Bab 5

Humor Series 9998

Leeya melihat applikasi grab driver di Oppo f1s miliknya berbunyi menandakan ada pelanggan sedang menantinya. Seketika dia menaip mesej memberitahu pelanggannya itu dia akan ke sana. Ya, dia harus menyediakan khidmat yang baik supaya para pelanggan yang menggunakan khidmatnya memberikan rating terbaik.

Kalau pelanggan suka atas khidmatnya, mereka akan memberikan lima bintang atau sekurang-kurangnya empat bintang. Barulah akaunnya tidak kena gantung dan dia juga harus maintainkan rating sebanyak empat perpuluhan tujuh bintang supaya mendapat insentif. Sebenarnya, dia bukan tidak pernah mencari kerja lain. Ada juga. Tetapi, dia lebih selesa menjadi pemandu grab kerana dia suka memandu, suka berinteraksi dengan orang.

Tak ada lah, beria sangat berinteraksi dengan orang tu. Dia tengok juga pelanggan dia jenis yang mudah bergaul ataupun tidak. Nanti kalau dia terlajak ramah, tak fasal-fasal tak dapat rating. Yang paling dia suka semasa mendapat pelanggan orang asing. Macam-macam yang ditanya membuatkan dia terasa macam rancangan 'Siri Menjelajah Malaysia' pula. Hehehe

Leeya memberhentikan keretanya di luar sebuah rumah teres dua tingkat. Suara radio era fm yang sedang berkumandang lagu 'Senyum' nyanyian As'ad Motawh diperlahankan untuk memberikan keselesaan kepada pelanggannya. Sedang dia melihat lokasi yang mahu pelanggannya tuju itu, tiba-tiba pintu bahagian penumpang sebelah dibuka.
Lelaki.

Dia terus menyapa lelaki itu. "Selamat datang encik..." Lelaki itu berpaling ke arahnya dan tiba-tiba. "Kau....???" Serentak suara mereka bergabung. Naufal sudah tersenyum sinis. Macam mana dia boleh tidak perasan raut wajah perempuan ini di profile pemandu semasa dia membooking grab tadi. Asal boleh saja dia sebat.
Dia menyoal sinis. "So, kau bawa grab ke?" Leeya sudah menjuling mata ke atas.

"Habis kau ada nampak macam aku bawa ambulance ke sekarang ni?" Balas gadis itu sinis kembali. Cekap dia membelok keluar dari taman perumahan tersebut.
"Amboi.. Belagak ke main kau, eh. Aku ni pelanggan kau tahu tak. Cakap elok-elok tak boleh ke?"
"Masa bila pula aku cakap tak elok dengan kau? Aku jawab benda yang betul apa."
Naufal mendengus kasar. Cina beng punya perempuan. Salah sendiri tak nak mengaku.

Harap muka aje cun. Mulut macam bontot ayam. Kurang asam! Suasana hening seketika.
"Eh, kau bawa laju sikit boleh tak? Aku dah terlambat dah ni. Terhegeh macam siput ni apa hal?"
Leeya menjeling sekilas sebelum membalas.
"Laju-laju kau pergi mana? Aku ni pemandu berhemah and aku tak nak tambah kadar kemalangan dekat jalan raya ni. Kalau kau rasa tak suka dengan cara aku. Kau boleh turun. Tak payah bayar pun takpe." Ujarnya selamba.

Naufal membuntangkan mata. Kembang kempis hidungnya menahan geram. Gila ke apa nak berhentikan dia di atas highway macam ni? Kau ingat ada KTM ke dekat sini, hah?
Ini semua Nabil punya pasal. Tak pasal-pasal terjumpa lagi perempuan gila ni. Aduh, dia dah lambat nak ke tapak pembinaan perumahan yang baru syarikat jalankan itu. Boleh bawa slow pula perempuan gila ni. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Arsyad terpacul di skrin iphone X miliknya.

"Hello..." Naufal menyapa.
"Ehh, bro. Kau tengah tidur ke apa? Apasal tak sampai lagi? Ni kita ada problem sekarang ni?"
Naufal mengerutkan dahi. Dia menjeling sekilas ke arah Leeya sambil menjawab. "Problem apa?"
"Bahan mentah yang kilang bekalkan dekat kita tak cukup. Tan Sri Razeef, bos kesayangan kau tu tiba-tiba je memekak dekat aku. Apa dia ingat ni semua kerja aku ke yang deal dengan kilang ni. Bengang betul" Kedengaran Arsyad merungut geram.

Naufal berdecit. Kepalanya dipicit seketika. Ini lagi seorang orang gila dekat Malaysia ni, Tan Sri Razeef. Tahu nak mengamuk sahaja.
Padahal, bukan dia tidak tahu masalah yang dihadapi oleh syarikatnya sendiri ketika ini. Kekurangan bajet mahu membeli segala jenis bahan mentah. Dia sudah memberitahu projek besar ini tidak mampu diteruskan dan dia ada idea lain untuk menselesaikan masalah ini.

Sebagai seorang arkitek profesional dia perlu bijak meanalisis sesuatu cadangan rekabentuk agar ianya menepati fungsi, teknik pembinaan dan kos yang diperlukan. Tetapi, Tan Sri Razeef itu tidak mengikut nasihatnya. Dia lebih suka mendengar cadangan daripada anak tunggalnya itu, Daniel Syafiq. Huh, pemuda itu bukannya tahu buat kerja. Tahu hendak mengarah sahaja. Langsung tidak boleh harap!

"Macam ni lah. Kau handle dulu apa yang patut. Dalam sepuluh minit lagi aku sampai."
"Kau kat mana sekarang?" Arsyad bertanya lagi.
"Aku dalam grab ni. Driver ni bawa slow sangat. Baru dapat lesen aku rasa."
Dia mengerling Leeya yang sudah tersedia masam wajahnya. Sengaja dia mencurahkan api. Mahu menyakitkan hati gadis itu. Hahaha!

Sambil mereka berbual, Leeya terus memecut laju keretanya dan menekan pedal brek tiba-tiba sehingga lelaki tampan itu melatah kerana terkejut. Kini, mereka sudah sampai.
"Woi! Kau nak mati pergi mati sorang-sorang lah, gila. Kau buta ke aku kat sebelah ni, hah? Kalau ya pun nak tunjuk terror. Jangan dengan aku. Tu kau pergi tanjung rambutan. Kat sana ramai kawan-kawan kat sana!"

Marah Naufal tiba-tiba. Mana tak nya, semasa gadis itu menekan pedal brek, tak pasal-pasal tubuhnya tergerak ke depan. Nasib dia memakali tali pinggang keledar. Kalau tidak, sudah tentu terhantuk di dashboard.
Leeya mengeluh berat. Haish, laju salah. Perlahan salah. Sungguh dia tidak faham dengan perasan makhluk Allah yang satu ni. "Dah kau tak payah memekak lah. Dah sampai dah ni pun. Berambus cepat!"

Dia mengayunkan tangan tanda menghalau. Naufal menahan geram. Memang wayar putus lah perempuan ni. Boleh pula dia belanja muka tak bersalah. Padahal dia sudah seperti nyawa-nyawa ikan dah tu. Terkejut belum habis.
Naufal mengeluarkan not sepuluh ringgit dan menyua kepada Leeya. "Kau ambil duit ni. Lain kali, sebelum kerja jangan lupa makan ubat. Kalau tak nak aniaya orang. Ehh, senang cerita kau tak payah kerja lah senang. Duduk rumah. Huhh, dasar perempuan gila! Aku bagi ranting kosong dekat kau!"

Leeya terkebil-kebil sendirian. "Weh pondan! Kau ingat aku hairan sangat ke dengan ranting kau tu? Mulut macam perempuan, huh. Blah lah kau!!"
Naufal terbuntang. Berani gila perempuan ni lawan mulut dengannya. Selama ni mana ada seorang perempuan yang berani memaki hamun dirinya. Yang bergedik nakkan perhatian darinya adalah. Bersepah.

Naufal merenung tajam wajah cantik itu.
"Apa kau cakap tadi?"
"Apa?"
"Kau cakap apa tadi aku tanya??"
"Manade aku cakap pape."
"Jangan nak tipu. Aku tanya ni."
"Pondan!"

Cupp!

Naufal bertindak berani! Tidak semena-mena dia mencium bibir munggil gadis itu. Mata Leeya terbuntang. Dia berusaha menolak badan sasa itu namun kudratnya tidak mampu. Lelaki itu begitu kuat. Naufal mencium rakus bibir itu dengan perasaan geram. Sudah lama dia menelan liur melihat potongan gadis tinggi lampai ini. Leeya sedikit terangsang. Oh noo, apa kau fikir ni?

Tiba-tiba Leeya menggigit bibir bawah Naufal dengan kuat dan membuatkan Naufal melepaskan tautan bibir mereka dengan. Leeya kelihatan tercungap-cungap mencari nafas. Dia kelu untuk bersuara. Naufal memegang bibirnya. Sakit, ganas gila perempuan ni. Seketika dia menahan senyum.

"Pondan tak kan berani cium perempuan. Aku bukan spesis macam tu."
Leeya terpaku. Dia berusaha menahan marah. "Kau blah dari sini!!"
Dia berkata perlahan. Lelaki kacak itu kelihatan termanggu-manggu. Seperti tidak mahu keluar.
Naufal tahu dia bersalah. Dia sudah melampau. Dia mencari anak mata gadis itu. Namun hampa, gadis itu memejam mata rapat. "Akuu..."

Belum sempat dia mahu meminta maaf. Leeya menjerkah dan menolak tubuhnya untuk keluar dari perut kereta.
"Kau blahhhh!! Aku benci kau!" Leeya menjerit kuat.
Naufal mengalah. Dia berasa sungguh bersalah. Dia mahu menagih maaf kemaafan dari gadis itu namun gadis untuk sudah menghalaunya. Dia cuba membuka pintu kereta, namun hampa. Gadis itu mengunci dari dalam.

Cermin tingkap diketuk namun gadis itu buat tidak tahu. Naufal penasaran.
Leeya mengundurkan kenderaan untuk pulang ke rumah dengan perasaan geram.
Air mata yang mengalir laju selaju pemanduannya dibiarkan tidak diseka. Terasa lagi ciuman hangat dan menghairahkan dari lelaki berkulit putih itu di bibir. Ah, shitt!! Apa dah jadi dengan aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience