Bab 25

Romance Series 36162

Nuraz tersenyum puas. Tepat tekaan dia. Tidak sia sia pergi selongkar rumah Megat. Perbuatan yang dia tidak pernah terfikir sebelum ini. Gambar yang ada ditangan dia gengam kuat. Mungkin ini cabang untuk dia akhiri segala teka teki.

"Tak apa. Teruskan permainan kau. Aku ikutkan sahaja. Satu hari aku akan tuntut bela kematian Megat." Omel Nuraz.

"You buat apa tu?"

Nuraz cepat menyelit gambar ke dalam poket seluar jeans. Dia tersenyum manis untuk menutup gelabah. Dia tidak dapat jangka Haiyan turut datang ke rumah Megat pada hari ini. Selama ini mereka tidak pernah bertembung.

Dulu Megat sering pesan agar jaga rumahnya baik baik sebelum pemilik akan duduk ke rumah ini. Pesanan yang sama turut dititipkan pada Haiyan. Mereka berdua orang kepercayaan Megat.

"You buat apa kat sini?"

"You pun buat apa kat sini?" Soal Nuraz kembali. Hatinya resah jika Haiyan bertanyakan soalan yang dia tidak boleh jawab.

"Oh I nak ambil file yang arwah tinggalkan dulu. You kemaskan rumah Megat kan."

"Ya. Itu kan pesanan Megat. I nak jaga rumah ini baik baik untuk dia. Bila orang lain dah duduk sini. Maka I punya amanah dah selesai."

Telinga Haiyan dengar getaran suara Nuraz. Sedihkah Nuraz jika Nuraz tahu siapa bakal pemiliknya?Bila tiba masanya Nuraz akan tahu sendiri.

"You sedih bila ada orang duduk sini?" Soal megat. Mahu menduga Nuraz.

Air mata yang hampir menitis, pantas diseka.

"Tak tapi I happy." Suara Nuraz bergetar. Tubuhnya berpaling. Malu untuk berhadapan dengan Haiyan. Dia cuba menahan air mata tapi tetap juga tidak boleh.

Rumah ini adalah rumah peninggalan Megat tapi jiwanya lebih dekat di sini. Dia sendiri tidak faham dengan hatinya sendiri. Rumah ini seolah olah ada sesuatu untuk dia. Ada masa bawa kesedihan, ada masanya hati Nuraz gembira. Bagaikan sumpahan untuk dia.

"Sorry Nuraz. I tak boleh tolong you. Ini wasiat Megat. Mungkin kalau orang tu jual rumah ini. I boleh tolong you." Pujuk Haiyan. Pertama kali dalam hidupnya, dia melihat wanita lain menangis di depan mata. Dia pula bukan orang yang pandai memujuk.

"I tak pandai pujuk orang." Ujar Haiyan jujur.

Nuraz ketawa perlahan. Kelakar dengan ayat Haiyan. Dia tidak minta dipujuk. Hatinya hari ini jadi sayu bila teringatkan Megat. Dia rindukan lelaki itu. Rindu yang tiada penghujung.

*****

Nuraz mengorak langkah laju. Hati rasa tidak enak dan serba tidak kena. Hodie ditarik ke kepala dan tangan masuk ke dalam poket baju hodie. Mata meliar pandang sekeliling.

"Perasaan kau Nuraz. Tak mungkin ada orang serang kau dalam kawasan kondo." Omel Nuraz.

Kaki yang melangkah laju, serta merta diperlahankan. Dia memusing ke belakang tetapi tiada siapa. Hanya ada anak anak yang sedang bermain kejar mengejar. Mustahil jika ada orang mahu menyerangnya. Ini tempat awam.

Hampir mahu melayang penumbuk bila ada tangan yang menepuk bahunya dari arah belakang. Gerakan tangan tidak menjadi. Wajah lelaki yang dikenali muncul didepan mata. Dia menarik nafas panjang.

"Heiii.... Hei I ni Nuraz."

"Macam mana encik boleh ada dalam kawasan ni?"

Pemilik D'House hotel senyum sinis. Nuraz pula memerhati wajah itu penuh curiga.

"I duduk kat sini. Bukan you sorang je boleh duduk sini." Ujar pemilik D'House hotel sinis.

"Ok. I pergi dulu." Nuraz meminta diri. Baru sahaja melangkah. Nuraz terasa tangannya ditarik perlahan.

"You dah kenapa?" Suara Nuraz bertukar keras. Sampai tarik tangan ni dah melampau sangat. Eh Gibrel dengan Megat pun tak pernah buat dia macam ni.

"Ok sorry. I tak sengaja. I cuma nak borak dengan you je. Lagi pun kita tak kenal lagi kan?"

Nuraz berpeluk tubuh. Mata pandang wajah tenang lelaki itu. Dia rasa musykil. Lelaki ni duduk kat sini. Kenapa dia tak pernah nampak. Rasanya betul juga. Berapa ratus orang yang duduk kawasan kondominium sini. Hatinya tetap tak tenang dan rasa buruk sangka.

"You baru duduk sini?"

"Yaaa. Rasanya tak sesuai borak kat sini. I belanja you minum kat kafe hujung sana."

"Errr. I sebenarnya ada kerja nak buat." Nuraz cipta alasan. Tidak selesa bila mata lelaki itu meliar pandang wajahnya.

"Sekejap pun tak boleh?" Pemilik D'House hotel cuba nasib. Tak salah rasanya nak cuba rapat dengan wanita kulit sawo matang. Tengok sekilas biasa biasa sahaja. Apabila ditenung lama, manis dan kulit wajah perempuan itu bersih dari sebarang cela. Dia suka bibir Nuraz. Mengancam. Jiwa lelakinya getar bila mata jatuh pada bibir Nuraz.

"Haah. Sorry ya." Tanpa meminta diri. Nuraz terus pergi dari situ. Kakinya melangkah jatuh. Dasar lelaki miang. Dia tahu cara pandangan mata. Dia bukan perempuan bodoh.

*****

Nuraz menepuk nepuk perlahan lebihan serum pada kulit wajah. Segar dan sejuk. Dia membelek wajahnya kiri dan kanan. Kulit muka makin baik. Parut jerawat yang bertapak pada kulit sudah hilang. Tidak sia sia habiskan duit untuk beli penjagaan kulit. Hasilnya kulit dia makin bersih.

Nuraz melabuhkan punggung pada tilam. Fikiran melayang jauh. Dia teringatkan siang tadi. 2 peristiwa dia tidak jangka. Pertama, bertembung dengan Haiyan semasa dia berada di rumah Megat.  Kedua, bertembung dengan pemilik D'House hotel. Jiwanya rasa geram dan marah. Lelaki itu suka hati pegang tangan dia. Mata pula meliar. Dasar lelaki mata keranjang.

Nuraz melihat kembali gambar yang dia ambil di rumah Megat. Gambar 2 orang lelaki tersenyum. Latar belakang gambar ini berlatarkan rumah inggeris. Nuraz tahu yang Megat pernah belajar di luar negara dan lelaki itu juga pernah bekerja di sana selama 2 tahun. Tidak banyak kisah yang dia tahu mengenai Megat. Megat terlalu berahsia.

Kisah lama bermain dalam fikiran.
Kata Megat, jika dia tidak menerima Megat maka Megat mungkin akan menetap di negara lain. Masa itu hatinya serba tak kena. Dia tidak mahu lepaskan Megat. Hatinya seakan digengam. Nuraz selesa dengan Megat.

"Kalau aku terima kau. Kau akan stay kat sini?"

"Kau dah terima aku?"

"Aku tanya je."

Mata melirik pada Nuraz. Bagaimana agaknya sekiranya dia merantau lagi dan tinggalkan hati di Malaysia. Tidak boleh dia bayangkan. Dia sayangkan Nuraz. Nuraz adalah cinta pertamanya.

"Tak ada apa yang aku ada kat sini. Jadi buat apa menetap kat sini." Ujar Megat.

"Kau ada family kan."

"Family yang buang aku. Kau pun tak nak terima aku. Semua orang nak buang aku kot. Biar aku pergi. Baru semua puas hati."

Menyesal bila buka topik keluarga. Sekarang lain pula jadinya. Dia pandang Megat. Lelaki kacukan latin. Kacak dan badan tegap tapi siapa sangka ada kisah disebalik wajah kacak. Betul, kisah kita tak sama. Luaran nampak sempurna tapi dalaman hancur.

"Kalau aku terima kau?"

"Jangan terima aku sebab kesian Nuraz."

"Hmmm kau satu satunya kawan yang aku ada. Aku tak ramai kawan." Luah Nuraz. Ya betullah dia tak ramai kawan. Nuraz sangat memilih kawan. Sebenarnya dia tidak kisah siapa yang dia berkawan tapi cukup pantang bila orang selalu ambil kesempatan. Sejak itu, dia buat keputusan untuk tidak ada kawan ramai. Cukuplah sekali orang permainkan dia. Dia penat dipermainkan. Walaupun peristiwa kawan itu di sekolah menengah. Dia sudah serik dan belajar dari pengalaman. Sekarang dia selesa menjadi seorang introvert. Tidak perlu berpura pura cari kawan yang ramai. Dia selesa jadi diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience