Bab 62

Romance Series 36162

Banggg...

Gibrel menahan kepedihan pada bahagian bahu. Darah mengalir basahi baju kemeja kotak.

Banggg...

Kali kedua Gibrel terkena tembakan. Dia hanya mampu mengerut dahi. Sakit itu tidak diendahkan. Tubuh Nuraz terus dipeluk kuat. Dia tak nak Nuraz luka atau sakit. Meskipun nyawa sendiri melayang dia sanggup berkorban.

"Gibrel." Nuraz mendongak pandang anak mata Gibrel. Jari jemari menyentuh bahu Gibrel. Terasa kesan bendalir keluar.

"Awak berdarahhh." Ujar Nuraz.

Tangan kiri menarik picu pistol dan diarahkan pada musuh.

Nuraz tutup telinga. Badan mengelentar. Tak sangka situasi ini lebih hebat dari apa yang dia bayangkan. Lambat 5 saat sahaja dia bakal jadi mayat. Fikiran terasa melayang. Kaki rasa lemah. Dia mahu tersungkur disitu tapi Gibrel tetap memeluk erat.

Dia hanya mengikut langkah panjang Gibrel yang berlari. Sesekali dia mendengar tembakan. Nuraz rasakan dia sudah tidak waras. Kalau ikutkan hati, dia pergi menyerah diri dan biar dia dibunuh.

"Arghhh."

Suara mengerang kesakitan Gibrel menyedarkan Nuraz dari lamunan. Tiada riak wajah yang dia tunjuk. Dia dalam kebingungan.

"Awak okey?" Soal Nuraz.

Darah yang membasahi baju Gibrel disentuh. Dadanya terasa sesak.

Nuraz hanya melihat perilaku Gibrel. Baju kemeja dibuka dan dikoyak lalu diikat pada tempat luka.

"Saa... yaaa tak tahuuu. Saya mintak maaf."

"Phone ada kat awak?"

Nuraz mengangguk.

"Call Hayden. Suruh dia ambil dia kat sini."

Dia menuruti arahan Gibrel. Tangan yang mengeletar menaip pada skrin.

"Perlahan lahan Nuraz. Kita dah selamat. Jangan takut saya ada." Jari jemari digengam kuat. Dia ingin salurkan kekuatan pada wanita yang dia cintai.

Kata kata Gibrel membuatkan dia sebak. Lantas badan itu dia dipeluk.

*****

"Jangan buat kerja bodoh Nuraz."

"Akuuu akuu minta maaf." Tutur Nuraz rasa bersalah. Tak sangka sikap degilnya timbul masalah. Dia hanya mahu main main dengan Gibrel tapi tak sangka lain yang terjadi.

Imbas kembali

"Jangan pergi jauh Nuraz. Sentiasa ada dengan saya." Ujar Gibrel sedikit risau dengan perangai Nuraz.

Nuraz ketawa kecil. Seronoknya bebas macam ini. Dia berlari ke hadapan dan seterusnya pandang ke belakang.

"Sini lah Gibrel. Saya nak tengok kat depan tu. Cantik kan bangunan tu lip lap macam tu."

Walaupun dalam 3 meter sahaja antara dia dan Nuraz namun Gibrel tetap rasa tak tenang. Kaki mula melangkah laju.

Nuraz senyum nakal. Dia berlari anak ke hadapan. Berpura pura tak dengar jeritan Gibrel.

Saat itu dia terdengar tembakan. Nuraz terkaku. Dia cari arah tembakan dan....

"Bukan nyawa kau je boleh melayang. Gibrel pun boleh mati Nuraz."

Suaran Hayden hentikan ingatan petang tadi. Dia menunduk ke bawah. Terasa mahu menangis tapi tiada air mata mahu keluar. Kedua tangan digengam erat untuk hilangkan ketar.

"Sudahlah tu you. Benda terjadikan. Tak payahlah nak marah lagi." Kasihan melihat Nuraz terpaksa berhadapan dengan bebelan Hayden.

"Kalau kita tak bebel sekarang. Nanti dia buat lagi."

"I tahu. Kan Nuraz dah menyesal. Manalah dia tahu benda tu akan jadi."

"You ni backup lagi budak ni. Gibrel okey tak tu?"

"Okey. Dia tengah tidur tu. Kalau boleh biar dia rehat. Jangan kacau."

"Terima kasih Riana."

"No problem."

Keramahan Riana membuatkan dia sedikit selesa. Bila dengar keadaan baik baik sahaja, hatinya terasa lapang.

"Rehat sini 2,3 hari dulu. Nanti baliklah sana." Ujar Hayden memecah kesepian antara mereka.

"Terima kasih Hayden." Ucap Nuraz. Jika dulu dia pernah melihat adik beradik ini bertengkar tapi hari ini dia melihat adik beradik ini saling tolong menolong. Hati ini jadi hiba. Dia rindukan keluarga.

"Patutnya saya serahkan diri dan akhiri semuanya."

"Akal kau letak mana Nuraz?"

"Hayden." Tegur Riana lembut. Bahu itu diusap perlahan. Dia beri isyarat geleng kepala.

"Kalau aku jadi kau. Aku berjuang bermatian. Mati atau tidak. Itu cerita terakhir."

"Sebab saya Gibrel turut sama nak dibunuh mak sendiri."

"Eh kau tahu tak. Mummy tu dah lama aim Gibrel. Bukan hari ini. Kau tanyalah kisah kecil dia macam mana." Hayden bongkar rahsia.

"Kenapa dia sanggup buat macam tu? Gibrel kan anak yang sah antara mummy dan ayah Gibrel." Tanya Riana ingin tahu.

"Mummy tak nak anak dengan ayah Gibrel. Entah macam mana boleh terbabas mummy mengandung. Ayah Gibrel ugut kalau mummy tak lahirkan Gibrel. Segala rahsia akan dibongkar dan harta ayah Gibrel tak akan dapat satu sen."

"Rumitnya kisah Gibrel." Nuraz simpati dengan kisah hidup Gibrel. Benarlah kata lelaki itu, sesaat pun dia tidak pernah dapat kasih sayang seorang ibu.

"Ayah Gibrel mati sebab apa?" Soal Riana.

Kedua dua wanita menumpu pada wajah Hayden. Ingin tahu kisah ayah Megat pula. Hayden hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Cukuplah sekadar itu sahaja dia bercerita.

*****

Gibrel buka mata perlahan. Keadaan sekeliling gelap, tiada cahaya yang masuk. Dia bangun perlahan lahan. Dia pegang pada bekas tembakan. Pedih.

Dari luar Gibrel terdengar suara seakan bisikan. Lantas dia bangun dan menuju ke pintu. Gibrel melekapkan telinga pada pintu. Walaupun perlahan tapi dia dengar suara itu secara jelas.

"Apa rahsia mummy agaknya?" Desis hati Gibrel.

"Aku anak yang mummy mahu gugur?" Dia geleng kepala. Anak yang mummy tak reda untuk lahir pada muka bumi. Patutlah dia sentiasa jadi sasaran mummy.

Bila dengar derapan kaki, Gibrel membuka langkah besar dan terus baring atas katil. Mata tertutup rapat berpura pura tidur.

"Saya minta maaf Gibrel. Saya salah tak dengar cakap awak. Kalaulah saya dengar tak mungkin awak terbaring macam ni kan."

Wajah Gibrel dipandang. Nampak tenang dengan nafas teratur. Wajah itu tidur lena seakan akan tiada masalah.

"Saya fikir, saya patut serahkan pendrive tu pada Erica. Sekurangnya dia tak cari saya. Awak pula pergilah berhijrah ke tempat lain. Jauh dari mummy. Awak perlukan kehidupan bahagia." Tutur Nuraz dengan suara perlahan.

"Patut ke saya serahkan pendrive tu pada Erica?"

"Jangan letak leher pada pedang musuh Nuraz." Ujar Gibrel keras. Mata tajam pandang Nuraz.

"Ya Allah." Nuraz mengurut dada. Pandangan mata dan suara keras Gibrel mengejutkan dia.

"Awak tak tidur Gibrel?"

"Tersedar dari lena dengan idea tak berapa cerdik tu."

"Huh."

Gibrel bangun dari pembaringan dan duduk bersadar pada kepala katil. Selesa dan nyaman. Alangkah indahnya jika kehidupan dia aman sahaja. Tak perlu bangun pada pagi hari untuk fikirkan keselamatan diri dan Nuraz.

"Jom balik."

"Awak sakit lagi tuu. Duduklah sini dulu. Tadi pun Hayden kata tinggal 1,2 hari dulu kat sini. Biar awak pulih dulu."

"Kita duduk sini. Hayden dan tunang dia dalam bahaya. Mummy tak bolehlah duduk senang tahu yang awak dengan saya ada dalam rumah Hayden."

"Tapi Gibrel."

"Tolong dengar cakap saya hari ini. Saya tahu apa yang terbaik untuk kita dan Hayden."

Nuraz mengangguk. Dia akur dengar arahan Gibrel. Dia tak nak perkara terjadi seperti petang tadi. Kegembiraan yang hanya berlaku sebentar gara gara sikap degil.

"Ingat Nuraz. Walaupun apa yang berlaku. Jangan serahkan pendrive pada Erica. Simpan baik baik. Kalau ikut kata hati awak sendiri binasa. Bukan setakat pendrive je yang mummy nak tapi awak turut terlibat sama." Pesan Gibrel.

Baju kemeja yang ada kesan darah disarung pada badan. Pedih pada kesan luka tidak dihiraukan. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu. Dia tidak boleh buang masa walaupun satu saat. Segalanya berharga bagi Gibrel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience