Bab 42

Romance Series 36162

Nuraz pegang dada. Debaran masih terasa dengan lamaran Gibrel. Tipulah perasaan dia tak menjentik sesuatu. Dia kawal dan terus mengawal agar tak tergelincir dari landasan. Masuk dalam keluarga Gibrel ibarat menempah maut sesaat. Mampukah Gibrel lindungi dia. Mampukah Gibrel elak dari ibu kandung.

Kahwin dengan Gibrel tidak semudah abc. Banyak perkara harus difikir. Setakat cinta tak boleh bawa ke mati. Semangat dia harus kental. Dia bukan berdepan dengan samseng samseng kampung tapi ratu segala samseng.

"Saya tak paksa Nuraz. Maaf jika itu buat awak tak selesa."

Sangkanya cerita ini mengenai Megat dan Nuraz tapi sebaliknya. Lebih dari itu. Teka teki dan puzzle terlalu sasar dari tekaan. Agaknya Megat sendiri tidak tahu siapa dia yang berdepan. Kasihan Megat.

Dum dum dum

Pintu kayu diketuk kuat. Sikit masa je lagi bakal musnah dengan ketukan kuat. Nuraz lekas bangkit dan bawa batang buluh yang diselit pada bawah katil.

"Kau siapa?" Jerit Nuraz kuat dari dalam. Kaki bersiap siaga jika ada serangan dari luar. Kayu buluh dipegang kemas. Bersedia dengan serangan dari luar.

"Puan Erica nak jumpa kau."

Erica ibu kandung Gibrel. Apa lagi yang dia mahukan. Nyawa mungkin. Selagi dia bernafas di dunia ini, selagi itu dia akan terus muncul tanpa henti.

"Aku tak nak."

"Jangan sampai aku paksa kau perempuan. Kau pilih sakit atau serah diri."

Ugutan orang suruhan Erica langsung tak datang gentar pada hati Nuraz. Nuraz bersiap sedia untuk membuka langkah. Mati atau hidup itu bukan penentu. Erica harus tahu dia punya maruah yang tinggi.

"Kau tak pernah belajar adab? Atau puan Erica yang ajar kau kurang ajar?" 

Berang dengan soalan Nuraz. Orang suruhan Erica tendang pintu dan hanya sekali tendangan. Pintu kayu terbuka luar. Dari luar rumah, lelaki itu menayangkan wajah bengis.

"Kau tak reti adab atau kau nak aku ajar kau adab?" Tenang suara Nuraz menyoal. Berhadapan dengan musuh tak perlu marah tapi perlukan otak untuk melawan. Guna emosi maka lunyai dia hari ini. Dia menilik lelaki itu atas dan bawah. Badan 2 kali ganda dari dia. Tersilap langkah. Jasad yang ada tanpa roh.

Orang suruhan Erica mulakan serangan dengan mengapai tangan Nuraz . Belum sempat lelaki itu pegang tangan Nuraz. Nuraz menyelinap ke belakang. Sangat pantas tanpa lelaki itu sedar. Wajahnya terpinga melihat Nuraz hilang dari pandangan mata.

Kaki kanan Nuraz terangkat dan diberi tendangan pada pinggang. Akan tetapi lelaki yang berbadan besar itu tidak bergerak walau seinci. Lelaki tersebut pusing ke belakang bersama senyuman mengejek. Tangan yang besar terus menangkap tangan Nuraz dengan kuat.

"Setannnn." Jerit Nuraz.

"Tak payah melawan. Ikut aku je kan senang."

"Kau ingat aku bangang sangat nak ikut kau."

"Degil lah kau ni." Komen orang suruhan Erica. Tercabar dengan kedegilan Nuraz.

Kayu yang disorokkan pada belakang dihayunkan pada kepala lelaki badan besar. Darah mulai mengalir tetapi lelaki itu tetap berdiri tegak. Tiada tanda dia akan tersungkur. Cuma lelaki itu kelihatan mamai dengan badan bergerak ke depan dan belakang. Pegangan masih kuat membuatkan Nuraz mengeletar sakit. Hanya satu jalan akan berhasil. Kayu dihayun pula pada celah kangkang si lelaki.

Pegangan tangan dilepaskan. Nuraz menumbuk tepat pada muka lelaki berbadan besar. Lelaki tersebut jatuh tersungkur. Dengan rasa amarah yang membawa dalam dada.

Krakkkk.

Tangan lelaki dipulas hingga patah.Ikutkan nafsu amarah, lelaki ini akan dibakar hidup-hidup dalam rumah ini. Pemikiran Nuraz masih normal. Dia bukan orang kejam.

*****

"Kenapa dengan muka tuu?"

"Lelaki kan baru machoo."

"Gibrel. Tak lawaklah. Gaduh dengan Hayden lagi?"

"Awak rasa antara saya dan Hayden siapa lagi macho?"

Gibrel dah mula perangai ulat bulu naik daun. Mata mengenyit ke arah Nuraz. Tersenyum lebar dia melihat muncung sedepa Nuraz.

"Gibrel kita ada hal nak bincangkan."

"La jawab je lah soalan saya." Desak Gibrel. Tidak sabar mahu mendengar pujian dari mulut Nuraz.

"Hayden kot." Ujar Nuraz dalam usikan. Sengaja menyakitkan hati Gibrel. Mengada sangat kan.

Gibrel mengeluh. Nama itu juga yang muncul. Dia tidak benci Hayden tapi entahlah dia tak faham dengan hati sendiri.

"Awak gaduh dengan Hayden?"

Gibrel geleng kepala.

"Habis tu? Siapa?"

"Malam tadi ada mamat bangang mana ntah hentak saya dari belakang. Sempat jugaklah beradu tenaga."

"Awak okey?"

"Lelaki kan. Mana boleh tak okey."

Nuraz gelak mengejek. Eleh lelaki kan. Konon sangat tu. Terlentang dalam rumah dia tu siapa? Gibrel kan. Hayden nak pecah masuk dalam kereta pun, dia tak sedar langsung. Keluar dari kereta pun dalam keadaan mamai lagi.

"Orang suruhan mummy?"

"Tak akan mummy suruh orang dia hentak saya kot. Kejam sangat tu. Saya anak dia. Tak akan tak ada langsung belas kasihan."

"Awak juga kata mummy awak mungkin kejam dari iblis." Nuraz mengingatkan kembali Gibrel. Perkataan itulah Gibrel sebut kelmarin. Masih terngiang dalam ingatan dia.

"Saya tengah marah kan. Tak boleh nak fikir apa. Awak pula sibuk hujah tu syurga saya. Saya serabutlah."

"Ibu tu juga lahirkan awak Gibrel. Jahat macam mana pun. Awak kena hormat. Saya biadap dengan dia. Tu hak saya. Saya marah sebab dia kejam. Tapi awak tu tak payah sibuk ikut saya maki dia."

"Penatlah."

"Awak patut minta maaf dengan dia."

Gibrel pandang Nuraz. Bersemangat gadis ini berceramah. Seandainya dia tahu Erica manusia yang bagaimana. Sudah tentu tak ada ceramah perihal ibu dan syurga.

"Agama islam suruh kita taat pada ibu selagi dia tidak langgar perintah Allah. Jika dia langgar. Patut ke saya turut macam orang bodoh?"

"Tak."

"Bagus. Jangan persoalkan kenapa saya begini."

"Awak kena didik dia Gibrel. Jangan biar dia terus terleka dengan duniawi."

Kata mummy. Hidup kau pilihan kau, hidup aku pilihan aku. Dari kecil lagi otaknya sudah dipahatkan dengan ayat itu. Mulut berbuih dengan nasihat tapi Erica tak pernah ambil peduli.

"Awak tak sayang dia ke?"

"Apa guna sayang kalau anak sendiri digadaikan. Awak tak duduk tempat saya. Awak tak pernah rasa apa saya rasa."

Nuraz terdiam. Suara Gibrel kedengaran lirih

"Saya sebatang kara Gibrel. Semua dah pergi. Saya tak tahu punca kematian ibu saya. Ayah saya pergi ketika saya sekolah. Abang saya mati kena pukul. Saya jadi buruan orang tanpa sebab. Hidup saya ketakutan Gibrel. Awak kena bersyukur."

Gibrel pejam mata sesaat. Cuba menghayati luahan Nuraz. Masing masing ada masalah sendiri. Nuraz tak patut bandingkan kerana dia derita dari kecil. Malah lebih dari itu sampaikan dia hidup dalam ketakutan. Dia tidak pernah rasa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Bersyukur itu pasti bila nenek didik dia dari kecil.

"Perjalanan hidup kita berbeza dan tak patut awak bandingkan. Hidup kita masing masing ada sakit. Bukan saya tak bersyukur Nuraz. Tapi hati ini tak pernah menerima apa yang mummy buat pada saya. Dari kecil Nuraz bukan masa saya besar je." Ujar Gibrel.

Pertemuan hari ini kadang  terasa menyakitkan. Nuraz tak faham Gibrel. Gibrel tak faham Nuraz. Bukan bererti dia tak faham langsung Nuraz. Dia terlebih faham. Bila Nuraz cuba bandingkan kehidupan. Hati dia bagai dirobek robek. Topik besar yang patut mereka bincang berakhir  dengan luahan hati.

"Saya penat hidup macam ni Gibrel. Saya nak aman."

"Saya minta maaf Nuraz."

"Tapi kata maaf awak tu tak jadikan mummy awak tak buru saya."

"Kahwin dengan saya Nuraz. Saya janji saya jaga awak lebih dari nyawa saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience