Bab 5

Romance Series 36162

Aku diperhatikan? Tapi siapa? Musuh Megat? Megat ada musuh ke? Persoalan bermain dalam otak Nuraz. Tak mampu dia nak hindar dari terus berfikir. Otaknya berteka teki macam puzzle.

Baru baru ini, Nuraz rasa dia diekori oleh seseorang tapi andaian itu dah terjawab. Gibrel puncanya.

"Gibrel ke?" Desis hati Nuraz. Kenapalah Haiyan tak nak cerita perkara sebenar. Perasaan takut menjelma. Perlahan lahan mata yang letih tertutup sendiri. Moga mimpi yang indah Nuraz Imani.

*****

Bum. Bunyi itu mengejutkan dia dari lena. Nuraz bingkas bangun. Mata meliar memandang sekeliling tapi tiada apa apa. Bunyi jatuh cukup kuat di pendengaran telinga.

"Ya Allah. Aku mimpi lagi." Bisik Nuraz. Mimpi berulang tayang lagi. Akhirnya, Nuraz kalah. Menitik air mata. Hampir setiap malam, tragedi itu bermain dalam mimpi. Lenanya telah tergugat.

Telefon dicapai dan Nuraz membuka applikasi whatsap. Whatsap arwah Megat dibintangkan supaya kekal diatas.

25.2.2019
Kalau bunuh diri atau dibunuh. Mana satu kau akan terima kenyataan?

Nuraz terima soalan ini sebelum seminggu arwah Megat jatuh bangunan. Discroll lagi whatsap ke atas.

26.2.2019
Walaupun apa yang terjadi. Kau kena percayakan aku.

Nuraz hairan. Adakah ini petanda yang Megat nak sampaikan sesuatu. Nuraz mengeluh. Kisah Megat seumpama puzzle. Dia harus cantumkan satu-satu tapi apakan daya dia sangat bencikan puzzle. Dia lemah dalam mencantumkan sesuatu.

Dari atas sehingga ke bawah. Tiada apa yang menarik atau otak terlalu fikirkan kata kata Haiyan.

"Kau sedang diperhatikan"

Ayat pertama keluar dari mulut Haiyan bermain dalam fikiran.

*****

Gibrel menepuk meja dengan kuat. Urat-urat timbul dikeliling muka. Dia merengus kuat. Geram dengan sikap Nuraz yang tidak fokus.

Nuraz tersentak. Lamunan terhenti. Jantung berdegup kencang akibat kejutan tadi. Mengurut dada perlahan lahan untuk reda.

"Ini sampah Nuraz!!!" Jerkah Gibrel. Flyer dilemparkan atas meja.

Nuraz mengambil kertas flyer yang dilemparkan. Bertaburan di atas meja. Dia membelek kertas flyer depan dan belakang. Tiada masalah. Flyer ini telah dapat kebenaran dari Gibrel untuk mencetak.

Nuraz membaca patah perkataan dengan teliti.

Gulp..

Bukan 2 patah perkataan yang salah tapi lebih dan warna pada reka bentuk lari. Dia lupa simpan dalam CMYK. Lidah terkelu hendak menjawab. Ini memang kekhilafan darinya.

"Kenapa banyak typo? Mata letak mana? Kat lutut. Itulah orang bekerja dia termenung." Garang suara Gibrel menutur kata.

Nuraz menelan air liur berkali kali. Seram dengan amarah Gibrel.  Sepanjang bekerja dengan Gibrel, mungkin ini kali ke 2 dia kena herdik. Kali pertama semasa dia baru masuk kerja. Itu pun gara gara salah editing.

"Sorryyyy. Saya tak perasan. Nanti saya betulkan balik." File adobe ilustrator dibuka untuk edit.

"Nuraz. Jangan bawak hal personal kat tempat kerja." Suara Gibrel mengendur.

"Ya saya tahu. Saya minta maaf." Ucap Nuraz kesal.

Nuraz bernasib baik. Kesalahan tidak banyak. Hanya betulkan patah perkataan yang salah dan tukar warna kepada CMYK. Kali ini, dia berhati- hati melakukan editing. Seriau kena marah dengan Gibrel.

"Kau kena janji dengan aku. Kau kena fight untuk diri kau dan aku. Sepuluh manusia tak percayakan kau tapi aku tetap berdiri belakang kau."

Megat mengeluh. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Nuraz bagai angin lalu. Sesak nafas rasanya bila orang yang dipercayai tikam dari belakang.

"Megat. Dengar apa aku cakap. Fight. Lawan perasaan. Kau ada aku Megat." Nuraz memberi kata kata semangat. Tangan kanan digayakan seperti ahli bina badan.

"Nuraz."

"Its okay Megat. Ambil masa berapa kau nak. Aku tunggu kau."

Megat mengeleng kepala perlahan. Perasaan malu muncul.

"Kau manusia Megat."

Air mata yang ditahan. Mengalir juga setitis ke pipi.

"Tak sangka kawan aku sendiri tikam aku. Jatuh fitnah atas aku." Luah Megat dalam tangisan tertahan. Hakikatnya dia tidak boleh tahan tapi kerana ego. Dia terpaksa.

"Aku percaya kau."

"Aku tahu."

Lamunan terhenti. Nuraz menenyeh mata berkali kali. Peristiwa lepas kembali bermain diminda. Kenangan manis dan pahit tidak boleh lupus. Dia rindu Megat tapi pada masa yang sama dia marah. Nuraz keliru. Nuraz takut untuk menerima hakikat.

Tidak boleh menunggu lama. Nuraz minta untuk berjumpa dengan Haiyan. Dia mahu menyoal lebih tentang Megat. Fokus terhadap kerja mati. Nuraz menutup laptop dan bingkas bangun.

*****

Haiyan duduk bersahaja dengan kaki menyilang. Air kopi tanpa gula diteguk perlahan lahan. Dia perhatikan sahaja tingkah Nuraz. Memberi masa pada gadis itu.

"I sebenarnya...."

"Kepastian yang patut you terima. Megat mati bukan bunuh diri."

"Tapi..."

"Apa yang kita nampak tak semestinya betul Nuraz. You tahu Megat ada musuh?"

Nuraz pelik. Sejak bila pula Megat ada musuh? Megat tak pernah cerita sebelum ini.

"Megat hanya cerita samar samar je pada you. Dia tak nak you bimbang."

Bingo! Teka teki lagi. Puzzle lagi. Mana satu yang harus dicantum. Megat rumitnya masalah kau.

"I tak nak you runsing. You hanya perlu jaga diri you je. Itu permintaan I.

Nuraz hanya mendengar sahaja ujaran Haiyan. Tiada apa yang perlu dibalas. Otak masih berselirat lagi.

"You jangan percaya orang sekeliling. Sekali sekala adalah sikit prasangka tu. Jangan bendul sangat."

Menjengkelkan betul si Haiyan ni. Kalau bukan kerana Megat. Tak nak pun jumpa peguam perasan bagus.

"Ya termasuk orang depan I." Sarkastik balasan Nuraz.

"Mungkin."

Nuraz memicit dahi. Ingatkan bila jumpa Haiyan. Segalanya dapat jawapan tapi Haiyan macam Megat. Diberi teka teki dan dia kena cari sendiri.

*****

Klu pertama, apa yang kita nampak tak semestinya betul. Klu kedua, jangan mudah percaya orang. Klu ketiga, Nuraz diperhatikan. Apa ni!!!! Nuraz musykil. Benda ini macam berbalik pada dia tapi ini soal Megat.

Nuraz dapat idea. Dia scroll whatsap Megat. Mungkin ada klu yang harus dia boleh jumpa

21.1.2019
Orang yang aku percaya tikam aku dari belakang

Okey. Ayat ini dia sedia tahu. Mungkin klu tikam dari belakang. Nuraz memaksa untuk berfikir. Adakah yang bunuh megat, orang kepercayaan Megat. Oh tidak Nuraz. Jangan cakap, orang yang perhatikan dia adalah bekas kawan baik Megat. Eh! Kawan baik Megat dulu memang tak suka Nuraz rapat dengan Megat. Berapa kali dihasut Megat supaya jauhkan diri dari Nuraz.

"Hairil."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience