Bab 12

Romance Series 36162

"Betul ke awak nak bagi nama cup cake tu love? Rasa kelakar la. Corak bunga tapi nama love." Komen Nuraz dengan gelakan kecil. Tangan bermain pada sisi meja bar. Serba salah sebenarnya mahu menegur Gibrel tapi sudah 2 minggu berlalu. Gibrel membuatkan dia terasa tidak wujud di kafe ini.

Gibrel berpura-pura tidak dengar. Tangan ligat uli tepung. Ditumbuk-tumbuk geram.

" Awak uli tepung ke tu?" Soal Nuraz perlahan.

Muka Gibrel masam cuka. Tepung diramas kuat dengan tangan kekar. Seram Nuraz melihat cara Gibrel. Mungkin ulian tepung itu bayangan dia.

"Awak merajuk ke? Dah 2 minggu susah nak dengar suara awak."

"Kenapa rindu ke?" Sinis Gibrel menyoal. Di pandang Nuraz atas dan bawah. Sejak jadi orang buruan. Imej Nuraz berubah, tiada lagi baju kurung atau skirt labuh dan kasut tumit tinggi. Sekarang Nuraz mengenakan baju kemeja dan seluar slack hitam. Kasut pula ditukar dengan kasut rata tertutup.

"Kenapa pandang saya macam tu?"
Nuraz tidak selesa dengan pandangan liar Gibrel. Dia menyilangkan tangan pada dada.

"Saja."

Jawapan diberikan menyakitkan hati Nuraz lantas satu cubitan hinggap didada Gibrel.

"Aduhhhh. Ni orang ke semut api?" Rungut Gibrel.

"Manjaaaa." Ejek Nuraz. Malas melayan sikap Gibrel yang agak menjengkelkan. Nuraz angkat kaki dari dapur kecil Gibrel.

"Kalau saya cubit awak macam mana? Nak?"

"Miangggg."

"Eh awak cubit saya tak apa. Saya cubit awak digelarkan miang? Oh sungguh tak adil dunia ni."

Nuraz cebik bibir. Mengada pula si Gibrel ini. Cubitan halus bukan bagi penampar.

Nuraz tarik nafas lega. Senarai nama cup cake Gibrel sudah selesai. Kertas A4 ditayangkan depan mata. Puas hati dengan hasil sendiri. Tak sangka dia sanggup lakukan ini semata-mata nak ambil hati Gibrel. Buang tabiat betul. Nuraz mengeleng kepala sambil ketawa kecil.

"Apa ni." Kertas A4 dirampas dari tangan Nuraz. Dahi berkerut baca setiap perkataan dan terhambur ketawa.

"Apa awak ni. Ishhh." Rungut Nuraz.

"Jasmine."

"Haaa jasmine la. Dah awak ukir gambar jasmine."

"Yeka?Bukan rose ke tu?"

"Kan awak ukir 2 tu. Kan nama rose ada dalam senarai."

Nuraz merengus geram. Ceh, tak tahu nama bunga yang diukir sendiri.

"Lain kali jangan ketawa kat orang. Kalau tak tahu apa apa." Bidas Nuraz. Kertas A4 ditarik kasar dari tangan Gibrel. Nasib baik bos,orang lain ni dah kena peluru berpandu.

"Ikut sukalah. Mulut saya kan."

Nuraz mengetap bibir. Geram dengan ujaran selamba Gibrel. Orang dah tolong cari nama sesuai bukan berterima kasih tapi buat sikap menyakitkan hati.

*****

"Kau marah aku?"

"Perlu ke aku marah kau?"

"Ya aku tinggalkan tanda tanya pada kau. Mungkin macam puzzle. Kau kena cantum satu satu.

Mata terbeliak pandang sekeliling syiling atas. Nuraz mengucap panjang. Apa sebenarnya yang Megat mahu sampaikan. Setakat nak cakap macam puzzle dia pun tahulah. Mimpi tadi bukan ulangan dari hidup realiti sebelumnya. Kusut dan serba tak kena.

Hati Nuraz berdebar mendadak. Rasa mahu pecah. Pagi ini dia menerima panggilan telefon dari kampung. Rumah di kampung dipecah masuk dan ibu dipukul. Tapi yang menimbulkan hairan bila tiada satu barang berharga yang hilang.

Air mata Nuraz mengalir deras. Dia tidak dapat berfikir secara waras. Nak balik kampung naik apa? Bas ke atau sewa kereta? Dia tidak ada lesen. Berselirat otak Nuraz ketika ini.

" Nuraz jangan macam ni. Saya hantar awak balik kampung." Pujuk Gibrel. Tidak senang melihat air mata Nuraz mengalir tanpa henti.

"Boleh ke?" Soal Nuraz polos.

Gibrel mengangguk.

*****

Nuraz menangis teresak. Rasa sesak dada bila melihat tubuh ibu terbaring di atas katil dengan kepala berbalut. Jari jemari ibu dicapai dan dicium berkali-kali.

"Ibu, maafkan Nur. Patutnya ibu ikut Nur."

"Ish Nur ni. Ibu gagah lagi." Dalam kesakitan sempat lagi Cik Azie berseloroh. Tidak mahu melihat wajah muram si anak.

"Ibu ikut Nur balik kl ye. Duduk sana."

"Eiii tak ingin ibu. Ayam, itik , kambing tu. Siapa nak bagi makan?"

"Kita upah orang la."

"Tak percaya ibu."

"Dah tu ibu nak tunggu orang datang pukul ibu lagi? Baru nak duduk dengan Nur." Ujar Nuraz dengan nada kerisauan.

"Alah pukul curi. Kalau pukul depan maunya ibu bagi penerajang maut. Masuk kubur terus."

Gibrel terlepas gelak. Dalam saat genting macam ini pun, ibu Nuraz berseloroh. Tak nak mahu kalah lagi tu bila bercakap.

Nuraz berdehem kasar. Satu jelingan dihadiahkan.

Cik Azie yang terbaring lesu, bangun perlahan lahan melihat gerangan si Gibrel. Dia mengukirkan senyuman manis.

"Datang Gibrel jenguk ibu. Alhamdullilah. Inilah betul bakal menantu."

"Apa ni ibu." Ngomel Nuraz.

Gibrel tersengih - sengih dengar gelaran bakal menantu. Anak tak suka tapi hati ibu kena menangkan dulu.

"Sukalah awak kan."

"Mestilah suka. Anak tak nak apa. Biar menangkan hati si ibu dulu. Ha itu lah namanya ambil hati bakal mak mentua. Tak gitu Gibrel?"

Nuraz geleng kepala. Ingatkan tengah sakit. Ibu insaf tak mengenakan dia tapi sangkaan Nuraz salah. Makin galak ibu kenenkan dia pada Gibrel. Apa jampi yang diberikan oleh Gibrel dia tak tahu.

"Ibu jangan alih topik. Kan Nur kata ikut Nur balik Kl."

"Tak maunya ibu. Dia yang tukar topik. Kita pula disalahkan." Ujar Cik Azie tak mahu kalah. Untung dapat menantu kacukan ni. Dapat cucu mesti putih gebu macam Gibrel. Kacak pula itu. Alahai Nuraz buta betul mata kamu ya nak.

"Ok lah Nur nak duduk sini. Tak nak balik KL."

"Habis kerja kamu tu?"

"Nur berhentilah. Nak jaga ibu. Nur boleh je kerja kat kampung itu buat freelance."

Gibrel yang hanya mendengar dan memerhati, tidak senang duduk dengan keputusan Nuraz. Dia segera membuka mulut agar tidak jadi berlanjutan perbincangan anak dan ibu.

"Awak pasti ke? Zaman sekarang kan susah dapat kerja. Freelance berapa je boleh dapat. Itu pun kalau ada. Pujuklah Ibu duduk KL. Kat sini upah orang jaga." Gibrel memberi cadangan seperti yang diutarakan oleh Nuraz tadi.

"Tak apalah tak seberapa pun. Sara saya dan ibu je. Sewa rumah dah tak payah bayar. Api air je lepastu astro tu."

"Dah tu ingat senang nak cari graphic design macam awak."

Cik Azie muncung. Ini bukan sebab ambil berat terhadap dia tapi Gibrel tak nak berjauhan dengan Nuraz.

"Ramai orang nak cari kerja sekarang." Jawab Nuraz.

"Ibu tak nak balik KL ke duduk rumah Nuraz?" Soalan beralih ke Cik Azie

"Ibu bukan tak mahu tapi tu haiwan ibu siapa nak tengok."

"Ibu kita upah orang. Nanti Gibrel free kita balik kampung."

"Amboi kamu." Penuh makna kata Mak Ina.

Akhirnya, terdengar dekahan ketawa dari Gibrel dan Mak Ina. Nuraz pula blur. Tidak mengerti benda apa yang bermain dalam fikiran mereka.

"Kuatnya gelak macam nak runtuh bangunan. Ibu ni rasa sedap agaknya kena pukul." Perli Nuraz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience