Bab 15

Romance Series 36162

Mengalir air mata Nuraz. Benda hal kecil pun Gibrel sanggup tengking dia. Janganlah masuk hal kerja dengan peribadi. Sebaik masuk bilik pejabat, Nuraz mengesat air mata dengan hujung lengan. Selepas ini dia tak nak ada kena mengena dengan Gibrel apatah lagi pertolongan lelaki itu. Beribu ribu ayat bermain dalam fikiran. Tak tahu nak mula yang mana satu. Yang pasti dia kena cari bilik sewa. Sampai bila nak hidup menumpang dengan lelaki itu.

Jari jemari menari atas keyboard. Dia mengeluh. Mana nak cari bilik sewa dalam masa seminggu ni. Mata pandang ke arah kertas yang dilempar oleh Gibrel. Nuraz menghela nafas dan capai kertas tersebut. Hanya satu patah kata yang salah tapi Gibrel tengking dia macam semua patah kata silap. Kertas ini boleh sahaja dicetak lagi dan pencetak yang mempunyai laser pun ada.

Cafe Geib

Baca Nuraz. Kesilapan Nuraz adalah menambah i sebelah e. Kesilapan kecil tapi membawa makna yang berlainan.
Tak boleh berfikir panjang lagi. Nuraz membawa diri.

*****

Gedegang

Bunyi dentuman dari jarak dekat. Nuraz berpaling ke belakang. Bunyi yang kuat membuatkan jantung dia hampir gugur.

Perlanggaran kereta dan kereta. Yang menghairankan dia, sebuah kereta sport sedang berusaha menghimpit kereta honda civic seperti mereka memusuhi satu sama lain. Seretan tayar sport berbunyi kuat untuk hentam kereta dihadapan. Nuraz tergamam melihat aksi lasak didepan mata.

"Gibrel."

Mata Nuraz membulat. Ya dia cam nombor flat kereta sport itu. Kepunyaan Gibrel tapi apa motif lelaki itu.

Jarak 100 meter dari situ. Ikutkan andaian dia dan firasat dia. Mungkinkah? Tidak menunggu lama. Nuraz bersedia untuk melangkah lebih laju atau makna kata lari dari sini. Ya dia dalam bahaya. Honda itu pernah dia nampak sebelum ini. Gibrel berusaha selamatkan dia.

Nuraz berdiri dihalaman banglo 3 tingkat milik nenek Gibrel. Lemah lutut untuk melangkah lagi. Porch kereta yang dituju dulu. Kereta sport milik Gibrel hancur. Hati dah rasa berbolak balik. Nak balik atau bersemuka dengan Gibrel. Seribu penyesalan pula bila datang ke mari.

"Kenapa datang sini?" Soal Gibrel dingin.

Nuraz terkelu. Mencari jawapan pada pertanyaan Gibrel.

"Saya cari awak kat rumah teres tapi kereta awak tak ada. Dah tekan lonceng banyak kali pun tak ada yang menyahut." Jawab Nuraz. Kaki masih berdiri tegak pada porch kereta. Tidak berani berdepan dengan Gibrel.

"Tengok saya Nurazzz. Bukan dengan kereta awak bercakap." Keras suara Gibrel.

Nuraz tersenyum malu. Nak berhadapan dengan Gibrel rasa macam nak jumpa pak Menteri sahaja. Gulp. Seksi uiii si Gibrel. Sengaja menyeksa mata dia ke apa. Hanya pakai seluar track panjang tanpa baju. Boleh dilihat dengan jelas dada bidang dan roti bar. Cepat Nuraz berpaling ke arah lain.

"Mata dah meliar tengok baru nak malu?"

Nuraz menekup muka. Malu dengan sikap sendiri. Meliar tengok badan anak bujang orang.

"Rezeki kan Nuraz." Usik Gibrel dengan suara dingin.

Gibrel bersyukur Nuraz selamat. Firasat dia hari ini benar lagi. Nuraz dalam bahaya. Bila tengok Nuraz berdiri dalam keadaan sempurna. Hatinya terasa ingin terbang.

"Kenapa tinggalkan kerja?"

"Errr. Saya nak cari ilham."

"Setakat tukar perkataan yang tak patut ada huruf I?"

Nuraz menunduk. Tidak tahu nak balas. Betul kata Gibrel. Kesilapan dia adalah perkataan.

"Salah perkataan je tapi awak tengking macam saya buat salah besar."

"Nuraz jom masuk dalam. Boleh minum petang. Tak manis tetamu duduk kat luar."

Mata Nuraz meliar lagi. Setiap sudut ruang tamu ini dia teroka dengan mata. Citarasa orang kaya. Gaya vintage english. Warna merah dominasi warna hitam.

"Cantik tak? Ini idea saya pada nanny."

Badan yang bogel tadi disarung dengan baju tshirt warna merah.

"Awak memang suka merah?"

"Ya rasa sexy, garang dan aummm." Ujar Gibrel dengan kenyitan mata.

"Awak tak marah saya lagi?"

Muka Gibrel berubah tegang.

"Marah. Sangat marah. Kenapa nak bahayakan diri. Kan saya dah kata balik naik grab!" Suara Gibrel berubah mendadak.

"Kalau naik grab pun. Orang nak buat jahat tetap akan terjadi."

Gibrel mengetap bibir. Nuraz kepala batu. Susah nak ubah. Susah nak nasihat. Langsung tak fikir keselamatan diri.

"Sekurangnya kita ikhtiar Nuraz. Kita usaha elak dari apa yang berlaku. Mana otak awak Nuraz?"

Jeda.

Nuraz tidak mampu balas kata-kata Gibrel. Kata Gibrel ibarat menikam dada dia.

Cawan teh di atas meja diambil lalu dihirup rakus. Nuraz mahu hilang gementar.

"Perlahan. Nanti boleh tercekik."

Nuraz mengangguk perlahan. Air teh wangi dihirup perlahan. Sedap. Teh orang kaya.

"Kenapa datang sini?"

"Saya nak tengok awak okey ke tidak."

"Tak penting."

"Tapi awak selamatkan saya."

Gibrel senyum sinis. Cawan teh disisip pada bibir.

"Siapa kata?"

"Tadi...." Nuraz balas dengan teragak agak.

"Saya hanya fikirkan keselamatan Fitrah. Ya dia dalam keadaan bahaya. I dont know dari mana datang kereta tu kejar Fitrah."

Nuraz tergamam. Dia salah faham. Gibrel bukan selamatkan dia tapi Fitrah. Dia tidak tahu nak reaksi macam mana tapi sekarang dia termalu sendiri. Bodohnya tanpa siasat perkara sebenar terus datang ke sini.

"Ohhh. Saya datang sini cuma nak bagi tahu. Saya nak pindah rumah dalam minggu ni kot." Ujar Nuraz spontan.

"Ok."

Nuraz berjalan perlahan-lahan. Lemah kaki sekarang tapi dia tetap kena jalan juga. Air mata menitis perlahan-lahan. Dia malu dengan sikap terburu tadi. Sangkaan dia meleset sama sekali. Gibrel hanya selamatkan Fitrah bukan dia. Hari ini agaknya hari malang Nuraz.

Bunyi deringan telefon bimbit dalam beg tangan. Nuraz menyelusup untuk ambil dan menjawab panggilan tersebut. Air mata menitis kembali tapi lebih lebat. Kaki yang lemah kian lemah. Nuraz jatuh terduduk.

Bagai langit runtuh dikepalanya. Fikiran kosong. Panggilan sayu yang diterima menyentap hati.

"Ibuuuuu." Panggil Nuraz dengan sedu. Semuanya berakhir. Kini dia ditinggalkan keseorangan tanpa ucapan selamat tinggal seperti ayah dan abah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience