Bab 39

Romance Series 36162

"Huiiii sapa tuuu???"

Nuraz menepuk dahi. Masalah bakal timbul dengan mulut orang kampung. Ini Gibrel punya hal! Ingatkan dia dah balik tapi masih tersadai dihalaman rumah.

"Errr Cik Som dari mana tu?" Tanya Nuraz dengan sengihan.

"Jangan alih topik Nuraz. Tu sapa? Kamu jangan macam macam."

"Tu saudara arwah mak. Ada tu ha kat dalam kereta. Tak sihat katanya. Kan bukan ajnabi. Saya suruhlah dia tidur kat situ je." Tanpa fikirkan jawapan, lancar dia mengeluarkan jawapan dari mulut. Janganlah Cik Som buat cerita satu kampung. Malu Nuraz.

"Ooo lelaki ke?" Herot berot mulut menyoal. Kepala menjenguk jenguk mahu tengok siapa di dalam.

"Errr haah Cik Som."

"Kenapa tak suruh dia tidur kat hotel pekan tu."

"Jauh kan tu Cik Som."

Cik Som mengangguk angguk kepala. Berpuas hati dengan penjelasan Nuraz. Kaya betul saudara si Nuraz ni. Bolehlah dia nak merisik risik untuk anak daranya nanti.

Nuraz menarik nafas lega dengan langkah kaki Cik Som. Tiada lagi soal jawab yang membuatkan dia banyak menipu.

Mata melirik ke arah kereta mewah. Nuraz senyum menyenget. Gibrel nak sangat tunjuk hero Malaya kan. Duduk situ sampai pagi esok. Tak ada layanan istimewa buat tetamu.

***********

Tangan berhenti mengacau air. Firasat Nuraz rasa tidak sedap. Dia meninggalkan kerja didapur dan laju melangkah menuju ke pintu utama.

Mata dia melihat sesuatu yang tidak kena. Perlahan lahan dia berjalan agar kehadiran dia tidak sedar oleh orang itu. Dia bersedia untuk beri tendangan.

Kaki kanan naik ke atas dan mendarat pada pinggang si lelaki. Dalam keadaan tidak bersedia lelaki tersebut jatuh ke tanah.

"Kau siapa? Apa kau nak hah?"

Geram dengan kebisuan si lelaki, tumbukan diberikan pada muka tapi lengan Nuraz dicapai dan dikunci. Tubuh langsing itu dijatuhkan serta merta lalu badan itu dipeluk kemas.

"Shittt." Carut Nuraz dan berusaha melepaskan diri. Kedua dua tangan dikunci oleh tangan lelaki yang tak dikenali.

"Tak baik mencarut Nuraz."

"Lepaskan aku lah manusia bodohhh." Suara menekan kuat.

"Kaulah bodoh. Kau tendang aku curi curi lepas tu diri sendiri kalah. Buuu." Lelaki itu mengejek bersama ketawa kecil.

"Kau nak apa?"

"Aku nak lelaki ni blah dari sini. Senang je."

"Ikut suka dia lah dia nak duduk mana pun. Bukan urusan kau."

"Urusan aku Nuraz. Kau memang tak dengar cakap aku kan."

Dahi Nuraz berkerut. Siapa lelaki ni? Kaki yang bebas digunakan sebaik mungkin. Kaki kiri memijak kuat paha lelaki tersebut.

"Auchhh."

Pelukan dileraikan dan Nuraz bingkas bangkit. Hoodie yang tertutup ditarik oleh Nuraz. Wajah lelaki itu terpampang.

"Kauuuu."

"Kau tak kenal aku lagi Nuraz?"

"Kau memang musuh dia kannn?" Jerkah Nuraz kuat.

"Tak lah. Aku ni abang tiri dia merangkap anak luar....hmmm." Tak jadi nak habiskan ayat. Dia bangkit cepat sebelum Nuraz bertindak. Nuraz agak tangkas dengan seni pertahankan diri tapi dia selalu alpa bagaimana mahu guna dengan betul.

"Kekasih hati dah mampus ke duduk dalam kereta?"

"Biarlah dia nak mampus pun bukan urusan kau. Kau blah dari sini."

Abang tiri Gibrel gelak mengejek. Kemarahan Nuraz menjadi hiburan dia pagi ini. Waktu yang sering dia nantikan akhirnya akan tiba.

"Kau tak kenal aku lagi ke?"

"Siapa kau?"

"La kan aku kata. Aku abang tiri dia merangkap pemilik D'House hotel. Kau lupa ke Nuraz. Kita pernah berjumpa."

"Aku tahu."

"Tapi kau tak tahu lagi."

"Apa?"

"Haydennn." Panggil Gibrel dengan suara serak basah. Kepala dan badan sakit tidur sepanjang hari di dalam kereta. Otak masih dalam khayalan tapi dia masih kenal Hayden, abang tirinya.

"Hayden?" Soal Nuraz dengan riak terkejut.

"Ya aku Megat Hayden. Kau dah kenal kan?"

Bulat mata Nuraz bila lelaki dihadapan ini perkenalkan diri sebagai Megat Hayden dan abang tiri kepada Gibrel.
Lelaki yang berdiri di hadapan dia adalah lelaki yang sama di pulau. Pemilik D'House hotel juga adalah orang yang sama.

Nuraz tergamam dengan kenyataan sekarang. Mereka saling mengenali dan maksudnya Megat adalah sepupu Gibrel. Keturunan yang sama dan darah yang sama.

"Kau buat apa kat sini Hayden?" Soal Gibrel dengan pening lalat. Dia nampak ketegangan di raut wajah Nuraz.

"Gibrellll."

"Ya." Sahut Gibrel lemah.

"Dia ni abang awak."

"Ya."

Hayden senyum menyenget. Akhirnya, terbongkar juga rahsia ini tanpa perlu dia bagi teka teki pada Nuraz. Sekelip mata dengan hanya beberapa saat.

"Tadi dia doakan awak mampus." Secara laju ayat itu muncul di mulut Nuraz.

"Whatttt?" Terkejut Hayden dengar kenyataan Nuraz sedangkan dia berkata sebaliknya.

"Kau buat apa kat sini Hayden?"

"Soalan tu patut aku tanya pada kau."

"Hari itu si Hayden ni tak mengaku pun awak ni adik tiri dia. Bukan siapa siapa katanya." Sampuk Nuraz yang masih keliru.

"Kau diamlah Nuraz." Bengang dengan mulut banyak Nuraz. Semua benda nak cerita.

"Betul kan??? Awak tak mengaku pun Gibrel ni adik awak dan kau Gibrel kemain kan kau tak kenal Megat. Megat tu sepupu kauuu."

"Nuraz."

"Dahlah Gibrel. Aku penat tahu tak kau permainkan aku. Kenapa tak terus terang. Perlu ke tipu aku? Tak kenal megat konon tu siapa."

"Wow wow drama weh. I like." Ujar Hayden. Suka benar dia dengan situasi tegang sekarang.

"Kenapa dengan kau Hayden?"

"Kau tahu kan kenapa."

"Aku tahu apa aku buat Hayden."

"Kau tak tahu Gibrel. Kau tengok keadaan kau sekarang. Lemah. Kalau aku nak bunuh kau tadi kacang je weh. Macam tu kau nak selamatkan si Nuraz. Kau yakin kau boleh. Kau yakin kau mampu lawan mummy?" Sinis Hayden menyoal. Dia pandang Gibrel atas dan bawah. Ya memang adik tirinya ini kelihatan lemah dengan mata masih samar samar. Kalau musuh dia bunuh secara senyap maka hanya jasad yang tinggal.

"Hei Gibrel. Jangan bodoh sombong sangat lah!" Tambah Hayden lagi.

Nuraz memerhati ketegangan antara 2 beradik ini. Perkataan 'mummy' menarik minat dia untuk tahu selebihnya.

"Gibrel tak mampu nak lindung kau Nuraz. Dia yang datangkan bahaya pada kau." Ujar Hayden.

"Kau mampu lindung aku Hayden?"

Hayden angguk.

"Kau yakin mummy tak cari pasal dengan kau?" Soal Gibrel.

"Mummy sayang aku lebih Gibrel. Kau kena terima hakikat itu." Angkuh sekali ayat yang dilontarkan pada Gibrel.

Gibrel ketap bibir. Tidak dinafikan, dia harus kena hakikat itu. Anak kandung dibuang tepi tanpa kasih sayang. Dulu mummy sekarang Hayden datang nak rampas Nuraz pula. Perangai mereka saling tak tumpah. Sentiasa menyusahkan orang dan sentiasa mahu betul.

"Kau kena tahu. Aku yang selamatkan dia dari orang tua tu bukan kau. Kau agak kalau aku tak selamatkan dia. Dia boleh berdiri sebagai Nuraz sekarang. Tak kan. Jadi terima hakikat aku jauh hebat."

Ahhh Hayden. Lelaki yang sentiasa mahu nampak hebat dari segala segi. Betullah kata nenek, dia memang ikut segala perangai mummy. Tiada satu pun yang mengikut perangai papa. Kepala yang berdenyut. Ditekan kuat. Tak guna dia bergaduh jika mendatangkan masalah pada diri sendiri. Hari ini mungkin hari diam. Esok mungkin tidak.

Gibrel masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan rumah Nuraz. Dia malas pening pada hari ini. Dia mahukan ketenangan. Doa dia satu agar Nuraz tidak terpengaruh dengan kata kata Hayden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience