Bab 43

Humor Series 9998

Naufal mengetuk pintu rumah Aliff untuk kali ketiga. Leeya disebelahnya hanya diam dari tadi. Sudah lama mereka berdiri di luar rumah ini. Salam sudah dibagi namun tidak ada yang menjawab.
“Assalamualaikum?" Naufal memberi salam lagi. Sunyi.. ‘Mana si Aliff Hakimi ni?' Detik hati Naufal.  Leeya mencuit bahu suaminya.

“Bie, kita balik ajelah. Abang Aliff takde rasanya ni." Naufal mengerutkan kening.
“Sabar kejaplah sayang. Sebelum datang tadi bie dah call. Dia cakap ada je dekat rumah." Ujar Naufal masih belum berpuas hati. Baru sahaja dia mahu ke mengeluarkan telefon untuk menghubungi lagi abang tirinya itu.
             
Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Terpacul wajah Aliff. Dia tersenyum manis. “Waalaikumussalam.. Maaflah, abang lambat sikit. Tadi ada dekat dapur. Siapkan makanan mak. Jemput masuk Naufal, Leeya." Selesai bersalam, Aliff mempersilakan mereka masuk ke dalam rumah. Leeya teragak-agak mahu masuk manakala, suaminya sudah pun ke depan mengikut Aliff. Sedar isterinya tiada di sisi, Naufal kembali ke muka pintu. Dilihat Leeya masih diam tidak berganjak.

“Laaa, kenapa tercegat lagi ni? Nak bie dukung ke macam mana?" Sempat lagi da menyakat isterinya. Leeya menggeleng. “Takut." Jawabnya ringkas. Comel saja wajahnya ketika ini. Naufal rasa macam nak cium tapi, segera ditahan perasaannya.
“Sayang takutkan mak abang Aliff?" Isterinya mengangguk. Naufal menarik nafas.

“Jangan risau, sayang. Bie ada je dengan sayang ni. Dia tak kan buat apa-apa lah dengan sayang. Bie ni garang tau." Naufal memujuk isterinya persis anak kecil.  Akhirnya Leeya mengalah. Mereka kini berada di pintu bilik Mardina. Sudah tiada gelaran DATIN. Leeya terkejut melihat keadaan Mardina ketika ini. Badannya kurus kering, muka pucat tidak bermaya. Dia hanya mampu terbaring lemah.  Bau busuk dari bilik yang gelap itu ditahan. Kembang kempis hidungnya.
           
Aliff yang seakan faham dengan situasi Leeya ketika ini bersuara. “Macam nilah keadaan mak sekarang. Dia suka duduk dalam gelap. Kalau abang buka tingkap bagi udara masuk dia tengking abang. Makan pun nak tak nak. Doktor yang abang upah datang ke rumah tiap-tiap minggu kata dia tak boleh makan nasi macam biasa. Sebab mulut dia ada banyak ulser, kena bagi bubur nasi je. Kalau tak, dia susah nak telan."

Leeya mendengar luahan hati Aliff dengan sayu. Naufal yang berdiri di belakang isterinya bertanya. “ Dah berapa lama mak cik sakit?"
“Hampir sebulan lebih. Mula-mula tu dia pening biasa-biasa je. Entah macam mana entah, lepas abang balik kerja. Cari mak tak jumpa, merata cerok rumah ni abang cari. Last-last jumpa mak tengah terbaring pengsan dalam bilik air."
              
Leeya tutup mulut tanda tidak percaya. Mustahil begitu cepat penyakit yang memakan diri perempuan ini. Baru sebulan lebih sakit, tapi nampak gayanya sudah seperti lama dia menderita. Namun, kuasa Allah siapa yang boleh melawan. Perlahan-lahan Leeya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia sudah tidak hiraukan lagi mana datangnya bau busuk itu. Kemungkinan dari badannya yang sudah lama tidak mandi. Sudah puas Aliff memujuk supaya mandi. Namun, perempuan tua itu berdegil. Aliff ada juga mengelap badannya menggunakan kain basah. Tetapi, apa sangat dilap. Tubuh itu sudah lama tak mandi. Memang busuk lah jawabnya.
            
Leeya duduk di birai katil dengan perasaan hiba. Diteliti wajah cengkung itu. Dia sedang tidur. Dahulu, wajahnya inilah yang sering memukul dan memaki hamunnya tidak kira saban hari. Sudah puas dia memohon simpati namun perempuan tua ini mempersetankan saja nasib dirinya. Dianggap dirinya seperti patung yang tidak bernyawa.
“Assalamualaikum, Cik Ina." Perempuan itu masih lagi dengan tidurnya yang lena.
Seketika Aliff masuk. Menggerakkan ibunya. Sebaik sahaja ibunya bangun, dia membisikkan sesuatu.
            
Tiba-tiba perempuan tua itu menangis kuat. Dia memeluk erat tubuh Leeya seperti tidak mahu dilepaskan. Leeya terperanjat. Dia sudah takut sebenarnya. Dipanggil nama suaminya supaya menolong. Naufal turut masuk ke dalam bilik itu diikuti Aliff. Bahu perempuan tua itu dipegang. Mereka cuba menarik Mardina supaya melepaskan Leeya namun, gagal. Pautan wanita itu, masih lagi kuat.

“Ain... Tolong. Maafkan ummi sayang. Ummi banyak buat dosa dengan Ain. Tolong jangan tinggalkan ummi lagi." Dia masih lagi menangis. Leeya terpempan. Ya Allah, dugaan apa yang engkau berikan kepadaku ini. Kenapa orang tua jahat ini menggelar dirinya sebagai ummi? Kenapa dia panggil aku Ain? Sungguh jijik aku mendengarnya.

“Mak.. Jangan buat macam ni, mak. Sakit badan Leeya tu. Mak cengkam dia kuat sangat."
“Siapa Leeya? Ini anak aku Ain. Aku yang lahirkan dia. Kau tu orang luar. Jangan sesekali kau nak pisahkan aku dengan anak aku!"
“Mak sudah-sudahlah tu. Mak bukan arwah aunty Jamia. Sedar-sedar lah, mak. Mak tak ingat ke apa yang terjadi sebelum ni?" Marah Aliff kepada ibunya.
           
Naufal sudah tidak sedap hati. Kasihan melihat isterinya yang menangis di pelukan perempuan tua itu. Dia memberikan cadangan.
“Bang... Dalam situasi macam ni, saya rasa kita tak boleh berkeras. Kita cuba pujuk dia dengan cara lembut. Mana tahu dia terpujuk." Aliff hanya mengangguk. Dia malu sebenarnya dengan perlakuan ibunya itu. Sudahlah dia yang memaksa Leeya ke rumahnya, ibunya pula boleh pula boleh perangai tidak semenggah.
Naufal turut duduk di sisi wanita itu. Dia menguatkan semangat.

“Ummi... Ummi lepaskan Ain, ye? Kasihan dia. Tengok tu dia dah menangis. Badan dia sakit." Lembut sahaja cara dia memujuk. Mardina mencerlung tanda tidak puas hati. Matanya terbeliak memandang Naufal. “Kau siapa? Ini Ain anak aku. Kau orang luar. Aku benci kau! Keluar!" Naufal menguatkan hati.
“Saya suami Ain, ummi. Saya menantu ummi. Kitorang baru je bernikah. Ummi lepaskan dia, ye?" Naufal masih bersabar untuk memujuk. Dilihat wanita itu memberikan sedikit respon.

Dalam waktu macam ni, kita kena pandai berlakon sikit, pujuk cara baik. Kalau main pujuk kasar macam tadi, tak jalanlah jawabnya. Mata tua itu memandang tepat ke wajah Leeya. Rambutnya yang menggerbang tidak dihiraukan. “Ain.. Ain anak ummi dah kahwin? Betul ke lelaki ni suami Ain?" Dia memegang bahu Leeya dengan kuat. Leeya hanya mengangguk dengan mata terpejam. Sumpah, dia tidak berani memandang wajah itu. Dah macam hantu Kak Limah dah!
           
Mardina tersenyum gembira. Semenjak dia sakit, dia selalu menganggap dirinya sebagai arwah Jamia. Aliff pun tidak pasti mengapa itu seperti itu. Mungkin semua ini atas dosa yang dilakukan olehnya. Dia berasa berdosa dengan arwah barangkali kerana telah merampas suaminya Dia melepaskan nafas perlahan. Tanpa disangka oleh sesiapa, Mardina mengucup dahi Leeya dengan lembut. Kesemuanya yang ada di situ tergamam. Leeya rasa mahu menolak saja, tapi dia khuatir nanti Mardina akan beraksi lebih ganas. Jadi dia membenarkan saja.

“Ummi seronok sangat, sayang. Akhirnya, anak ummi yang cantik ni dah kahwin. Dah-dah.. Ummi nak rehat kejap, ye? Ain pergi layan suami . Okay?" Dia melepaskan pelukan dan bernyanyi kecil. Leeya tidak menjawab sebaliknya dia terus bangun dah memeluk Naufal dengan erat. Naufal mencium dahi isterinya. Dia dapat rasa badan isterinya menggigil. Cepat-cepat dia bawa keluar isterinya dari bilik itu. Aliff juga keluar dari bilik ibunya malah pintu bilik itu turut dikunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience