Bab 14

Romance Series 36162

Tamat seminggu cuti. Nuraz kembali ke Kuala Lumpur. Senang juga rasa hati bila mengupah orang untuk jaga dan tengok ibu. Tentang duit , Nuraz tak kisah semua itu. Biarlah berapa banyak pelaburan janji ibu selamat.

Masuk sahaja kerja, dia sudah dengar gosip nakal antara dia Gibrel. Mereka buat spekulasi yang Nuraz dan Gibrel kahwin senyap dikampung. Gila! Mana entah timbul gosip macam tu.

"Kahwinnn tak hajakkkk."

Nuraz kecilkan mata. Geram dengan mulut Sara. Ini mesti dia pembawa mulut.

"Sara sengaja kan buat cerita?" Soal Nuraz garang.

"Eh mana ada. Orang lain cakap. Nuraz cuma tokok tambah."

"Auuuu." Jerit Sara kuat. Perit dengan cubitan Nuraz. Mengalahkan semut api. Ini ratu mungkin.

"Orang pandang akak ni macam apa ntah." Rungut Nuraz. Tidak suka dengan keadaan sekarang. Orang pandang dia sambil berbisik termasuk cik Pah kaki mulut becok tu.

"Rilekslah kak kalau tak betul. Nanti Sara siarkan berita kat mulut becok tu."

"Mulut becok tu kamu Saraaa."

Sara garu kepala tak gatal. Janganlah terbongkar dia yang mulakan dulu.

"Mulut becok tu cik Pah kak Nuraz." Sara bela diri.

"Alah apa salahnya kalau betul kan." Sampuk Gibrel dari belakang.

"Eiii awak pun sama. Manja sangat dengan pekerja awak sorang ni. Biul."

Gibrel tidak lekang dari menerbitkan senyuman. Bahagia pula dengar gosip dia dan Nuraz tapi bukankah mereka selalu digosipkan. Hari ini lain sikit versi gosip. Kata mereka dia dah kahwin. Eh kan bagus menjadi kenyataan. Nuraz pun satu jual mahal.

"Apa awak sengihkan Gibrel?"

"Kan bagus jadi kenyataan."

Tepukan bertalu talu dari Sara. Auuu romantik juga abang Gibrel ini. Tak ada selit terus ayat sebenar keluar.

"Sara." Tegur Nuraz bengang.

"Opss maafkan Sara. Minta diri dulu."

Mata beralih arah ke Gibrel. Pandangan tak puas. Gibrel dengan sikap miang keladi memang tak boleh dipisahkan langsung.

"Nuraz kesayangan Gibrel." Suara husky Gibrel keluar.

Meremang bulu roma Nuraz.

"Jangan buat suara macam tu. Nanti saya baling laptop ni."

"Ala sekatakat laptop apalah sangat berbanding sayang saya pada awak."

Nuraz membuat gaya orang muntah. Tak menahan dengan ayat Gibrel.

*****

Dushhhh

Terangkat bahu Nuraz. Badan yang bersandar cepat beralih pada tempat lain. Nuraz pusing belakang dan mulut ternganga luas. Gibrel tumbuk seseorang.

"Boleh tak jangan duduk tempat sunyi macam ni. Kalau kau kena culik macam mana?" Tinggi suara Gibrel menghamburkan kemarahan pada Nuraz.

"Sayaaa cu..ma nak beli air je." Jujur Nuraz beritahu.

"Lain kali jangan beli kat mesin tempat tak ada orang. Kenapa kedai lain dah tutup sangat ke?" Sinis soalan Gibrel.

Tangan Nuraz ditarik untuk menuju ke arah keluar. Firasat Gibrel tak pernah salah. Nuraz dalam keadaan bahaya. Lepas itu apa pula yang terjadi. Dia sendiri tidak tahu.

Hanya pada mula sahaja Nuraz akur dan Nuraz cuba melepaskan pergelangan tangan tapi dipegang kuat oleh Gibrel. Gibrel heret Nuraz hingga ke jalan keluar. Dia tidak kisah jika berkasar dengan Nuraz ketika ini.

"Sakit Gibrel." Rengek Nuraz.

"Sakit? Sakit lagi hati saya ni Nuraz."

"Saya tak tahu pun benda ni nak jadi."

"Awak tahu kan sekarang awak dalam bahaya. Kenapa susah sangat nak faham? Balik je naik grab kan senang." Suara Gibrel menahan marah.

"Awak ingat gaji saya 5K? Senang nak naik grab bagai?"

"Kan senang awak kahwin je dengan saya."

Meluap marah Nuraz. Senang betul jawapan Gibrel. Dia ingat kahwin main main. Hari ini kahwin esok cerai. Tiada seorang perempuan pun mahu impian macam itu.

"Mudahnya awak cakap. Awak ingat kita main pondok?"

"Awak ingat kita main pondok pondok? Setengah jam kahwin lepastu balik?" Soal Gibrel kembali.

"Jangan kahwin dengan saya sebab kesian. Saya tak suka." Ujar Nuraz mengalah.

"Selama ni saya kesian kan awak?"

"Ya."

Pecah dada dengar ayat Nuraz. Selama ini perhatian yang dia bagi, Nuraz hanya anggap kasihan? Nuraz pura pura tidak tahu atau tidak tahu langsung.

"Up to you nak fikir apa Nuraz."

*****

Nuraz menghirup udara malam. Segar dan nyaman. Penat tadi sudah hilang perlahan-lahan. Hidupnya tahun ini memang malang agaknya. Kisah megat, kisah diri dia dalam bahaya dan kisah ibu. Penat tapi dia kena hadap. Ini ujian buat dia. Dia tahu dia kuat.

"Gibrelll." Seru Nuraz perlahan. Masih tidak faham dengan sikap berat Gibrel yang terlampau. Bukan rimas tapi dia tak nak patah hati. Dia sedar diri. Hanya anak kampung yang merantau ke bandar besar.

*****

Nuraz mengukir senyuman tapi Gibrel dingin. Tidak pernah dia melihat Gibrel dengan muka beku. Tidak mahu terasa hati dengan sikap Gibrel. Nuraz melangkah cepat menuju kebelakang kafe.

"Uiii kenapa suami kamu muka masam mencuka tu?" Becok cik Pah soal. Terherot mulut cik Pah.

"Bila pula bos tu suami saya." Ujar Nuraz sedikit tegang. Tak suka dengan gosip yang dibawa oleh cik Pah.

"Tapiiii."

"Tapi apa? Dah dah lah tu. Bosan saya dengar lah." Ujar Nuraz dengan nada tegas.

Cik Pah mencebik bibir. Tak puas hati dengan teguran keras Nuraz. Eh peduli apa. Ni cik Pah tau, gosip tetap berjalan. Nuraz pun satu dah tahu bos minat dia boleh pula jual mahal. Jadi anak dara tak laku baru tahu. Bebel cik Pah dalam hati dengan mulut herot berot.

Nuraz hempaskan beg tangan ke atas meja. Serabut. Masuk je kerja dah dengar gosip liar. Kan bagus zaman sekarang senang cari kerja. Tak payah dia nak hadap manusia kat sini terutama si Gibrel.

Nuraz menghenyakkan kasar punggung ke kerusi. Hari ni bulan mengambang semua benda tak kena. Satu hal benda yang dia mahu marah dah rasa nak menangis. Nuraz menopang dagu dan seterusnya menunduk. Hati ini tiba-tiba jadi sayu. Dah telefon ibu, ibu baik sahaja. Tak akan sebab Gibrel tak nak tegur dia tadi. Tak mungkin. Ini Nuraz hati. Hati keras macam batu.

"Kak Nuraz . Abang Gibrel panggil."

Nuraz mendongak. Pelik. Gibrel hantar Sara sebagai orang tentang. Selalu lelaki kacukan itu akan ke sini.

"Kenapa dia tak datang sini?"

Sara mengangkat kedua bahu tanda tak tahu. Gibrel hanya menyuruh dia panggil Nuraz sedangkan lelaki itu ada berjalan ke arah sini sebentar tadi. Sebagai pekerja berdesikasi, dia hanya menurut arahan.

"Akak gaduh dengan abang Gibrel?" Sara mula dengan sikapnya.

"Ada tengok akak bergaduh dengan bos ke?" Soalan berbalas soalan. Budak kecik ni pantang betul ada yang tak kena dengan mata dia. Ada je jadi tukang penyiasat tak berbayar.

"Kan akak serumah dengan dia."

"Atas dahi Sara lah! Ingat akak tak tahu halal haram ke?" Garang nada suara Nuraz. Mata membulat.

Sara tersengih sumbing.

"Akak tak ada apa hubungan dengan bos awak tu." Ujar Nuraz sepatah patah. Biar Sara senang faham.

"Kalau dah jodohhh tak kemanaa."

Sebelum kena hambat dengan singa betina. Lebih baik dia pecut dari sini. Langkah seribu Sara menyusun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience