Bab 8

Romance Series 36162

"Manusia kalau tak ada keperluan pada orang tu. Orang dah anggap tak guna. Boleh buang macam sampah." Sakit bila meluahkan perkataan terakhir. Bila dah rasa tak ada manfaat boleh buang orang suka hati walaupun darah daging sendiri.

Nuraz diam. Ada betul kata kata Megat tapi sebelum itu bukankah kita perlu sayangkan diri kita. Siapa lagi nak sayang kalau bukan diri sendiri. Ayat yang bermain difikiran biar disimpan rapi. Dia mahu menjadi pendengar setia. Bukan pendengar dan balas. Cara itu hanya membuatkan Megat kecewa.

"Aku tak tahu salah aku apa. Mungkin balasan."

"Itu tanda ujian pada kau. Kau kena kuat."

Nuraz mengucap panjang. Dia bermimpi lagi. Ingatkan bila pindah rumah, kenangan tidak akan bermain dalam mimpi lagi. Kejamnya kau Megat meninggalkan seribu kenangan. Dan aku disini terseksa mencantum puzzle yang kau tinggalkan.

Nuraz bangun dari pembaringan. Dia mengeliat kecil. Sempat lagi merenung dinding bilik utama. Konsep moden english. Merah mendominasi warna putih.

Bummm

Nuraz tersentak dengan bunyi benda yang jatuh dari ruang tamu. Dia mencapai payung yang ada di tepi almari baju. Nuraz membuka pintu perlahan lahan tanpa ada sebarang bunyi. Mata meliar pandang ke arah sekeliling. Anak mata mengecil untuk melihat dalam kegelapan. Tiada apa apa yang mencurigakan di ruang tamu. Kaki melangkah perlahan lahan menuju ke dapur.

Bayang hitam disebalik peti ais. Kedua tangan siap siaga untuk menumpaskan musuh. Tangan menghayunkan payung pada bayang hitam. Seorang lelaki mengerang kesakitan.

Kaki pula terangkat ke udara dan seterusnya kaki mendarat pada perut. Sekali lagi lelaki bayangan hitam itu mengerang dan mengelupur kesakitan.

"Nuraz stop. Stop. Gibrel ni. Allah bisanya." Tangan pegang perut yang sakit. Kepala bersandar pada kerusi. Berbisa sungguh penangan Nuraz.

Nuraz terpinga. Suara itu suara Gibrel. Oh tidak. Nuraz segera menghidupkan suis lampu. Terpampang wajah Gibrel mengerang kesakitan. Tangan menekan perut. Sakit dengan sepakan kuat tadi.

"Gibrel. Sorry. Saya ingat orang jahat tadi. Saya gelabah." Ujar Nuraz dengan rasa bersalah.

Gibrel mengeluh sakit. Sedap sungguh makanan malam ni. Salahnya juga masuk seperti pencuri.

"Awak buat apa malam buta ni?" Soal Nuraz. Dia melabuhkan punggung dilantai. Timbul rasa bersalah memukul Gibrel.

"Saya tertinggal barang atas peti."

"Kenapa tak call saya?"

"Berpuluh kali la saya call." Gibrel merengus. Tangan mengurut perut. Senak rasanya. Tadi, fikirnya mungkin Nuraz tidur kepenatan tapi sangkaannya salah.

"Saya mintak maaf."

*****

Kesan lebam di muka menjadi perbualan pekerja  di Kafe. Bos kena pukul ke? Bos jatuh ke? Penat nak melayan soalan. Malas menjawab, Gibrel buat tak tahu sahaja dengan wajah ketat.

"Kenapa dengan muka you tu?" Soal Fitrah sambil membelek wajah Gibrel.

"Auchhh."

Fitrah menampar rahang Gibrel. Terdapat kesan lebam yang ketara.

"Sakit?"

"Sedap sangat."

Ujaran Gibrel membuatkan Fitrah ketawa besar. Marah sangat tu. Dengan muka cemberut lagi.

"So siapa yang buat you macam ni?musuh?"

"Nuraz."

"Whatttt?" Pada mulanya Fitrah nampak tergamam. Selepas beberapa detik, dia menghamburkan ketawa lagi.

"You buat apa dengan dia?" Soal Fitrah curiga. Wajah juga berubah dengan ketat. Dia mula merenung tajam.

"Hei you jangan buruk sangka okey. Kunci tertinggal dalam apartment. So I sanggup patah balik untuk ambil. Tapi ini I terima." Jari telunjuk tunjuk pada kesan yang lebam.

"Bila you nak bagitahu true story?Jangan sampai dia mengamuk dengan you nanti.

"Belum tiba masanya lagi."

Fitrah menjongket bahu kiri dan kanan. Kalau itu pilihan Gibrel, dia turuti sahaja tapi jangan sampai ada salah faham. Bukan apa kadang kasihan juga dengan Gibrel. Tak reti nak meluahkan.

"Kalau apa apa jadi. You kan ada." Ujar Gibrel dengan kenyitan mata.

"Kalau I jadi macam..."

Muka Gibrel berubah kelat. Tak suka dengan ayat Fitrah. Kalau boleh biarlah semuanya berjalan lancar. Dia tak nak sakitkan orang lain lagi.

"Sorry."

*****

Nuraz dan Gibrel diam. Tiada satu perkataan yang lahir dari mulut. Nuraz kekok situasi sekarang. Lidah rasa kelu. Bungkusan yang ada di atas meja dipandang sekilas. Marah Gibrel pun tetap ingatkan dia. Nuraz melihat kesan lebam pada rahang Gibrel. Mesti sakit. Dia mengigit bibir.

"So..sorry." Tergagap Nuraz meminta maaf. Wajah menunduk.

"Nuraz minta maaf pada lantai?" Bibir Gibrel menyenget.

"Takkk. Bukannn. Pada Gibrel lah."

"Muka Gibrel tak ada kat lantai Nuraz sayanggg."

Perlahan lahan Nuraz mengangkat muka. Tak terdaya nak melihat wajah Gibrel dengan kesan lebam. Dia mengigit bibir untuk menghilangkan rasa gelisah.

"Nuraz buat bibir macam tu. Saya kiss." Ugut Gibrel nakal.

Membulat mata Nuraz mendengar. Ayat minta mati. Bukan terajang kat perut je tapi kat mulut pun boleh.

"Patutnya saya tumbuk mulut awak je terus." Ujar Nuraz geram. Dia sudah mengempal penumbuk.

"Garang dan ganas." Komen Gibrel. Kesan lebam pada rahang dipegang. Sakitnya bukan main-main.

"Dah pergi klinik?"

"Sikit je ni. Baru nampak anak jantan kan."

Nuraz tersenyum kecil dengan gurauan Gibrel. Anak jantan konon tapi mengerang juga kesakitan. Bila teringat kisah semalam serba salah rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience