Bab 54

Romance Series 36162

"Keychain bunga ros hitam?" Soal Haiyan dengan gelak kecil. Jus orange sejuk disedut perlahan. Dia berdehem sikit untuk hilangkan rasa kelakar. Boleh jadi keychain jadi petunjuk buat mereka. Boleh jadi sekadar kenangan antara Megat dan Nuraz. Megat si sepupu yang kurang rapat itu sungguh misteri orangnya. Lagi pelik bila rapat dengan Erica sedangkan nenek yang bela dia dari kecil.

"Megat cakap tu petunjuk?"

"Ya itu Klu dia."

"Masa Megat sakit tu?"

"Tak?"

"So?"

"Dalam mimpi I."

"Uhuk. Uhuk." Megat tersedak air. Dada ditepuk berulang kali. Bila lega dia menarik nafas panjang.

"Mimpi you Nuraz?" Soal Megat kuat. Tak percaya dengan kata Nuraz.

"Ya. Bukan I tipu tapi dia selalu datang dalam mimpi I."

Megat cuba mencerna apa yang dia dengar. Mimpi? Datang? Oh Nuraz khayalan apa yang dia ceritakan ini. Tak logik dek akal!

"Mimpi mainan tidur je Nuraz. Ros hitam tu kisah you dan dia masa lalu. Memanglah you akan bawa sampai mimpi."

"You sama macam Gibrel. Tak faham apa yang I rasa."

"Sebab I bukan you Nuraz. I tak dapat baca apa yang ada dalam hati you. I bukan ahli nujum tapi bab mimpi sorry Nuraz. I manusia yang guna fakta bukan ilusi."

Susahnya dia dapat kepercayaan dari 2 lelaki ini. Nuraz tahu dia bukan seorang yang bijak sebab itulah dia perlukan otak 2 lelaki ini. Kalau 2 lelaki ini percaya tentang mimpi dia sudah tentu masalah hampir selesai.

Gelas kaca dipandang tajam. Dia merasakan mahu ambil dan hentak pada kepala Haiyan. Mungkin boleh ubah pemikiran lelaki ini. Fakta konon tapi berbulan kes tersekat jugak. Pergi mati dia punya fakta tu!

"You kena terima hakikat Nuraz."

Nuraz menjeling tajam. Haiyan sengaja tambah bara hatinya.  Gelas kaca diletak kuat sehingga berbunyi. Susah nak cakap dengan manusia yang konon hanya terima fakta.

"Kenapa muka masam Nuraz?" Tegur Gibrel hairan.  Wajah Nuraz masam dengan pandangan mata tidak puas hati.

"Kenapa cousin awak ni ada sini? Elok tak payah datang. Nanti Erica tahulah kita ada kat sini!"

Haiyan tersengih. Sikapnya tetap tenang dengan meneguk jus oren. Dibiarkan Nuraz melayan amarah. Tiada guna mahu berlawan mulut. Dia tetap mahu tegakkan kebenaran dan Nuraz juga begitu.

"Dia ada hal kat sini."

"Hal apa?" Soal Nuraz tidak puas hati.

"Ada hal sikit nak uruskan kat sini."

"Kalau Erica tahu kita kat sini macam mana?"

"Tak payah risau. Haiyan ni hebat dalam tutup jejak."

"Elehhh ye la tuuu." Mulut mencebik. Meluat dengar pujian Gibrel. Sengihan Megat dibalas dengan penumbuk kanan.

*****

" Gibrelll." Panggil Nuraz lembut.

"Ya."

"Awak busy?" Jari jemari bermain. Risau jika topik ini tidak menarik perhatian Gibrel.

"Hmmm. Ada apa? Tak lah sangat."

Nak cerita ke tak nak ni. Risaunya reaksi Gibrel macam Haiyan. Tapi belum cuba belum tau. Redah je lah.

"Kalau saya cerita. Awak percaya tak?"

"Cerita apa ni?"

"Mimpi sayalah."

Mata Gibrel terus melirik pada wajah Nuraz. Telinga sedia mendengar cerita Nuraz.  Buku diletakkan pada meja kopi.

"Saya selalu mimpi pasal Megat. Pasal dia bagi hint semua tapi saya tak tahu sama ada betul betul hint atau sekadar mainan tidur." Nuraz buka cerita.

Tekun Gibrel dengar tanpa menyampuk.

"Awak percaya saya tak Gibrel?" Soal Nuraz was was. Dia risau penerimaan Gibrel dengan cerita mimpinya.

"Ceritalah. Saya dengar."

"Hmmm. Megat selalu  tanya siapa yang harus saya percaya. Dia suruh saya berhati hati. Kadang dia kata orang yang baik dengan kita tak semestinya baik. Orang yang rapat dengan kita itulah manusia yang tikam belakang."

Gibrel mengangguk. Ada benarnya kata kata itu. Terbukti apa yang disampaikan ada betulnya.

"Saya fikir itu awak."

Gibrel diam. Dia mahu mendengar ayat seterusnya.

"Tapi awak banyak tolong saya. Pada masa yang sama saya terfikir mungkin ada sebab kenapa awak tolong saya."

"Saya ikhlas."

Nuraz gelak secara tiba tiba. Entah kenapa dalam pada masa yang sama dia rasa sesuatu. Dia rasakan dipergunakan.   Gibrel tolong kerana sesuatu yang dia sendiri tak pasti.

"Awak okey?" Soal Gibrel. Dia tahu ketika ini Nuraz dilanda jiwa kacau. Lihat sahaja, kelakuan Nuraz meramas rambut agak kuat. Ketawa yang meletus terus kembali pada wajah serius.

"Awak pergunakan saya?"

"Awak terasa dipergunakan?"

"Saya tak tahu." Jari jemari meliar pada rambut. Rambut yang panjang terasa mahu dipotong. Kepalanya rasa berat dan serabut.

"Walaupun sejuta kali saya cakap ikhlas. Saya tahu awak tetap ragu ragu. Sekarang kembali pada topik utama. Apa yang awak nak cerita?"

"Awak percaya pada mimpi saya?"

Gibrel mengangguk dan tersenyum.

"Tapi Haiyan tak percaya."

"Haiyan ialah Haiyan. Saya ialah saya."

Rambut serabai disisir dengan jari. Nuraz kemaskan bagi rapi. Seterusnya, rambut panjang beralun diikat simpul. Perbuatan Nuraz dilihat sahaja oleh Gibrel.

Air kosong diteguk dua kali. Tekak kering sudah terisi dengan air. Dia bersedia untuk bercerita.

"Ros hitam."

"Ros hitam?"

"Megat ada bagi saya keychain ros hitam. Dalam mimpi tu dia kata klu pada ros hitam."

"Megat bagi pada awak? Mustahil!" Ujar Gibrel. Keychain paling disayangi Erica dan diwarisi oleh Megat. Gibrel tertanya pada fungsi Keychain ros hitam sampaikan keychain tersebut diserahkan pada Nuraz.

"Kenapa? Apa yang mustahil?"

"Keychain tu kesayangan mummy dan tak silap saya diwarisi keluarga nenek."

"Jap jap. Macam pelik. Ada nilai ke keychain tu?Awak tahu tak walaupun keychain tapi sebenarnya pendrive."

"Hah?"

"Ya. Megat pernah kata simpan baik baik sebab tu kenangan saya dan dia. Lepastu saya tanya apa? Dia kata pendrive berbentuk keychain." Terang  Nuraz.

"Nuraz awak tahu tak awak diburu kerana pendrive tu. Bukan sebab saham atau sebab awak sambut perkenalan  Megat. Saya ingatkan mini pendrive tapi tak sangka keychain hitam tu diubah jadi pendrive." Sekian lama tersimpan dalam hati, akhirnya Gibrel luahkan kebenaran. Kerana satu pendrive, Nuraz terpaksa jadi pelarian dan nyawa sendiri terancam.

"Whatttt?" Terbeliak biji mata Nuraz mendengar penjelasan Gibrel.

"Awak selamatkan saya semata mata nak pendrive juga ke Gibrel?" Soal Nuraz ragu.

"Saya sayangkan awak Nuraz. Sebelum awak jumpa Megat lagi. Hati saya dah terpaut pada awak."

Nuraz bungkam. Fikiran melayang pada  masa lalu. Dia imbas kembali perempuan yang dibawa Gibrel. Semuanya muka kacukan dan terakhir adalah perempuan Melayu. Wanita mana mahu percaya jika teman wanita Gibrel bersilih ganti. Sekarang pula bila rapat dengan Gibrel, dia pula jadi pelarian. Penat hidup macam ni. Realitinya, dia kena tempuh juga tetapi tak tahu sampai bila.

"Macam mana saya nak percaya kalau setiap kali berhadapan dengan awak. Saya kena tempuh bahaya. Saya rasa macam bodoh bila Megat beri klu siapa harus saya percaya. Saya pilih awak."

Naif sungguh Nuraz. Dia tak sedar dalam sekeliling dia ada pengkhianat. Baginya orang terdekat adalah orang yang baik.

"Saya malas nak simpan lama lama. Saya bagitahu hal sebenar. Awak nilai, awak hadam semua. Awak ingat manusia baik macam Sara tu sebenarnya manusia? Dia dalang malam tu."

"Saa..raaa?"

"Awak kena culik rancangan dia dan konon konon si Hayden selamatkan awak. Dasar manusia kaki putar!"

Nuraz terkedu. Manusia yang dia rapat adalah pengkhianat sebenar. Tapi kenapa Sara? Apa kena mengena Sara dan Erica? Wajah Nuraz muram. Tak percaya apa yang Gibrel sampaikan.

"Sara anak buah Erica."

Sekali lagi buat Nuraz jadi mati kata. Sara ialah anak buah Erica. Selama ini Sara yang bagi lokasi Nuraz. Dia geleng kepala tak percaya.

"Banyak benda lagi tak terungkai Nuraz. Cuma awak perlu bersedia kenyataan dan kebenaran adalah pahit dan menyakitkan."

Mimpi dan realiti baginya adalah menyakitkan. Realiti sekarang dia terpaksa hadapi adalah Sara pengkhianat. Manusia paling dia percaya. Manusia yang dia sayang macam adik sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience