Bab 46

Romance Series 36162

Jika semalam dia hati keras mengatakan tak nak dengar cakap Gibrel tapi hari ini sebaliknya. Hatinya berbolak balik setelah melihat perkara yang berlaku. Mayat manusia bergelimpangan di atas tanah. Dia teringatkan jasad Megat. Nuraz menutup muka dengan kedua telapak tangan. Makin lama makin rumit. Dia tidak boleh terima bila nyawa orang lain jadi ancaman.

Seretan tayar berbunyi dan bummm. Kereta mewah ini menghentam pokok besar. Badan Nuraz terdorong ke depan manakala gibrel sempat menahan tubuh dia dari terpelanting keluar. Mata dia melihat kepala pemandu terkeluar sikit dari kereta. Kepala pemandu tersangkut pada cermin. Mengerikan dengan darah yang tidak berhenti mengalir.

"Arghhh shit." Carut Gibrel.

"Gibbbb rellll." Panggil Nuraz dalam ketakutan. Badan mula bergetar. Mata masih melihat tubuh pemandu terkulai.

"Ya Nuraz. Saya ada ni. Keluar jom."

"Takutttt."

"Tutup mata tu. Kita keluar sekarang. Jangan buat sebarang bunyi."

Shretttttttttt

Gibrel pegang tangan Nuraz erat. Dalam bilangan 1...2...3... Dia berlari pantas dengan gengam jari jemari Nuraz untuk mengikut langkah panjang.

"Ituuuu diaaa." Jerit seseorang.

Bang... Bang...

Tembakan bergema dalam hutan. Nuraz lelah tapi kaki tetap mengikuti langkah larian rambang.   Dia tidak tahu apa akan bakal terjadi nanti. Dia reda. Mati atau hidup, dia tidak mampu fikir. Otak dia rasa kosong.

Gibrel pegang pinggang Nuraz dan pusingkan badan Nuraz ke belakang. Dia tidak boleh berlari lagi. Sesaat terlambat, Gibrel dan Nuraz bakal terkena tembakan.
Dia menyorok di belakang pokok besar. Kegelapan yang menguasai malam tidak dihiraukan. Dia tawakal sahaja. Dalam keadaan begini, hanya satu cara sahaja yang boleh menyelamat iaitu guna mata hati. Jangan takut pada kegelapan. Dia cuba untuk bersikap rasional agar tidak tersilap langkah.

Gibrel keluarkan sepucuk pistol dari kaki seluar. Bersiap sedia untuk membalas.
Bodoh! Orang yang mengejar dia beri tembakan rambang. Dasar manusia menyusahkan orang.

"Tunduk Nuraz." Arah Gibrel.

"Aduhhh." Suara manusia mengerang kesakitan. Tembakan Gibrel mengena pada kaki orang itu.

"Jom Nuraz."

"Kita nak lari mana? Kita dalam hutan. Nanti sesat. Susah Gibrel."

"Sesat atau nyawa diambil oleh manusia tak berguna Nuraz."

"Dua dua sama je."

Gibrel malas melayan emosi Nuraz. Dia tahu Nuraz mahu mengalah tapi dia tidak. Perjuangan untuk hidup perlu diteruskan. Dia sanggup mati dalam hutan berbanding mati ditangan mummy sendiri. Tangan Nuraz ditarik kasar. Dia bersedia untuk membuka langkah laju.

"Saya penattt." Kaki dia rasa lembik. Belum pernah dia rasa sebegini. Dia takut dengan kegelapan. Dia takut bunyi tembakan. Dia takut segalanya. Jiwa yang keras beransur pergi malam ini. Dia terpaksa hadap realiti. Seni pertahanan diri dia tidak berbaloi saat ini tanpa tahu guna senjata api.

Sebaik sahaja dengar ayat itu dari mulut Nuraz. Gibrel angkat badan Nuraz dan diletakkan pada bahu ibarat bawa guni beras. Sebelum dia melangkah laju, dia acukan pistol ke arah lelaki tersebut. Tepat mengena kepala lelaki itu.

Kali kedua, dia acu pada lelaki lain dan tepat mengena dada. Dengan bawa beban di bahu. Langkah laju seperti perlahan. Tapi dia tetap gagah untuk lari.

*******

"Awak okey Nuraz?"

Hati ini kasihan melihat Nuraz berduka. Dia tahu Nuraz sepatutnya tidak perlu hadap semua ini. Semuanya tidak boleh berubah. Nuraz tetap akan dikejar sama ada bersedirian atau bersama Gibrel. Satu alasan adalah Nuraz terikat dengan keluarga dia.

"Sampai bila macam ni?"

"Saya cuba Nuraz."

"Maaf."

"Untuk apa?"

"Menyusahkan awak."

"Saya dah janjikan. Saya akan jaga awak macam nyawa saya."

"Sampai bila?"

"Sampai bila-bila selagi nyawa ini masih bernafas."

Nuraz mengeleng kepala. Terasa ingin menjerit tapi tidak boleh. Seakan ada sesuatu yang menutup. Yang pasti dia penat nak hadap semua ini. Ego yang satu terhapus dengan hanya satu malam. Dia penat dan tertanya-tanya kesalahan dia pada Erica. Megat atau Gibrel sebenarnya punca? Dia tiada jawapan khusus.

"Kenapa Erica buru saya? Sebab saham yang Megat bagi pada saya ke? Saham tu sikit je. Ambillah saya tak kisah. Saya nak hidup saya balik."

"Saham tu Hayden dah beli."

Nuraz terdiam. Agak terkejut dengar kenyataan Gibrel. Rumit untuk dia faham. Kenapa Hayden? Apa yang dia nak sebenarnya? Saham tu ada kena mengena dengan dirinya dan Megat ke? Bukan ke dulu Haiyan kata saham itu tiada kaitan langsung dia diburu.

"Tapi kenapa saya kena buru lagi? Saham tu bukan hak saya lagi."

Gibrel kunci mulut. Tiada apa yang perlu dikatakan lagi. Semuanya belum masanya lagi untuk dia berterus-terang. Nyawa Nuraz dan sesuatu yang berharga. Hanya Nuraz sahaja yang boleh menyelesaikan dengan bantuan dia.

******

"Belajar pegang senjata?" Soal Nuraz terkejut. Mengigil badan dengar perkataan itu. Semalaman dia tidak dapat tidur dengan igauan bunyi tembakan dan mayat bergelimpangan. Pagi ini, Gibrel ajak dia untuk pegang senjata. Kerja gila! Setakat pegang pisau untuk masak, dia boleh. Untuk bunuh musuh dia tidak mampu. Dia tak nak cemari tangan ini dengan meragut nyawa orang lain.

"Mula dengan kerambit dulu."

"Aaaa. Tak nak. Takut. Lagi pun saya pandai guna pisau. Tu kan dah boleh."

"Pisau lipat tu ke?"

"Ehhh jangan nak menganjing saya ye. Pisau lipat tu lah penyelesaian saya dikala kesusahan tau." Ujar Nuraz bersungguh. Tak mahu kalah dengan percakapan Gibrel. Sebenarnya, dia rasa ngeri pegang kerambit. Benda tajam dan sekelip mata boleh membunuh manusia. Kejam! Dia tak sanggup.

"Kerambit ni gerakan cepat. Orang ada pistol. Awak ada kerambit. Sekali lempar. Tersungkur terus."

"Tapi pistol tu lagi bahaya. Sekali tembak kat kepala. Mati terus."

"Jadi nak belajar guna pistol dulu?"

Nuraz menelan air liur berkali-kali. Rasa cemas dan gugup. Belajar guna pistol lagi menyeramkan hari dia. Dia tak nak semua itu. Dia takut. Macam mana nak berterus terang pada Gibrel tanpa melihatkan dia kelihatan lemah.

"Tak boleh ke tak payah belajar. Kita berunding je dengan Erica. Haaa tak pun Hayden. Hayden tu ok kan. Mana tau dia boleh tolong kita. Dulu masa saya jadi tawanan dia. Dia ok je. Baik."

Nurus si lurus. Masih tidak tahu dengan siapa dia berurusan. Masih percaya dengan helah Hayden. Tolong ada makna tersirat.

"Awak nak berunding dengan dia kan. Ok saya bawa."

"Errrr awaklahhh."

"Dia kan baik." Gibrel mengeluarkan ayat berbentuk sindiran.

"Itu abang awak kan. Awaklah runding. Bolehlah Gibrel. Mana tahu cara ni je Erica lembut hati."

Kalau bagi pelempang agaknya baru nak sedar. Nasib baik sayang. Gibrek melayan je karenah bendul Nuraz. Esok lusa bila dah tahu macam mana perangai dua manusia tu. Mungkin Nuraz jadi singa yang baru bangkit dari lena. Buat masa ini dia jadi bodoh sikit untuk kebebasan. Sampai bila-bila Erica tak akan lepaskan Nuraz selagi ada sesuatu yang perlu dia dapatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience