Bab 61

Romance Series 36162

"Wahhhh sedapnyaaa baru udara luar ni." Tingkap dibuka dan kepala dijulur keluar. Merasai angin dari luar. Segar dan bau lain.

"Bau hutan tu sedap jugak. Rasa fresh jeee. Tapi ye lah kan. Biasa hidup dengan keadaan moden. Mestilah rindu kehidupan kat bandar."

Gibrel yang sedang memandu hanya tersenyum mendengar omelan Nuraz. Buat pertama kalinya dia berani membawa Nuraz keluar dari rumah hutan itu. Mudahan segalanya berjalan lancar tanpa ganguan.

"Lama juga ya nak keluar dari rumah tu. Ambil masa 3 jam macam tu. Patutlah awak selalu pulang lewat." Nuraz buka topik. Wajahnya berseri seri bila gibrel menepati janji untuk keluar. Biarlah sekejap janji dia dapat merasa dunia luar. Otak dah rasa tepu dengan pelbagai andaian.

"Haah. Cara macam tu je nak gelapkan mata musuh."

"Tu rumah siapa?"

"Lah Nuraz. Berbulan bulan awak duduk situ. Baru nak tanya."

Nuraz bermain jari sendiri. Dia tersenyum simpul pada Gibrel. Bukan tak nak tanya tapi takut. Perangai Gibrel lain betul dengan dia kenal dulu. Ketegasan Gibrel menyerlah. Sewaktu bekerja dengan Gibrel dulu, Gibrel masih boleh berlembut.

"Tiba tiba nak tanya." Nuraz cipta Alasan.

"Rumah saya. Saya ni pencinta hutan tau. Punyalah nak duduk hutan. Sanggup bina rumah kat situ."

"Eh?"

"Tanah hutan tu hak saya. Saya beli."

Gulp. Kaya sungguh si Gibrel ni. Agaknya berapa billion dia habiskan duit semata mata nak buat rumah sahaja. Lokasi strategik pula tu berhadapan dengan sungai.

Selesai beli barang keperluan wanita. Nuraz mengajak Gibrel untuk beli air kegemaran.

"Coolblog? Tak minat starbuck ke?"

"Tekak saya suka air ni berbanding air mahal tu." Air disedut perlahan. Nikmat dapat rasa air kegemaran. Sampaikan mata turut terpejam. Sebentar lagi, dia nak paw Gibrel untuk belanja KFC. Otak dah merancang macam macam untuk aktiviti hari ini.

"Untung saya jadi suami awak kan. Tak habis duit nak beli air mahal je."

"Euwww siapa nak jadi isteri awak?" Nuraz menjeling tajam.

Gibrel ketawa. Jelingan tu boleh jatuh cinta berkali kali.

"Jangan jeling Nurazzzz. Saya bawa awak kahwin lari kang."

"Auchhh auchhh." Gibrel mengerang sakit. Berbisa cubitan Nuraz.

Dup dap dup dap. Agak tak selesa dengan lawak Gibrel. Dah lama Gibrel tak mengarut hal kahwin. Hari ini, dia buat hal lagi.

Terasa dunia Nuraz yang punya. Perut pula rasa penuh dengan makanan. Selepas KFC, Gibrel belanja oden Family Mart. Nuraz pula hantu makanan di Family Mart. Hampir semua makanan dia borong untuk bawa balik ke rumah hutan.

Gibrel hanya melayan karenah Nuraz. Rasa seronok dapat memenuhi permintaan Nuraz.

"Nak tengok wayang tak?"

Nuraz geleng kepala. Dia bukanlah pengemar wayang. Dia hanya berminat layan movie di laptop sahaja ketika cuti.

"Kenapa? Boleh release tension kan."

"Saya tak minatlah Gibrel. Nanti awak download tau movie banyak banyak tu kat laptop saya."

"Betul ni?"

"Haah."

Oden di dalam bekas disumbatkan pada mulut dan mengunyah. Sedapnya. Kuahnya dihirup sedap. Gibrel disebelah langsung tidak dipelawa. Dia menikmati keindahan seorang diri.

Jam tangan dilihat. Tepat jam 4 petang tapi tiada tanda Gibrel mengajaknya pulang. Satu per satu tempat dia di bawa.

"Awak tak nak balik ke?"

"Pukul 6 petang nanti kita gerak. Kenapa dah penat ke?"

"Tak lah. Saya ingatkan kita nak tidur kat sini."

"Bahaya Nuraz. Saya bawa awak keluar ni pun. Tak tahu risiko apa yang datang."

"Okey." Jelas kelihatan kecewa di wajah Nuraz.

"Ni shopping mall terakhir. Pergilah beli baju lain pulak."

"Tak apalah. Kan dah banyak awak belanja. Seganlah saya."

"Untuk Nuraz. Semuanya boleh." Balas Gibrel dengan senyuman manis. Mata tak lepas pandang wajah Nuraz.

Nuraz tunduk malu. Terasa mahu menjerit. Tengoklah betapa manisnya Gibrel tapi kenapa hati masih tak nak terima. Gibrel si penyelamat.

Nuraz jalan dihadapan manakala Gibrel dibelakang. Kaki Nuraz melangkah laju. Malu untuk jalan bergandingan sama. Dia juga terasa seperti enggang dan pipit. Wajah asli kacukan menarik perhatian gadis lalu lalang. Sebelum kena mengumpat lebih baik dia sedar diri. Eh tapi dah terasa macam kena umpat tadi sebabnya ada sekumpulan gadis berbisik sesama sendiri dan jeling Nuraz.

Kaki berhenti di sebuah kedai. Dia tersenyum. Gebunya anak patung kat sini. Nak minta pada Gibrel, malu pula. Sudah banyak barang yang Gibrel belikan. Dia hanya menyentuh. Hati melonjak kesukaan. Dapat beruang besar ni, boleh peluk puas.

"Hmmm awek kau nak satu tu. Jangan pura pura tak nampak." Tegur si lelaki bersama dengan seorang gadis cantik tinggi lampai.

Nuraz segera berpaling ke belakang dan mengerut dahi. Perempuan sebelah lelaki ini adalah perempuan yang bersama Hayden. Siapa pula lelaki ini?

"Hai Nuraz." Sapa Riana mesra dengan lambaian tangan.

"Eh?"

"Ni Hayden."

"Hah." Terkedu Nuraz saat ini. Pemilik hotel ialah abang tiri Gibrel. Maksudnya  pemilik hotel tu adalah Hayden. Maknanya dia pernah melihat Hayden sebelum ini. Tapi kenapa dia tak dapat kenal suara dan susuk tubuh Hayden.

"Yaaa I tahu you fikir macam macam kan. Betul lah. Ni wajah sebenar Hayden." Ujar Riana meleraikan kekusutan Nuraz.

Gibrel diam sahaja melihat situasi sekarang manakala Hayden tersenyum sumbing. Kelakar melihat riak wajah Nuraz yang bingung.

"You pemilik hotel tu?" Soal Nuraz dalam keadaan binggung.

"Ya."

"Aku pernah jumpa dia dengan Megat." Desis hati Nuraz. Patutlah sebelum ini pandangan Hayden lain terhadapnya. Dia ada kena mengena dengan Megat. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Nuraz cuba mengubah riak wajah dan berpura pura tanya sekali lagi.

"Eh Hayden? Pemilik D'house hotel yang poyo tu?"

Hayden hairan dengan pertanyaan Nuraz. Bukankah sebelum ini, Nuraz sudah nampak wajahnya. Tapi dia layankan sahaja pertanyaan Nuraz.

"Bukan ke kau dah tengok gambar aku?"

"Tu gambar kau pakai topenglah."

"Oh tu fashion."

"Mana ada orang bertunang pakai topeng. Kau tu yang pelik."

"Suka hati aku la nak pakai topeng ke tak. Tak payah kau sibuk."

" Macam penyamun je. Ish macam mana you boleh berkenan dengan si Hayden ni." Sengaja Nuraz panaskan hati Hayden.

"Oiii penyamun tu dia bungkus terus muka. Nampak mata je." Balas Hayden tak mengalah.

Riana memicit kepala yang tak sakit. Pening melihat pertengkaran Hayden dan Nuraz. Gibrel pula diamkan diri.

"Boleh Riana tangkap gambar bertunang dengan manusia syok sendiri tu."

"Manusia syok sendiri ni selamatkan awak !"

"Apa benda selamat macam tu. Tu culik!"
Bila fikir hal lalu. Rasa sakit hati seikhlas hati. Ini cara selamatkan macam nak pergi jual dia ke sempadan thailand.

"Sudahlah." Tegur Gibrel.

"Kau tegurlah bakal isteri kau ni jadi sopan sikit."

"Ish sejak bila aku jadi bakal isteri si Hayden ni."

"Paduuu! Kau kena reject depan depan." Hayden ketawa kecil.

Gibrel buat tak endah. Malas melayan perangai keanakan Hayden dan Nuraz.

"Rilekkk dikkk. Tunjuk kuasamu dengan memikat Nuraz." Usik Hayden selamba.

Nuraz menjeling tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience