Bab 4

Romance Series 36162

Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi dan dua langkah lagi Nuraz akan masuk ke kafe. Senang dia melangkah hari ini dengan kasut tapak rata. Jalan pun tidak terkedek kedek. Mungkin selepas ini, hanya kasut tapak rata menjadi pilihan untuk ke tempat kerja.

Nuraz pegang pintu yang terbuka. Dia menjenguk ke dalam. Riuh rendah cafe hari ini. Ada sambutan hari jadi. Dinding kanan cafe dihiasi dengan belon. Belon hiasan dihiasi dengan nama "Happy Birthday Sara." Oh baru dia tahu, sambutan hari lahir Sara. Majlis sedang berjalan dan pekerja cafe sedang bersuka ria. Ada yang tengah makan, ada yang bergosip.

Nuraz kekok. Dia tidak tahu hari ini ada sambutan hari lahir Sara. Tiada seorang pun yang bagitahu. Whatsap group? Sunyi sepi je. Tubuh group lain? Tak dijemput pun masuk. Dugaan jadi orang introvert. Sentiasa dipinggirkan.

"Kak Nuraz mari sini." Jerit Sara keriangan. Muka dipenuhi dengan calitan kek. Bibir itu mengukir senyuman.

Nuraz senyum paksa. Aduh! Nak tak nak dia terpaksa sertai juga. Kalau tak turut serta sudah tentu ada perbualan belakang. Memang dia jenis tidak kisah orang cakap belakang tapi sebagai manusia biasa terasa juga.

"Selamat hari jadi Sara yang ke 19 tahun. Semoga bertambah cantik." Ucap Nuraz.

"Tak payah ucap bertambah cantik. Memang dia cantik pun." Gibrel menyampuk. Mata dikenyitkan pada Sara.

"Ish abang Gibrel ni kan." Sara senyum malu. Boleh pula main kenyit mata depan kak Nuraz. Malu.

Mata Nuraz naik ke atas. Kelakuan menjengkelkan hati. Nak mengayat Sara pun jangan depan dia. Menyampah!

"Sorry ya lambat pula akak datang ha."

Tidak lekang senyuman Sara. Dia memaut lengan Nuraz dan dibawa ke meja makan. Walaupun, Nuraz dianggap seperti tak suka bergaul dengan orang lain tapi Sara tetap selesa. Dia sayangkan Nuraz. Nuraz yang bawa dia datang ke sini untuk bekerja sementara tunggu surat tawaran belajar.

"Kak Nuraz. Sara tak ada apa dengan abang Gibrel." Bisik Sara ditepi telinga Nuraz.

Nuraz tergamam.

"Eh apa Sara merepek? Kau orang ada apa apa pun akak bukan kisah. Dia tu bos akak ye. Lagipun korang sesuai."

Sara gelak manja. Dia mengeleng perlahan. Gibrel itu majikan dia. Dia hormat Gibrel. Dia tahu Gibrel suka Nuraz.

"Tapi dia suka akak tau. Ha tengok tu. Dia asyik perhatikan akak je. Macam nak terkam. Aummm." Usik sara. Jari kanan menunjuk ke arah Gibrel yang kadang kala asyik menoleh ke arah Nuraz.

"Apa kau merepek ni Sara." Nuraz tidak selesa bila dia dikaitkan dengan Gibrel.

Gibrel curi-curi pandang Nuraz. Pakaian Nuraz sangat menarik perhatiannya. Baju kurung bunga-bunga kecil dan rambut hitam pekat yang beralun diikat kuda. Tiada kasut tumit tinggi.Nuraz hanya pakai kasut tapak rata sahaja.

Entah apa perbualan Sara dan Nuraz. Sara menjeling ke arah dia dan tersenyum nakal. Nuraz selalu sahaja salah anggap. Kebaikkan dia pada Sara bukan bererti dia suka pada gadis itu. Sara hanya pekerja dan dia majikan. Dia hanya beri tunjuk ajar.

"Cantik Nuraz hari ini." Puji Gibrel ikhlas. Nuraz nampak seperti pelajar. Comel.

Nuraz menjeling tajam. Dulu, Gibrel tak pernah puji dia pun. Sekarang ini hantu apa yang merasuk Gibrel.

"Bukan awak tak suka perempuan cantik? Sekarang awak puji saya cantik?" Soal Nuraz.

Soalan Nuraz sangat drastik. Tak boleh Gibrel nak fikir. Perempuan ni memang rumit. Puji cantik salah. Tak puji lagi salah. Disebabkan hati dah suka, dia melayan sahaja perangai Nuraz.

"Kenapa diam?"

"Diam bermakna fikir."

"Fikirkan sesuatu yang perlu jawapan yang logik?"

Usai sahaja dia memberi soalan provokasi. Minuman pemberian Gibrel diletakkan atas meja. Satu titik air pun Nuraz tidak telan. Kalau dah ragu semua perkara yang Gibrel buat akan jadi sia sia.

Nuraz berpeluk tubuh. Siapa pula ni? Perempuan bertudung  wajah kacukan. Semalam perempuan lain hari ini lain. Esok lusa siapa pula si Gibrel nak angkut.

Gibrel menayangkan senyuman manis pada Nuraz. Dia sudah agak pasti Nuraz salah sangka lagi. Dia mengeleng kepala perlahan. Nuraz cemburu ke atau Nuraz suka cari kesalahan dirinya.

"You okey?"

"I okey Fitrah tapi hati I tak okey." Adu Gibrel.

Fitrah adalah sepupu rapat Gibrel sejak kecil lagi. Mereka macam belangkas sampaikan orang tua mahu menyatukan mereka bersama. Fitrah dan Gibrel gelak sahaja bila dengar cadangan orang tua. Kelakar. Adik dan abang mana boleh bersatu. Fitrah dah anggap Gibrel macam abang yang selalu menjadi pelindung.

"Girl yang jeling pada you tu ya." Usik Fitrah.

Gibrel ketawa. Tak payah banyak cerita, Fitrah cepat dapat tangkap.

"Ya."

"Cantik. I suka tengok dia macam perempuan Melayu terakhir tau. Kulit sawo matang dia tu cantik. Licin je. Jelous I." Ujar Fitrah sambil memuji. Kulit Nuraz memang cantik. Licin dan bersih.

*****

Nuraz bangun mengejut. Mimpi lagi. Sampai bila? Nak tidur pun rasa takut. Muka yang berpeluh dikesat dengan tangan. Dia mengeluh.

Tangan capai telefon bimbit jenama huawei dan membuka aplikasi whatsap. Jari scroll ke bawah dan terpampang nama Megat. Rindunya dia pada lelaki ini. Lelaki kesayangan merangkap kawan baik.

Walaupun apa yang terjadi. Percaya pada firasat kau. Aku tak buat.

Pesanan terakhir sebelum Megat jatuh dari bangunan. Kata polis Megat bunuh diri kerana masalah depresi. Antara percaya atau tidak. Nuraz keliru. Megat adalah seorang pejuang. Dia tak akan lakukan itu tapi tiada jawapan yang dia dapat berikan.

Megat dah janji. Megat akan pulih tapi kenapa? Nuraz mencengkam rambut kuat. Kepala sakit bila cuba mencari teka teki. Selalunya waktu begini, Nuraz akan solat malam tapi disebabkan dia uzur. Dia hanya mampu istigfar sahaja.

*****

Pertemuan dia dan peguam arwah Megat menimbulkan rasa resah.

"Okey Nuraz?"

Nuraz angguk perlahan. Debar tak hilang. Mulut terkunci.

"Saya ada berita baik dan buruk." Haiyan memulakan perbualan.

"Dengar berita buruk dulu boleh?" Teragak agak Nuraz bertanya. Biar buruk dulu kemudian baik. Mungkin akan kaburkan kesedihan.

"Hati hati Nuraz. Ada orang perhatikan you. Jangan sesekali berjalan tempat yang sunyi." Peringatan diberikan agar gadis ini berhati hati. Haiyan tahu Nuraz ini lebih suka bersendiri daripada berkawan. Sebagai peguam dan kawan arwah Megat, banyak cerita yang dia dengar.

"Saya diperhatikan? Kenapa?" Jari telunjuk tunjuk pada diri sendiri. Pelik. Dia bukan siapa siapa. Anak orang kaya pun tak.

"Setakat tu je yang  I boleh pesan. Jangan takut. Kalau ada apa apa. Boleh contact I terus okey."

"Berita baik?"

"Mungkin Megat tidak bunuh diri."

"Mungkin?"

"Ya masih dalam siasatan  lagi Nuraz. I nak buka kes ni jika bukti dah jumpa." Ujar Haiyan.

"Megat kena tolak?" Teka Nuraz.

Haiyan tidak geleng atau angguk. Kerja untuk menyampaikan berita baik dan buruk sudah selesai. Untuk beritahu lebih lanjut,dia tidak boleh. Biar masa yang menentukan. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience