hilang. Tak mengapa, dia akan ajar Nuraz perlahan lahan untuk memahami waima susah untuk Nuraz faham.

"Kosongkan minda dan terus berlatih. Tak payah fikir pasal mimpi tu mengarut."

"Mimpi saya selalu betul Gibrel. Saya tahu Megat nak bagi klu. Dia ada cakap tentang rose hitam. Bukan ke maksud ros hitam tu tanda buruk Gibrel?"

"Ros hitam melambangkan perpisahan dan perasaan hati telah mati." Ujar Gibrel. Otak mencerna maksud yang ingin disampaikan oleh Megat. Ros hitam, apakah maksudnya? Kalau perpisahan sudah terbukti Megat  dan Nuraz  sudah berpisah dengan takdir kematian Megat.

"Akan ada sesuatu yang buruk pada saya tapi dah terbukti kan. Tapi saya pelik kenapa dia kata klu hitam? Arghhh Megat tak habis habis bagi teka teki. Saya peningggg." Rungut Nuraz. Jari menarik rambut. Dia serabut. Makin lama makin berbelit. Tak boleh ke Megat berterus terang sahaja. Dia penat meneka itu ini tapi semua tak tepat.

"Ros hitam tu kegemaran Megat. Dia kongsi minat yang sama dengan mummy."

"Hah.".

Gibrel angguk. Megat anak saudara kesayangan Erica.  Segala rahsia Erica semuanya dalam gengaman Megat. Disebabkan rahsia itu, Gibrel percaya pembunuhan ada kaitan Megat.

"Megat pernah cakap dulu. Orang yang dia percaya sanggup khianat dia dan buang dia."

"Dah terjawab kan?"

"Sebab itu saya jadi mangsa mummy awak? Tapi saya tak tahu apa apalah pasal Megat tu. Memanglah kami rapat. Tak pernah pun dia ceritakan mengenai Erica atau awak. Dia terlalu berahsia. Misteri."

Banyak rahsia yang belum terungkai lagi. Bunga ros hitam, Megat dan Erica. Pasti ada sesuatu yang saling berkaitan dengan mereka bertiga.

"Megat tak pernah bagi awak apa apa?"

"Saham."

"Selain itu?"

Nuraz mengeleng. Sepanjang berkawan, Megat bukan jenis romantik. Bunga dan hadiah pun tak pernah dia bagi melainkan cara Megat melayan dia. Dia baru teringat sesuatu, Megat pernah bagi dia keychain Ros hitam.

"Nak bagitahu ke tak nak ye." Desis hati Nuraz. Dia bagitahu perihal keychain rasanya Gibrel gelak. Barang tak bernilai tak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Keychain ros hitam sekadar kenangan buat Megat.

Dadanya berdebar kencang dengan nafas turun naik. Disaat ini dia merasakan darah sudah naik ke kepala. Jantungnya mula berdegup laju. Sabarnya telah hilang. Apa yang ada dalam fikiran dia adalah "bunuh." Nuraz berlari selaju mungkin dan melompat ke atas tubuh musuh lalu kerambit diacukan pada leher. Zapppp Darah memancut laju. Musuh tersebut tercungap dengan mulut terbuka. Akhirnya, tumbang dengan nyawa melayang. Nuraz melakar senyuman sinis. Dia tersenyum puas. Kepuasan yang pertama membuatkan dia rasa ingin membunuh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience