Bab 34

Romance Series 36162

Beberapa bulan yang lalu, Gibrel ibarat seperti goblin yang sentiasa ada ketika dia susah. Tapi sekarang tidak lagi. Dia duduk di pulau terpencil tanpa pengetahuan orang. Gibrel tidak mampu lakukan seperti mana yang dia janjikan. Nuraz senyum sinis. Dia bukan siapa-siapa pada Gibrel. Tidak perlu lelaki itu risau akan dirinya.

Mata dia menjamah lagi pemandangan pantai pada hari ini. Kaki terasa ingin berpijak pada pasir. Malangnya dia terkurung pada banglo mewah ini. Rindu  dengan suasana luar. Rindu hirup udara bebas.

"Kau memang suka laut?"

Suara itu lagi. Nuraz buat tidak endah. Mata masih menatap kebiruan laut.

"Khusyuk sangat tu. Suka betul ya." Hayden cuba untuk mulakan perbualan.

Hayden melihat susuk tubuh Nuraz dari belakang. Nuraz berpakaian santai blouse bunga kecil dan dipadankan dan skirt kembang.

"Cantik." Desis hatinya.

Rambut Nuraz yang hitam mengurai beralun mengikut angin pantai. Patutlah 2 lelaki boleh jatuh cinta pada wanita ini. Ada istimewa yang orang lain tak boleh lihat. Kulit sawo matang Nuraz menambahkan lagi kemanisan wajah.

Hayden menelan air liur. Semakin dipandang, semakin kencang jantungnya berdegup. Dia pejamkan mata dan mengusir perasaan.

"Boleh tak aku nak jejak kaki kat pasir pantai tu?" Nuraz bertanya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah bawah.

"Hahhh."

"Aku nak jejak kaki kat pasir tu. Boleh ke tidak?" Nuraz ulang sekali lagi. Kali ini dengan nada sedikit kasar.

"Tak boleh."

"Sampai bila nak kurung aku Hayden? Kau tak takut polis cari kau? Entah entah heboh 1 Malaysia yang aku hilang."

Hayden ketawa geli hati.

"Manusia mana risau pasal kau?Kau bukan ada keluarga pun. Kau tu sebatang kara je."

Nuraz tergamam dengan ujaran Hayden. Hayden tahu latar belakang dia. Siapa sebenarnya Hayden? Orang suruhan musuh Megat? atau identiti yang dia sendiri tidak tahu.

"Gibrel akan cari aku."

"Dia tak akan dapat cari kau walaupun dalam lubang cacing."

"Yakin betul."

Hayden ketawa besar. Dia sendiri tidak tahu kenapa tapi jawapan Nuraz agak kelakar bagi dia. Mustahil Gibrel tahu tempat ini. Pulau persendirian hak milik dia. Hanya orang tertentu sahaja tahu.

Penat berteka teki. Penat cantum puzzle. Buat pertama kali Nuraz malas hendak berfikir secara dalam. Dia hanya ikut garis masa yang ditentukan lelaki itu.

*****

Keputusan semalam dia ubah. Dia tidak boleh ikut garis masa lelaki itu. Dia ada masa depan yang dia tentukan sendiri. Semakin lelaki itu berteka teki, jiwanya membara dengan pertanyaan. Dia mahu tahu siapa Gibrel dengan Hayden sebenarnya. Dia mahu tahu apa apa punca Megat mati. Siapa musuh Megat dan kenapa dia sentiasa diburu. Pertanyaan yang bermain dalam fikiran membolehkan otaknya rasa meletup.

Bangun pagi sahaja. Nuraz mengambil masa yang lama untuk berfikir dan tanya pada diri sendiri. Ini ke kehidupan yang dia hendak atau mahu menewaskan garis masa Hayden. Dia mahu bebas.

Nuraz baru teringat. Semalam lelaki itu ada pesan kepadanya kalau mahu mengirimkan barang keperluan. Hayden keluar ke pekan besar. Nuraz tersenyum senget. Peluang untuk dia geledah banglo besar ini.

Tidak sia-sia dia belajar teknik ini dari Megat dulu. Pintu yang berkunci dia berjaya buka menggunakan pisau. Nampak tak logik tapi semuanya boleh. Pintu dibuka luas. Nuraz tergamam. Agaknya berapa tahun bilik ini tidak bersih. Penuh habuk.

Nuraz berdecit. Beberapa kali dia bersin. Air hidung mula berair. Dia menutup hidung dengan baju tapi masih terasa habuk.

"Tak senonoh betul si Hayden ni." Gumam Nuraz perlahan.

Mata meliar memerhati beberapa ruang. Rak buku yang penuh dengan file. Meja pula dipenuhi timbunan buku. Berselerak ruang bilik ini. Berapa lama Hayden tak jejak bilik ini.

Nuraz mengambil file yang menarik perhatian dia. Dia selak per satu muka halaman. Tiada apa yang mencurigakan. Semuanya sijil penghargaan pada zaman universiti. Nuraz mengangguk angguk. Bijak juga si Hayden tapi kenapa dia buat kerja bodoh. Bukan calang - calang universiti yang dia masuk.

Anak mata jatuh pada gambar size a4. Seorang remaja lelaki dan seorang wanita muda. Kakak atau emak? Nampak seiras tapi mata wanita muda itu mengingatkan dia pada seseorang.

Dia pusingkan gambar ke belakang. Nama lelaki dan perempuan. Megat Hayden & Putri Atriaya.

"Kakak kot." Nuraz membuat telahan.

Nuraz mengeluh penat. Hampir separuh barang yang dia terokai tapi tiada petunjuk. Album lama, sijil dan dokumen lelaki itu.

"Kau cari macam mana pun tetap tak akan jumpa. Kat dalam rumah ini tak ada apa apa pun barang penting."

Hampir terlompat dibuatnya bila suara itu menegur dari belakang. Nuraz kaku. Pelbagai idea yang bermain dalam fikiran. Semuanya tak boleh pakai buat alasan.

"Oh saja. Mana tahu kau tinggal kuman je untuk aku buat petunjuk."

"Really? Petunjuk yang besar pun kau tak mampu nak hadam apatah lagi sekecil kuman." Ujar Megat Hayden dengan senyuman senget. Perlian yang dia tujukan pada Nuraz.

Nuraz menoleh kebelakang. Dia melihat wajah Megat Hayden yang ditutupi topeng separuh muka. Kalau ikutkan hati, dia mahu tusuk pisau ke arah dada kiri Megat Hayden. Namun, akalnya masih mampu berfikir.

"Marah?" Soal Megat Hayden. Kening terjungkit naik.

Dokumen yang ada pada tangan. Nuraz lempar ke tepi. Muak dengar suara Megat Hayden. Dia terus menuju ke pintu dan sengaja merempuh badan Megat Hayden.

"Tepilahhh. Menyemak betul kau ni jadi tunggul kayu." Marah Nuraz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience