Bab 37

Romance Series 36162

"Sayang nyawa. Dengar cakap aku. Jangan jumpa Gibrel." Keras suara Hayden beri amaran.

Suara itu masih segar dalam ingatan. Terasa seperti berlaku semalam tapi hakikatnya sudah berbulan-bulan berlalu. Tiada lagi pemandangan pantai terbentang luas. Tiada lagi pergaduhan dia dan Hayden. Yang ada sekarang adalah kehidupan baru. Terpisah dengan dunia luar. Dia sendiri sekatkan kehidupan demi keselamatan.

Tiada teka teki tentang Megat. Tiada kehidupan di kafe. Semuanya terhapus dari minda. Selama 5 bulan lebih dia berada di kampung milik arwah nenek. Dia berasa selamat dan selesa. Dia jauh dari orang yang pernah kenal dirinya. Tipulah dia tidak kecewa dengan kehidupan dulu. Dia rindukan kampung halaman sendiri. Dia rindu rumah ibu yang ada kenangan. Nuraz bersyukur bila ibu tinggalkan wasiat agar tinggal disini bila terjadi sesuatu di luar jangkaan.

Nuraz menarik nafas dalam. Segar dan nyaman udara pagi ini. Dia mendongak kepala ke atas. Buah rambutan kuning bergayutan di pokok. Sebentar lagi, Nuraz akan kait buah dan bagi pada jiran tetangga. Sebelum itu, dia mahu menyapu halaman rumah yang agak berselerak.

"Nuraz ohhhh Nuraz." Panggil Mak cik Som dengan kuat.

Nuraz garu kepala tidak gatal. Pagi buta dia dengar suara Mak cik Som. Mak cik Som dikenali sebagai kaki kepoh kampung atau wartawan tak berbayar. Cepat sahaja berita disampaikan pada orang kampung.

"Ya Mak cik Som."

"Semalam ada orang luar datang sini tanya kamu."

"Hah."

"Dia tanya kamu siapa?"

"Mak cik jawab apa?"

"Mak cik jawablah kau ni anak cik Senah."

Lega! Mak cik Som sampaikan berita yang salah. Cik Senah itu nenek dia. Dia balik sini pun perkenalkan diri sebagai anak bukan cucu. Itu syarat yang ibu berikan dalam peninggalan waHayden

"Orang luar tu siapa?"

"Lah mana aku tahu. Dia tanya macam tu. Aku jawab je." Ujar Mak Cik Som dengar mulut senget.

"Apalah Mak cik Som ni. Lain kali korek berita lah! Tanya nama. Dia siapa nak tahu pasal saya kan?" Nuraz pula mengajar Mak Cik Som jadi wartawan berkaliber. Kadang orang seperti ini harus juga dimonopoli. Tapi harus berhati - hati agar tidak tersalah langkah.

"Iya juga kan. Nanti dia datang aku tanyalah."

********

Telefon bimbit diletakkan kembali dalam laci meja solek. Nuraz geleng kepala. Dia tidak boleh hidupkan telefon bimbit ini.

"Jangan Nuraz. Jangan cari pasal pleasee. Kau aman di sini." Ujar Nuraz pada diri sendiri sambil menepuk dada. Cuba kuatkan semangat agar tidak terpengaruh dengan ikutan hati.

"Nuraz kau boleh."

Dia geleng kepala dan mengetuk meja solek. Ditarik laci separuh dan ditutup kembali. Nuraz mengeluh. Hati Nuraz  memaksa untuk buka telefon bimbit yang telah lama dimatikan. Kali terakhir telefon bimbit ini dihidupkan adalah sebelum kejadian dia diculik.

Jari jemari ligat mengetuk meja solek. Cuba berfikir secara rasional tapi hati membuak-buak untuk melihat isi di dalam telefon bimbit.

Akur dengan hati sendiri. Nuraz menekan butang tepi dan terpancar skrin bercahaya. Terasa menyesal tapi tak boleh undurkan masa. Nuraz teruskan niatnya untuk mengetahui isi di dalam telefon bimbit.

Perkara pertama adalah klik icon whatsap. Berdesup whatsap masuk tanpa henti. Whatsap dari Gibrel, kumpulan kerja dan paling atas adalah no tidak dikenali.

Kenapa kau buka telefon Nuraz?
- Megat Hayden

Jantung Nuraz berdegup laju. Nuraz terkedu. Anak mata jatuh pada tarikh hantar. Nuraz menarik nafas lega. Tarikh bulan lepas. Mungkin Megat Hayden sengaja hantar begitu untuk mengetahui Nuraz mengikut arahan dia atau tidak.

Bawah pada no tidak dikenali adalah no Gibrel. Nuraz terus klik buka. Beratus text yang dihantar oleh Gibrel. Dia baca ayat terakhir.

Mana pun awak berada. Saya sentiasa doa awak selamat

Nuraz....

Perkataan yang muncul pada papan skrin membuatkan jatung Nuraz seakan terhenti. Telefon ditangan dicampak ke bawah lantai secara spontan. Nuraz menepuk dahi berkali kali. Menyesal dengan tindakan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience