Bab 17

Romance Series 36162

Cadangan Gibrel ditolak mentah. Dia tidak boleh menerima bantuan Gibrel lagi. Terlalu banyak jasa Gibrel. Dia banyak menyusahkan Gibrel  dan tak akan susahkan nenek Gibrel. Apa pula kata nenek Gibrel. Dia tidak pernah berjumpa dengan nenek Gibrel. Gibrel pun tak pernah bercerita.

"Tak boleh Gibrel. Saya boleh duduk situ atau awak nak halau saya dari rumah tu? Saya bayar dengan separuh gaji saya."

"Awak ingat saya teringin ke nak duit awak tu." Balas Gibrel geram.

Nasihat Gibrel terpaksa Nuraz lupakan sementara waktu. Dia mahu berjumpa Haiyan. Ada hal penting yang harus dia selesaikan.

"Salam takziah. I simpati." Ucap Haiyan.

"Its okey. Thank you. Ada apa nak jumpa I?"

"Okey macam ni. I dah jumpa bukti. Megat tak bunuh diri tapi sebaliknya. Ada orang khianat dia. You know about Hairul?"

Nuraz mengerutkan dahi. Lama nama itu dia tak dengar sejak Megat bankrup.

"Bestfriend until mati konon tu."

"Yeahhh. Apa yang dalam siasatan I dia ada kat tempat kejadian dan dia orang sama buru you."

Melayang fikiran Nuraz. Terdetik dalam fikiran dia hari itu tapi itu mungkin secara kebetulan. Dia menyampah dengan sikap Hairul yang menjengkelkan hati. Tak sangka sampai ke hari ini tetap menjengkelkan hati.

"I tak fahamlah. Bff ya tapi buat kawan macam tu. Stupid." Jelas urat terpacar dari dahi Haiyan. Bila teringatkan Hairul. Marah jadi membuak-buak. Dasar manusia menyusahkan orang.

"Apa dia nak dari I? Sanggup hantar manusia bodoh tu. Haritu I hampir nak kena tikam."

"Whattt?"

"Yaaa. Gibrel selamatkan I."

"I tak tahu nak cakap macam mana tapi you berhati-hati sikit boleh. Jangan lalu tempat sunyi."

Sama nasihat macam Gibrel tapi Gibrel lebih agresif. Sanggup perhatikan dia setiap masa. Dia sendiri tak tahu niat Gibrel.

"You kenal Gibrel kan?"

Haiyan mengangguk perlahan.

"Siapa dia?" Soal Nuraz.

"I lawyer. Dia client I." Mudah jawapan Haiyan.

Nuraz mengetap bibir. Bukan ini jawapan yang dia mahu. Dia mahu tahu siapa Gibrel? Sanggup berkorban demi dia.

"Apa hubungan dia dengan Megat?"

"Dia tak kenal Megat."

"Yeke?"

"Pernah ke I tipu you Nuraz?" Haiyan soal kembali. Nuraz pandai putar belit soalan. Dia sebagai peguam lagi hebat putar soalan yang tidak menjangka akal fikiran.

*****

"Awak pergi mana Nuraz?" Sergah Gibrel. Bengang dengan sikap Nuraz yang tidak dengar kata. Keluar tanpa beritahu dia.

"Kenapa awak masuk rumah saya?"

"Ini rumah saya."

"Oh ungkit. Fine kalau tak suka. Saya boleh keluar."

"Jangan belit keadaan Nuraz! Awak pergi mana? Malam baru balik. Keluar tak tinggalkan pesan. Kalau benda buruk terjadi macam mana?"

Mata mencerlung ke arah Nuraz. Nuraz pula sebaliknya tidak takut malah bertentang mata dengan Gibrel. Gibrel tiada hak ke atas dia. Ke mana dia mahu pergi bukan urusan lelaki ini. Dia pandai jaga diri.

"Jawab Nuraz." Tegang suara Gibrel.

"Awak tak ada hak nak ambil tahu hal saya."

"Saya kawan awak." Suara Gibrel sudah perlahan. Bertegang urat tekak tak selesaikan masalah. Dia kenal dengan sikap degil Nuraz.

"Sebagai kawan pun. Awak tak ada hak."

Nuraz. Digengam tangan kuat. Terasa hati dengan suara tinggi Gibrel.

"Kalau kawan lain ya tapi saya lain Nuraz. Saya sayangkan awak. Saya tak nak benda buruk berlaku."

" Jangan sayangkan saya. Saya minta maaf sebab selalu menyusahkan saya. Saya tahu jasa awak terlalu banyak sampai tak boleh balas tapi please jangan minta yang saya tak mampu tunaikan."

"Saya minta tak banyak. Jaga diri dan dengar cakap saya. Awak dalam bahaya Nuraz."

"Saya tahu jaga diri Gibrel. Nanti saya bayar duit sewa. Saya tak nak tumpang percuma."

Gibrel berpaling wajah ke arah lain. Hari ini ego kelakian dia tercabar dengan sifat keras Nuraz. Tiada ucapan mengundur diri, Gibrel membuka pintu agak kasar. Dummm. Bunyi hentakan dari pintu utama. Sifat sabar dalam diri sudah hilang sejak pagi tadi.

Bahu Nuraz terangkat. Terkejut hasil hempasan pintu. Dia mampu pandang pintu dan air mata deras mengalir. Bukan maksud begitu tapi dia sendiri tidak faham dengan perangai sendiri. Punggung dihempas pada sofa. Perlahan badan disandar pada hujung sofa. Penat seharian merayau di bandar raya Kuala Lumpur. Nasihat Haiyan juga dia tidak dengar. Dia hanya mahu jadi manusia normal sahaja.

*****

"Kalau aku mati kau nak buat apa?"

"Apa kau merepek ni. Kau tu satu satunya kawan aku lah Megat." Ujar Nuraz garang. Tidak suka dengan ayat yang keluar dari mulut Megat. Dia sayangkan Megat. Semakin lama bersama Megat, hati ini sudah jatuh sayang.

"Bos kau tu suka kau."

"Apa kau merepek ni Megat? Dia bos aku lah. Kau suka aku ke tak sebenarnya? Kalau tak suka bagitahu awal awal. Tak payah bagi harapan." Marah Nuraz. Bila berjumpa je pasting Megat cakap benda yang sama.

Gibrel itu bos dia kadangkala boleh jadi kawan borak. Apa yang dia pandang dengan lelaki kacukan tu. Ya memang kacak tapi sering bertukar perempuan. Baru baru ini sahaja pertama kali dia melihat Gibrel keluar dengan perempuan Melayu bertudung. Mungkin tukar selera.

"Aku lelaki Nuraz. Aku tahu pandangan lelaki." Ujar Megat yakin.

Dari cara pandangan Gibrel pada Nuraz dia sudah faham. Bila dia jemput Nuraz dari tempat kerja, dia perasan pandangan tajam cemburu Gibrel.

"Jangan merepek boleh tak. Kau suka aku tak?"

"Aku tak sempurna Nuraz. Kau lebih layak bersama Gibrel."

Satu tumbukan mendarat pada bahu Megat. Sakit hati dengar ayat Megat. Suka atau tidak lelaki ini. Kalau tak suka dia tak akan luang masa bersama. Bazirkan masa setiap hari.

"Kau ini kan luar nampak sopan santun tapi tenaga macam jantan." Rungut Megat. Digosok bahu. Pedih juga tumbukan Nuraz.

"Aku sayang kau tapi kalau aku mati. Jangan meratap tak baik." Pesan Megat.

Nuraz gelak besar. Kelakar pula pesanan Megat kali ini.

"Aku sedih je meratap itu tak lah. Haish kau ni."

"Aku sayang kau Nuraz dan kau kena tahu I love you so much. Terima kasih terima aku dalam keadaan macam ni."

Nuraz tersenyum simpul. Dia rasa dihargai oleh Megat. Ini kali pertama dia jatuh suka pada lelaki. Dia menjeling ke tepi. Bagaikan mimpi lelaki kacak ini jatuh cinta pada dia. Lelaki ini terlalu sempurna buat dia.

Air mata mengalir keluar. Nuraz bingkas bangun dan terus peluk kedua lutut. Mimpi itu kembali lagi. Dia rindukan Megat. Dia terlalu rindu lelaki itu.

"Kenapa kau tinggalkan aku Megat?"Monolog Nuraz. Kenapa mimpi itu datang lagi jika merobekkan hati dia.

Jam menunjuk jam 4 setengah pagi. Sudah lama dia tidak solat tahajud. Kaki menjulur ke lantai dan dia menuju ke bilik air. Cara ini sahaja yang menenangkan hati dia. Moga mimpi ngeri segera keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience