Bab 55

Romance Series 36162

Sedih atau gelak? Dia sendiri tak tahu. Benarlah kebenaran itu memang pahit malah menyakitkan hati. Anak patung beruang ditumbuk berkali-kali. Dia membayangkan muka Sara saat ini. Kalau Sara ada depan mata sudah tentu dia bagi penampar sulung. Nuraz meletakkan tangan pada dada kiri. Degupan jantung laju seiring dengan rasa sedih dan marah.

"Sara sayang akak Nuraz macam akak kandung Sara." Ayat dilafazkan Sara terngiang dalam kepala Nuraz.

"Dasar manusia talam dua muka."

Patung beruang pemberian Gibrel dicampak pada tingkap. Dia melompat dari tilam dan memijak patung beruang. Seterusnya, Nuraz menendang ke arah pintu. Tidak cukup melepas amarah. Nuraz menjerit kuat.

"Arghhhhhhhhhhhhh. Dasar perempuan jahatttttt." Sekuat hati Nuraz menjerit.

Ketukan pintu tidak dipedulikan. Dia belum puas melepas amarah. Kaki melangkah ke arah tingkap lalu dibuka kasar. Nuraz pandang ke bawah dan memanjat tingkap.

"Nurazzz."

Nuraz menjeling tajam. Dia menunjuk isyarat tangan menyuruh Gibrel keluar.

"Jangan sebab seseorang. Awak jadi macam ni Nuraz!"

"Awak ingat saya nak bunuh diri ke?" Soal Nuraz kasar. Kaki sudah melunjur ke bawah.

"Dah tu awak nak buat apa? Turun dari situ Nuraz."

"Saya nak tenangkan fikiran."

"Bukan macam tu caranya. Banyak lagi yang tak bahaya."

Nuraz mengeluh bosan. Kaki masuk ke dalam bilik dan melompat ke bawah. Nuraz berpeluk tubuh. Bersedia mendengar bebelan Gibrel.

"Jangan buat jantung saya gugur macam ni. Jangan sampai saya buat kerja gila. Bilik ni tak ada pintu. Marah macam mana pun jangan risiko kan diri."

"Contoh nak lepaskan marah?" Tanya Nuraz. Mata dibawa ke atas. Dia sudah tahu jawapan Gibrel.

"Kat bawah ada aktiviti lasak. Lepas je cara macam tu. Suka panjang pokok kan. Saya dah sediakan peralatan untuk awak memanjat."

"Ye baik tuan Gibrel. Maafkan saya kerana membuat jantung mu dup dap dup dap." Ujar Nuraz. Punggung dilabuhkan pada tilam. Selamba dia berbaring malas depan Gibrel. Tak kisah dengan kelakuan lepas.

"Saya nak keluar bandar. Ada nak kirim apa apa?"

Nuraz tak endahkan soalan Gibrel. Tangan mencapai selimut dan diletakkan pada telinga. Dia mengiring badan dan berlakon tidur. Dia malas membuka mulut hari ini. Moodnya mati. Dia nak rehat.

*****

"Gibrel."

Tak perlu berpaling ke belakang. Dia sudah tahu siapa. Tangan ligat memilih sayur dan ikan segar. Dia picit sedikit perut ikan. Bila terasa masih pejal. Gibrel masukkan ke dalam pinggan yang disediakan.

"Pandai kau tutup jejak." Bisik Hayden pada tepi telinga Gibrel.

Masih begitu, Gibrel tak endah. Tangan ligat pula pilih sayur. Sayur kangkung, sawi, bayam dan kobis diletakkan pada bakul. Cili api warna hijau turut diletakkan. Selesai memilih dia berikan pada penjual untuk mengira.

"Mummy ada dekat sini. Katanya nak pilih ayam segar segar. Ada tetamu istimewa datang." Ujar Hayden memancing reaksi Gibrel.

Selesai membayar, Gibrel terus melangkah untuk ke tempat lain. Dia tiada mood untuk membalas soal jawab Hayden. Bazir masa! Bazir tenaga! Jumpa Erica anggap je sebagai orang asing.

"Abang sendiri pun kau tak nak sapa ke? Tu haaa mummy ada je kat situ. Kau kan anak yang baik. Apa salahnya tegur mummy. Syurga kau bawah tapak kaki mummy." Hayden terus provok Gibrel. Kaki turut melangkah sama. Bila Gibrel berhenti ditempat ayam, Hayden turut berhenti.

"Sini kurang segar lah. Kat mummy tu ha segar bugarrr. Ayam kampung lagi. Ayam bandar tak payahlah. Banyak cucuk sana sini."

"Macam kau lah banyak bunyi. Dasar mulut bontot ayam." Sindir Gibrel.

Hayden tersengih. Akhirnya, Gibrel membuka mulut walaupun dalam nada sindiran.

"Wow. Macam mulut mummy kan. Tapi tu lah aku kan anak sulung mummy."

Gibrel mengusap lehernya yang gatal. Telinga pula rasa macam nak sumbat dengan earphone. Suara Hayden bingit! Sibuk nak provok dia itu dan ini. Tapi hari ini dia tekad, dia malas mahu membalas secara lebihan. Cukup sekadar dua patah kata.

Secara tak sengaja, mata gibrel dan Erica bertentang. Masing-masing memberi pandangan tajam. Erica mengukir senyuman ikhlas sehingga nampak kedutan pada tepi mata. Kaki yang disarung wedges 4 inchi melangkah ke arah Gibrel. Gibrel terpanar. Dia kaku.

Dia jadi kaku bila Erica berikan senyuman yang dia tidak pernah bayangkan selama ini. Kedutan pada tepi mata jelas kelihatan bila Erica senyuman. Walaupun wajah itu masih cantik tapi wajahnya nampak sedikit tua. Gibrel tahu Erica sangat menitikberat soal penampilan dan rupa.

"Gibrel sihat?" Erica sudah berada dihadapan Gibrel. Tangan kanan mengelus bahu Gibrel.

"Sihat. Mummy buang tebiat ke apa tiba tiba masuk pasar? Tak rasa jatuh standard ke?" Soal Gibrel sinis.

Erica ketawa halus. Mengerti dengan soalan sinis Gibrel.

"Ini kali kedua I jejak pasar. Nikmat rasa tengok semua segar segar."

"Bukan masa muda dulu pasar ni macam rumah kedua mummy ke? Ke mummy dah hilang ingatan?"

"'Gibrel." Tegur Hayden kasar.

Erica mengangkat tangan tanda suruh Hayden berhenti kata. Hari ini, biarlah dia dan Gibrel sahaja yang keluar suara.

"Ya dulu dulu. Masa lalu mana boleh lupa. Itu pekerjaan I. I tak pernah lupa siapa yang bawa I sekarang."

Gibrel senyum sinis.

"I malas mahu bergaduh dengan you Gibrel. Cukuplah kita bercakap sebagai anak dan anak sahaja."

"Sejak bila mummy anggap Gibrel anak mummy?"

"Kau je rasa macam tu. Kau sibuk dengan perempuan tu. Mummy pun kau derhaka." Sampuk Hayden kasar.

"Aku derhaka?atau mummy derhaka pada anak sendiri? Anak yang tak pernah dianggap anak?" Tenang nada suara Gibrel membalas. Prinsipnya sebentar tadi untuk berdiam diri terpaksa dia tolak tepi.

"Marah sungguh ya usik kau punya perempuan."

"Hayden stop! Jangan naikkan marah adik you lagi!"

"Okey mummy." Akur Hayden. Dia berundur setapak dan bersiul. Mengalah dengan teguran Erica.

"Esok Hayden nak bertunang. Datanglah. Bawa sekali you punya cinta hati."

"Untuk mummy bunuh dia?"

Sedikit pun kata-kata Gibrel tidak menghiriskan hati Erica. Dia tahu kenapa Gibrel jadi seperti ini. Dia layankan sahaja perangai Gibrel. Kasar dibalas kasar tak akan ke mana.

"Hari bahagia Hayden. Mummy tak akan musnahkan dengan kotor. I tahu mana satu kerja dan personal."

"Datanglah. I tunggu you."

"Tunggulah sampai mati pun." Balas Gibrel dan berlalu pergi.

"Kenapa dia biadap sangat?"

Erica senyum sahaja dan pegang tangan Hayden untuk pergi dari pasar. Dia tidak kisah dengan kekasaran Gibrel.

*****

Tangan ligat menyiang ikan yang dibeli pagi tadi. Insang dan taik ikan dibuang ke dalam bekas yang dikhaskan untuk sisa makanan. Selepas itu, darah dan kotoran ikan dicuci bersih. Bahagian tengah ekor ikan dipotong untuk dibahagikan kepada dua. Niatnya hari ini untuk masak asam pedas ikan merah. Air liur sudah terasa kenikmatan asam pedas ikan.

"Tuan saya sudah selesaikan semuanya. Tuan mahu saya tumbuh bawang?"

"Tak payah bik. Biar saya yang buat rencah. Bibik pergilah ke depan. Buat apa yang patut." Ujar Gibrel. Mata meliar melihat bahan-bahan yang disediakan bibik. Masak adalah satu kepuasan pada dirinya. Masak juga boleh menghilang tekanan dan menghiburkan hati. Tangan mengengam kunyit hidup. Batu lesung dibawa ke atas meja. Kain dilapik bawah lesung agar bunyinya tidak terlalu kuat masa menumbuk.

Ktang ktang ktang.

"Hmmm. Bagusnya awak ni. Pandai macam macam. Kalau buat suami untuknya dia." Puji Nuraz. Mulut mengunyah epal. Manis manis masam. Sedap.

"Awak yang tak nak saya. Awak lah yang rugi."

"Hmmm."

"Nak belajar masak tak?" Tangan menumbuk lesung. Kunyit lumat, bawang putih,merah dan besar diletakkan pada lesung.

Nuraz tersenyum sumbing. Malu pula rasanya bila lelaki pelawa dia untuk belajar masak.

"Boleh ke?" Soal Nuraz malu malu.

"Boleh je. By the way nasi goreng yang awak masak hari itu sedap. Secukup rasa. Rasa garam rasa pedas semua ada. Belajar kat mana?"

"Hmmm saya belajar masa duduk kat kampung lah! Sedap eh!" Nuraz tersenyum. Melonjak rasa hati bila dipuji. Lagi suka bila lelaki yang pandai masak memuji dia.

"Jom saya ajar awak macam mana nak asam pedas ikan merah."

Nuraz menerima dengan hati terbuka. Gibrel mengajar dia bagaimana untuk menumis rencah dan bahan bahan yang perlu ada dalam asam pedas. Hasilnya, pekat dan likat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience