Bab 10

Romance Series 36162

Gibrel mengikut gerak langkah Nuraz di stesyen LRT. Nuraz langsung tidak endah  keselamatan dirinya. Keras kepala betul! Laluan yang digunakan agak sepi. Manusia yang lalu dekat kawasan ini boleh dibilang dengan jari.

"Stop Gibrel ikut saya. Saya tahu jaga diri."

"Ya saya tahu."

Nuraz berpaling ke belakang. Sudah beberapa minggu Gibrel memerhati gerak gerinya. Dia rimas dengan sikap Gibrel. Dia tahu jaga diri. Dia tidak perlukan Gibrel sebagai pelindung.

"Baliklah."

Gibrel senyap. Dia membalas renungan tajam Nuraz. Perempuan yang nampak lemah lembut diluar tapi didalam hati agak keras. Orang kata hati perempuan macam kerak nasi. Bila direndam dengan air akan lembik juga tapi untuk Nuraz dia tidak pasti. Hati itu terlalu keras. Nuraz hati kau macam batu. Kena tarah hari-hari tanpa jemu.

"Saya tak nak perempuan kesayangan saya ditimpa musibah."

"Saya bukan perempuan kesayangan awak." Bentak Nuraz. Gibrel tak faham bahasa Melayu gamaknya. Puas diulang banyak kali. Dia tidak suka Gibrel. Dia sendiri sudah beri tanda. Sebab itulah pinangan Gibrel ditolak mentah.

"Saya tak nak bergaduh Gibrel."

"Saya tak cari gaduh Nuraz sayang."

Geli geleman dengan panggilan Gibrel. Suara romantik Gibrel tak lenturkan hati keras Nuraz. Malah membuatkan Nuraz rasa lebih jelek.

"Jangan ikut saya."

"Sampai bila Nuraz?"

"Sampai bila bila Gibrel." Suara Nuraz agak sedikit meninggi. Dia rimas dengan Gibrel. Sikap Gibrel terlalu over.

"Awak nak jadi macam Megat?"

"Kenapa dengan Megat?"

Rasa ingin tahu menebal dalam diri. Kaki yang menjauh melangkah dekat. Muka Nuraz pandang Gibrel berharap. Mata amarah bertukar layu. Minta kasihan.

"Tak ada apa."

"Why Gibrel?"

"Awak lebih tahu hakikat itu." Ujar Gibrel penuh makna tersirat. Alang alang Nuraz rasa dirinya hebat. Biar Nuraz rungkaikan segala puzzle.

*****

Kerana terlalu geram, Nuraz menarik telinga lelaki itu sekuat hati. Lelaki itu meronta dengan pulasan Nuraz. Terbaring di atas tanah, tangan dipulas ke belakang dan telinga ditarik kuat. Nuraz mengunci pergerakan lelaki itu. Tiada ruang lelaki itu melepaskan diri. Siku dihentakkan pada kepala lelaki itu.

"Ini makan dia. Aku penat balik kerja. Kau cari pasal." Ngomel Nuraz geram.

Nuraz rasa menyesal. Kalau tadi dia tidak halau Gibrel sudah tentu dia tidak bersusah payah menggunakan kudrat melawan lelaki tak guna ini. Bila difikirkan balik, dia malas terhutang budi dengan Gibrel.

Baju yang terselak sedikit, dibetulkan kemas. Esok lusa jangan harap dia pakai baju kurung. Gayanya harus ditukar. Mungkin berseluar jeans dan pakai kemeja atau blouse.

*****

"Megat. Apa yang terjadi sebenarnya?" Bisik Nuraz. Dia merenung ke luar jendela. Pemandangan indah dengan kelipan warna warni bandar besar Kuala Lumpur. Tersergam indah KLCC dari apartment Gibrel.

Rambut beralun mengikut arah angin. Nuraz melayan perasan. Nak menangis tapi seperti ada yang melarang. Semenjak Megat meninggal, hidupnya jadi tidak tentu arah. Banyak persoalan. Nuraz duduk di sofa kerusi dan jari  menekat punat remote televisyen. Dia mencari siaran korea. Drama Goblin sudah bermula. Nuraz tersenyum. Alangkah indah jadi seperti heroin Goblin. Hidup yang penuh dugaan tapi Goblin sentiasa ada bersama. Jadi penyelamat setiap kecekalaan datang.

"Gibrel." Nama lelaki itu diseru. Entah apa perasaan sebenar dia sendiri tidak tahu. Lelaki itu macam Goblin. Nuraz tergelak sendiri. Tak mungkin. Gibrel tetap Gibrel. Gibrel bukan Goblin. Siaran terbiar dan mata Nuraz lelap.

"Aku sayang kau Nuraz tapi..."

"Kenapa Megat?" Tanya Nuraz dengan hati berdebar.

"Aku tak boleh."

Baru beberapa minit terlelap. Kenangan bersama Megat datang lagi. Bantal sofa dipeluk erat. Inikah perasaan rindu? Rindu yang tiada penghujung.

Pinggang yang sengal diurut perlahan. Semenjak dia menggunakan badan untuk berlawan. Nuraz perasan badan cepat letih dan lesu. Tak boleh jadi, dia kena banyak berlatih. Mungkin dia perlukan supplement agar dapat kekalkan stamina.

*****

"Semalam ada orang serang I." Adu Nuraz. Dipamerkan wajah ketat. Nuraz berpeluk tubuh menanti reaksi Haiyan.

"Apa kata you kahwin dengan Gibrel."

Nuraz menaikkan kening. Cadangan sama dengan Gibrel. Macam sehati sejiwa tapi dia tidak. Nuraz panas hati. Tak ada cadangan lain ke selain berkahwin dengan Gibrel.

"I dah lali dengar benda yang sama."

"Gibrel boleh lindungi you tapi I tak boleh buat apa apa." Ujar Haiyan sedikit kesal.

"Kenapalah I bukan anak orang kaya ya. Boleh upah bodyguard. Tapi I musykil kenapa orang asyik serang I. I ni ada apa je dengan Megat. Kami kawan baik."

Tiada jawapan. Haiyan membantu.

"Kenapa lah hidup I bukan macam klise novel. Setiap kali ada orang jahat datang. Ada hero selamatkan. Haih lupa pula I bukan anak orang kaya dalam novel kan. Susah betul. Kena hadap sorang. Kalau I mati. Kesian mak I kat kampung. Anak b40 ni kena bunuh. Lepastu tak ada pembelaan pula."

"Gibrel tu Hero you."Haiyan matikan kata Nuraz.

Lidah Nuraz terkelu. Mudah benar Haiyan patahkan kata kata yang panjang lebar tadi. Dia tak nak Gibrel tapi dia nak versi hero macam novel. Ada setiap masa. Lindungi dia. Kalau tak mampu upah pengawal keselamatan. Bukan kena hadap sendiri. Mujur Nuraz ada seni pertahanan diri kalau tidak dah aruah agaknya.

" kalau nak macam novel tu. You boleh mimpi malam ini." Seakan mengerti apa yang bermain dalam fikiran Nuraz. Haiyan terus memintas sebelum mulut Nuraz terbuka.

Nuraz merengus. Haiyan perli dia. Memang terkena kat batang hidung. Hidup berfantasi macam jalan cerita novel. Sekali sekala apa salahnya.

"Kenapa you tolak wasiat Megat?"

Nuraz mengeluh. Ini lagi belum selesai. Dia tak nak harta Megat. Walaupun megat hanya bagi 10% dalam bahagiannya tapi Nuraz tetap tak sudi. Dia ikhlas kawan dengan Megat dan bukan disebabkan harta.

"Pembahagian harta pun dah macam novel. Dalam realiti tak ada." Sarkastik Haiyan melemparkan ayat. Ayat mudah Haiyan dapat dicerna baik oleh Nuraz tapi hati menutup.

"Entah entah orang kejar I sebab nak harta tu. Bagi je la. Rimas I. Penat."

"Orang tu tak hadap lah 10% you tu celah gigi je." Balas Haiyan.

Nuraz mengetap bibir. Selain manusia bernama Gibrel, ada lagi nama manusia lain yang menyakitkan hati Nuraz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience