Bab 19

Romance Series 36162

"Awak kena tarik dalam grab?" Soal Gibrel tidak puas hati. Tajam mata merenung Nuraz.

Nuraz mengeluh. Menyesal pula buat keputusan untuk ke sini. Patutnya Gibrel kena tanya dia okey ke tak dulu. Ini tanya soalan yang dia malas jawab. Rambut yang kusut disisirkan dengan jari. Argh tersekat pula di skala 6.

Gibrel masih menunggu jawapan.

"Saya balik dulu." Ujar Nuraz. Kaki yang baru melangkah disekat oleh kaki panjang Gibrel.

"Saya penatlah Gibrel. Tak ada masa nak gurau gurau ni."

"Siapa bergurau? Eh saya bertanya kan. Jawapan mana?"

Nuraz garu kepala tak gatal. Ingatkan orang jahat yang susah. Eh berhadapan dengan Gibrel lagi rumit. Peninglah!

"Ya. Silap saya tadi. Bukan nak check dulu no flat tapi terus masuk bila orang tu jemput. Ha puas hatiiii?" Terang Nuraz dengan hati masih marah. Bila teringat hal tadi terasa mahu hantuk kepala ke dinding. Akui dengan kesalahan sendiri.

Gibrel geleng kepala. Dah tahu pasti perkara ini akan terjadi juga. Nuraz memang cuai. Tak terfikir langsung keselamatan diri. Sekarang dia pula yang terlebih risau.

"Lepas ni balik dengan saya?"

"Eh."

"Apa eh eh? Banyak songeh kahwin je dengan saya. Senang." Gibrel gunakan kuasa veto.

"Tak boleh." Bantah Nuraz. Oh ini banyak kena fikir. Tolak sana tambah sini. Melayanglah duit gaji dia lagi.

"Boleh tak sekali ni je dengar cakap saya?"

Riak wajah Nuraz bertukar. Dia tidak setuju. Susah macam mana pun dia tak akan tumpang Gibrel. Cukuplah lelaki itu bagi dia duduk di kondominium.

*****

Gibrel merengus. Bilik kerja Nuraz diketuk kuat. Bengang dengan sikap Nuraz yang degil. Dia terasa macam orang bodoh bila menunggu Nuraz hampir satu jam di depan kawasan kondominium.

Nuraz selamba. Tiada riak wajah salah. Dia santai menaip pada papan keyboard.

"Nuraz." Sergah Gibrel. Muka masam ditayangkan tanda tidak puas hati.

"Ya bos ada kerja ke?"

"Kenapa saya call tak angkat? Satu jam saya tunggu awak."

"Awak tak call saya pun. Saya tak tahu." Ujar Nuraz. Ya betul kata Nuraz. Tiada text dari Gibrel. Jadi buat apa dia rasa nak serba salah. Kalau betul Gibrel mahu tumpangkan dia sudah tentu lelaki itu akan text dahulu.

Gibrel tepuk dahi.

"Semalam kan dah cakap."

"Itu semalam bukan hari ini. Kan lain tu.Dah tu banyak benda saya nak fikir lagi. Pening pening." Nuraz memicit kepala yang kian berdenyut. Semalam tidur 2 jam. Selebihnya dia banyak termenung mengenang nasib diri yang tak berapa bertuah.

"Dah tahu tak sihat jangan pergi kerja."

"Kerja banyak bos. Nanti kalau tak siap. Bos besar marah. Habislah gaji bulanan saya. Saya mahu makan apa." Ujar Nuraz dengan loyar buruknya.

"Makan pasir." Balas Gibrel bersahaja.

Kaki Nuraz terasa mahu naik ke atas. Kaki kanan terasa gatal nak sepak buntut si Sara. Dasar penghendap punya budak.
Tangan kanan dihulurkan pada telinga Nuraz.

"Aduhhh aduhhh sakit sakit."

"Kau buat apa ni Sara? Tak malu ke intai bos hah?"

Sara tersengih sumbing. Telinga kanan digosok berkali kali. Pedih dan perit juga sepitan tangan Nuraz. Tangan menunjuk sesuatu sambil tersengih.

"Apa kau ni? Kalau minat bos pergi je confess kat dia. Tak payah nak mengendap macam ni. Eiii anak dara tak malu kan."

Terkelip kelip mata Sara. Kepala mengeleng laju menidakkan tuduhan Nuraz. Kedua tangan mengoyang ke arah kiri dan kanan.

"Gila ka nak suka kat buah hati kak Nuraz."

Belum habis cakap telinga Sara ditarik sebelah kanan. Geram dengan perangai nakal si Sara.

"Uuuuu sakitttt."

"Hati kak Nuraz lagi sakit. Tahu macam ni. Kak Nuraz sepak je buntut Sara. Biar jatuh menyandar kat depan tu. Nak?"

"Uwaaa sampai hati akak kan. Sara niat baik nak skodeng abang Gibrel dengan perempuan tu. Kalau dia scandal senang Sara nak lepuk dia. Berani dia mainkan akak." Panjang lebar Sara bercerita.

"Fitrah tu sepupu Gibrel." Terang Nuraz sambil cekak pinggang.

"Sepupu apa I you bagai. Geli telinga dengar tahu takkk."

"Suka hati dialah nak I you ke sayang abang ke. Yang Sara jadi penyibuk ni pasai apaaaa?" Terkeluar loghat utara yang tak berapa nak menjadi tu dari Nuraz. Mata yang tak berapa besar membulat tanda marah pada Sara.

*****

Lega urat pinggang bila dapat duduk dikerusi empuk. Nuraz mengeliat kuat. Fuhhh lega. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan. Kaki kanan pula disilangkan pada kaki kiri. Jari mengetuk paha sendiri mengira detik. Sedap betul labuhkan punggung pada kerusi mewah.

Hati yang debar tidak diendahkan bila kaki sudah menjejak ke bilik kerja Gibrel. Tidak pernah lagi Gibrel panggil dia datang ke mari melainkan Gibrel yang terpacak didepan bilik kerja Nuraz. Debaran mengalahkan ketika dia sedang bergelut dengan orang jahat.

"Ada apa panggil saya?" Soal Nuraz tidak sabar apabila nampak susuk tubuh Gibrel yang melangkah masuk.

"Hmm saya baru nak masuk. Dah tanya. Tak sabar betul." Ngomel Gibrel.

"Saya sibuklah."

"Kerja apa yang awak ada sekarang Nuraz?" Gibrel bertanya dengan nada sinis. Hanya dia sahaja yang tahu Nuraz ada kerja ke tidak. Nak menipu dengan dia? Agaknya kena pijak dia dulu. Dia kan bos kat cafe sini. Semua benda dia orang pertama harus tahu.

Nuraz tersengih malu. Lupa pula yang berdiri di depan dia sekarang adalah majikan.

" ok macam ni lah. Straight to the point je. Saya nak awak jadi PA saya."

"Hah." Nuraz tercengang. Otak ligat fikirkan jawatan sekarang.

"Jawatan awak sekarang saya nak tawarkan pada orang lain."

"Eh kenapa kerja saya tak bagus ke? Kalau saya buat kesalahan dalam design pun. Saya akan baiki balik kan. Tak kan sebab tu je awak nak tukarkan jawatan saya? Mana boleh. Tak adil tahu tak. Selama ni saya buat hasil kerja semua okey. Tak kan sebab sebelum ni. Awak terus nak tendang saya?"

"Saya tak cakap pun nak tendang awak kan. Saya letak awak posisi jadi PA saya atau pembantu peribadi."

"Tak boleh." Bangkang Nuraz. Kelulusan dia adalah reka bentuk grafik bukan kelulusan yang ditawarkan oleh Gibrel. Dia sayangkan pekerjaan ini dan jiwa dia adalah seni.

"Gaji lagi lumayan Nuraz. 2 kali ganda yang sekarang."

"Fine. Awak nak berhenti kan saya secara halus kan?" Nuraz menebak. Muka sudah bertukar ketat. Tak suka dengan rancangan Gibrel.

"Saya tawarkan awak 2 kali ganda dari gaji sekarang. Saya tak kata pun saya nak berhentikan Nuraz." Ujar Gibrel tenang. Dia sudah fikir panjang. Ini sahaja cara untuk dia lindungi Nuraz.

"Saya tak hairan dengan gaji tu. Saya suka jawatan graphic. Awak tak boleh buat saya macam ni." Bentak Nuraz.

"Kalau macam ni awak buat saya. Ok saya berhenti kerja 24 jam. Puas hati?" Belum sempat Gibrel bercakap, Nuraz memintas. Argh dia bencikan Gibrel sekarang. Sanggup perlakukan dia seperti ini sedangkan dia dah buat kerja yang terbaik.

"Are sure Nuraz? Macam mana nak bayar duit rumah sewa? Dah cukup duit nak sara hidup selama 2,3 bulan? Tak takut hidup merempat atau jadi gelandangan?" Soal Gibrel sinis.

Dari berdiri, Nuraz terus duduk. Perkataan gelandangan itu agak mengerikan. Dia tak nak. Nak balik kampung pun. Dia masih tidak boleh terima lagi. Nak tak nak dia kena terima juga.

"Kenapa awak sanggup tukarkan jawatan saya?" Lirih nada suara. Tak sanggup lepaskan jawatan yang dia suka. Tapi dia perlukan duit untuk inisara hidup.

"Saya perlukan PA. Saya tak suka orang lain yang tak kenal."

"Fitrah kan ada."

"Ada orang sebut nama I ke tuuuu????" Suara Fitrah berbunyi dari luar. Senyuman nakal ditayangkan pada mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience