Bab 22

Romance Series 36162

Menghitung hari menjadi rutin harian Nuraz. Kalender di atas meja dia tanda setiap tarikh yang ada. Dia merenung lama tarikh tarikh yang bakal berakhir. 1 bulan telah berakhir dan hari ini masuk bulan kedua. Jangkaan Nuraz meleset apabila bulatan tarikh yang dia tanda tiada serangan terhadapnya. Setiap hari rabu pasti Nuraz telah bersedia perkara yang bakal berlaku. Hari yang sentiasa meragut ketenangan hidup. Tapi dia hairan bila bulan lalu tiada apa yang terjadi. Mungkin orang orang itu sengaja beri provokasi.

Hari kematian Megat dan hari kematian ibu jatuh pada hari rabu. Dia baru sedar, kematian kedua dua orang yang dia sayang ada kaitan dengan dirinya. Tiada riak ketakutan tapi hanya riak yang tegang. Jiwa Nuraz bergetar hebat. Marah pada diri sendiri kerana tidak mampu merungkai teka teki.

"Mungkin rabu minggu ni. Nyawa aku kat hujung tanduk. Tapi 2 bulan belum berakhir lagi. Mungkin bulan depan. Siapa kau sebenarnya?" Persoalan yang susah untuk dijawab. Nuraz tidak tahu siapa punca dan siapa dalang disebalik rancangan ini.

Nuraz buka applikasi whatsap dan carian nama Megat. Dari atas hingga ke bawah jari Nuraz scroll tapi hampa tiada teka teki yang dapat dia simpulkan.

"Nuraz."

"Ya."

"Awak okey?"

Mata melirik pada Gibrel. Hati yang resah tidak mampu dia tutup.

"Gibrel. Please lepas apa yang terjadi. Jangan lindungi saya. Saya tak nak awak terlibat."

"Saya dah terlibat Nuraz. Awak kena tahu itu."

"Kenapa nak bahayakan diri sendiri. Saya tahu jaga diri."

"Awak tahu kenapa saya sanggup dan awak kena tahu awak tak pandai jaga diri."

Tiada balasan dari bibir Nuraz. Nuraz akui, dia tak pandai jaga diri. Setiap kali dia bersedia dengan kemungkinan yang berlaku. Dia tetap tewas.

"Kalah tak semestinya akan kalah. Menang tak bermaksud dia menang. Nak lawan musuh. Kenali musuh dulu. Jangan terlalu gopoh." Nasihat Gibrel penuh makna.

"Saya sendiri tak kenal siapa musuh saya Gibrel." Ujar Nuraz. Ada anak mesti ada ketua tapi siapa? Tanya Haiyan, peguam itu sendiri tak tahu atau ada rahsia sebaliknya.

"Kenapa awak tolong saya Gibrel?" Soal Nuraz.

"Saya nak awak selamat."

Jawapan yang tidak memuaskan hati Nuraz. Berulang kali tanya. 2 jawapan yang diberikan. Saya sayang awak dan saya nak awak selamat. Nuraz bukan siapa pada Gibrel. Bukan isteri atau ada pertalian saudara. Dia cuma seorang pekerja bawahan. Tiada istimewa.

"Bosan jawapan tu."

"Perempuan suka tanya banyak kali tapi dia tahu hakikat itu sendiri."

*****

Haiyan tidak betah duduk di pejabat.  Dapat tahu sahaja maklumat dari penyiasat persendirian. Dia terus bergegas ke kafe Gibrel. Maklumat ini harus disampaikan dengan segera.

"Hey guys. Mujur sahaja korang baik baik."

"Ada apa Haiyan?" Soal Nuraz agak cemas. Berita buruk mungkin akan sapa pendengaran telinga.

"Informer aku bagitahu. Mungkin korang akannnn. Ish lah tak sampai hati aku nak cakap."

"Rabu esok. Mungkin nyawa saya jadi taruhan."

Tekaan Nuraz membuatkan Haiyan dan Gibrel saling berpandangan. Haiyan pula agak terkejut dengan kenyataan Nuraz. Tapi riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin.

"Kenapa terkejut?"

"Nurazz." Serba salah Haiyan mahu teruskan kata.

"I tahu Haiyan. Rabu tu dah macam nightmare bagi I."

"You kena selamat Nuraz. I akan pastikan you akan selamat." Ujar Haiyan keras. Amanah dari Megat akan dipegang kuat. Nyawa Nuraz sangat penting.

Belum pernah lagi dia pegang amanah seberat ini. Rahsia dan janji akan disimpan rapi. Bila waktu yang sesuai, dia akan rungkaikan segalanya.

"Jangan risau. Aku ada. Selagi aku hidup Nuraz akan sentiasa selamat." Gibrel menyemai janji. Dia tidak tegar melihat perempuan berada dalam kesusahan. Dia rela hidupnya menjadi sebuah taruhan.

Nuraz hanya dengar janji mereka berdua. Tiada apa yang boleh dia balas. Otaknya sudah tepu dengan masalah. Esok adalah hari penentu segalanya. Mungkin nyawa akan jadi taruhan. Biarlah kalau itu takdirnya.

"Korang patut risaukan nyawa sendiri. Bukan Nyawa seorang perempuan bernama Nuraz."

*****

Hari yang ditunggu akhirnya berkunjung tiba. Nuraz menarik nafas dalam. Menghidu waktu bau pagi yang masih gelap. Bau ini membuatkan tubuh badan rasa segar. Nyaman dan fikiran tenang.

Hari ini dia hanya duduk di kondo Gibrel sahaja tanpa keluar ke mana mana. Gibrel sudah pesan awal-awal agar jaga keselamatan diri. Dia akur dengan arahan Gibrel. Itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

Haiyan pula berjanji akan selesaikan masalah hari ini juga atau ambil masa dalam beberapa hari. Dan masa yang diambil itulah Nuraz akan terkurung dalam kondo ini. Hendak membantah dia tidak boleh buat apa. Dua lelaki itu berkeras untuk selesaikan dengan cara sendiri. Doanya agar semuanya baik-baik sahaja tanpa ada yang sakit.

Kak Nuraz. Tolong Sara. Sara takut.

Berkerut dahi Nuraz baca text dari Sara. Pelik tidak pernah lagi Sara hubungi dia pada waktu pagi macam ini. Pukul 6 pagi Sara minta pertolongan. Jari jemari pantas menaip balas text dari Nuraz. Dada mula berdegup kencang.

Are you okay Sara? Sara kenapa ni?

Sara tak okey. Sara takut. Teman Sara boleh?"

Okey akak telefon sesiapa untuk teman Sara ya. Akak tak boleh keluar hari ni Sara.

Please  akakkkk?? Sara nak akak teman.Tak nak orang lain??

Emoji Sara membuatkan Nuraz tidak senang duduk. Arahan dari Gibrel dan Haiyan terpaksa dia langgar. Dia risau dengan keadaan Sara. Sara perlukan dia dan dia tidak seharusnya penting diri sendiri.

Biarlah apa yang terjadi. Nuraz reda. Tanpa meninggal pesanan pada mereka berdua. Nuraz terus menuju ke rumah Sara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience