Bab 30

Romance Series 36162

Kata-kata Gibrel sebentar tadi membuatkan Haiyan terlopong. Perkara yang tidak menjangkau akal fikiran. Lain yang dia fikir lain pula jadi. Yang peliknya orang berbeza dan tiada kena mengena dengan Megat.

"Okey kejap. Aku nak refresh otak aku. Maksudnya disini. Ada 2 orang mahu kan Nuraz. Mummy kau dan musuh Megat. Tapi mereka tidak ada kena mengena antara satu sama lain."

Gibrel mengangguk. Perkara yang tidak pernah dia fikirkan. Sejak bila mummy ambil tahu mengenai dirinya. Setahu dia mummy sangat benci akan dirinya.

"So kau tak tanya kenapa mummy kau tu culik Nuraz?"

"Ok biar aku teka. Mummy kau tu tak nak orang biasa biasa. Nak orang hebat. Tapi kan mummy kau bukan hebat sangat pun. Alah kahwin dengan papa kau je baru gah." Dalam tekaan, sempat lagi Haiyan mengutuk mummy Gibrel. Bukan dia tidak kenal perangai wanita itu. Bila dah tak suka, pelbagai cara dia lakukan.

"Buruk macam mana pun dia mummy aku."

"Hei cousin. Dia bukan ibu yang baik."

Gibrel tersenyum sungging. Hari ini Haiyan mengeluarkan satu perkataan yang dia rahsiakan dari Nuraz. Yang Nuraz kenal adalah Haiyan seorang peguam keluarga Gibrel.

Gibrel menarik nafas dalam. Dia selalu kalah dengan mummy. Apa yang mummy kata dia ikutkan sahaja tapi yang dia dapat hanya dipinggirkan oleh mummy sendiri.

"Banyak benda yang kau ikut dia tapi apa kau dapat? Tak dapat apa apa pun. Harta bapak kau habis dia rembat makan dengan jantan lain. Eh Gibrel. Tak ada nenek. Kau tak hidup tahu tak."

Gibrel hanya dengar bebelan Haiyan tanpa balas. Tiada amarah walaupun mummy dikutuk. Hati dia terasa sudah mati untuk orang tua sendiri bila mummy tidak pernah mengaku dia adalah anaknya. Hati anak mana tak terhiris.

"Nekad betul mummy kau."

"Sebab yang ini aku tak dengar cakap dia."

Haiyan tidak balas. Dia faham dengan keadaan Gibrel. Setiap kali Gibrel mahu dekat dengan mana mana gadis pasti mummy Gibrel beri ancaman Kadang dia sendiri kasihan dengan Gibrel. Diluar kelihatan sempurna tapi sebaliknya.

"Nuraz tak ada kat Malaysia."

"Hah."

"Aku dah tanya orang kanan orang tua tu." Ujar Gibrel keras. Tiada lagi keluar perkataan mummy dari bibir. Yang ada hanya orang tua. Baginya mummy tidak layak untuk jadi ibu yang baik.

"Nenek tahu?"

Gibrel gelak sinis. Sebelum ini, belum pernah satu pun dia cakap buruk mengenai mummy. Semuanya yang indah-indah. Walaupun hakikatnya mummy tidak patut dapat pujian.

Haiyan berdehem sedikit. Sekadar menduga Gibrel. Dia tahu nenek sentiasa tahu baik buruk bekas menantu. Cuma dia tidak bercerita pada Gibrel sahaja.

"Kau tahu kan. Nenek tak pernah percaya kat menantu dia tu."

"Aku bagi pembentulan sikit. Hantu bukan menantu."

"Aku cerita yang indah pasal orang tua tu. Sedikit pun tak ada perkataan yang keluar dari nenek. Dia hanya diam dan dengar sampaikan dia suruh aku jangan seksa diri." Nada suara Gibrel beralih sebak.

****

Gibrel mengengam tangan erat. Dia menerima cadangan Haiyan untuk bertemu dengan nenek. Tapi perasaan Gibrel berbelah bagi. Tidak sanggup untuk bercerita buruk mengenai mummy. Memang mummy tak pernah besarkan dia tapi mummy adalah ibu kandung. Ibu yang melahirkan dia. Syurga Gibrel waima hakikatnya mummy selalu cipta neraka untuknya.

"Haiyan kata Gibrel nak jumpa nenek. Duduk satu rumah pun mengada ngada ya." Ujar nenek dengan gelakan kecil. Tangan membelai rambut Gibrel. Cucu kesayangan, peninggalan aruah anaknya. Ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sejak bayi lagi, Gibrel dia yang bela.

"Nenek sihat?"

Pertanyaan Gibrel membuatkan nenek gelak besar.

"Hari hari Gibrel duduk dengan nenek. Soalan pun lain macam. Tapi itu lah seminggu ni nenek tengok Gibrel lain macam. Tak lekat kat rumah. Gibrel ada masalah?" Soal nenek. Masih bermukadimah dengan Gibrel walhal dia sudah tahu cerita sebenar.

Gibrel mengukir senyuman. Tidak terluah dari bibir.

"Tak nak cerita kat nenek?" Nenek cuba memujuk.

"Gibrel rindu nenek." Tubuh nenek dipeluk erat. Tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. Biarlah diri dia yang jadi galang gantinya.

"Nenek sentiasa ada untuk Gibrel." Nenek balas pelukan erat Gibrel. Dia bangga besarkan Gibrel. Seburuk mana pun orang tuanya. Tidak pernah sekali Gibrel berkata buruk. Dia kasihan dengan Gibrel yang sentiasa dahagakan kasih sayang ibu.

*****

Entah apa yang merasuk dalam diri Nuraz. Makanan dan minuman dibaling tepat mengenai lelaki bertopeng. Berteraburan makanan di atas lantai.

"Aku nak keluarrrrr." Jerit Nuraz kuat sehingga bergema bilik tidur.

"Keluar dengan cara kau." Ujar lelaki bertopeng tenang. Tidak marah dengan kelakuan buruk Nuraz.

"Aku sanggup bunuh kau."

Lelaki bertopeng ketawa kuat dan bertepuk tangan. Berani sungguh perempuan ini.

"Kau tawanan aku Nuraz. Kau tak akan pergi mana mana dan kau tak boleh bunuh aku."

"Pergi mampuss."

Sedikit pun tak terkesan di hati lelaki bertopeng. Malah mahu menyakitkan hati Nuraz.

"Mana lelaki kesayangan kau yang hebat tu?"

"Kau diam!" Jerkah Nuraz.

"Woooo garang. Okeylah aku nak bagi tahu something. Kau ingat lelaki kesayangan kau tu baik sangat."

Ujaran lelaki bertopeng membuatkan Nuraz merenung tajam. Tidak gentar dengan lelaki bertopeng. Ujaran itu menarik perhatian dia.

"Maksud kau?"

"Tanya dia sendiri." Balas lelaki bertopeng.

Nuraz menghentak katil dengan tangan sendiri. Tidak puas hati dengan jawapan lelaki bertopeng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience