Bab 15

Humor Series 9998

“Lepas tu masuk apa pula?" Tanya gadis itu sambil tangannya terkial-kial mengacau nasi di dalam kuali di tangan kanan manakala tangan kirinya menekap telefon di telinga. Ketika itu dia sedang menghubungi Annisa.
“Lepas tu, kau kacau je nasi tu bagi sebati. Api jangan kuat. Karang hangus nasi kau tak pasal-pasal masuk tong sampah."

Leeya pantas memperlahankan api dapur. Dia merasa sedikit nasi goreng kampungnya menggunakan sudu. “Tawar lah, Saa. Apasal tak sama dengan kau punya? Heii, kau sengaja ke nak perdajal aku? Mentang-mentanglah ini resepi kau. Kau bang bang boomkan aku, eh? Teruklah kau ni. "

Kedengaran Annisa merengus tidak puas hati. “Kau, kalau aku lepuk kau dengan kepala lutut aku ni baru tahu. Kalau dah tawar tu tambahlah garam. Takkan itu pun, aku nak kena ajar. Hah, itu lah. Dulu masa aku masak kau tak nak belajar. Asyik perabis aje makanan aku. Ni bila aku dah takde, tahu pula nak belajar masak."
“Sampai hati kau, Saa. Kecik hati aku. Apa selama ni kau berkira ke dengan aku, Saa. Aku sedih ni tahu tak? Air mata aku dah menitik ni."

“Tak payah nak mengada lah. Nak sedih apa, selama ni macam kau tak pernah sakitkan hati aku? Leeya, aku ni dah anggap kau macam adik beradik aku tau. Susah kau, senang kau aku dapat rasa. Macam tu juga dengan aku.  Aku bercakap untuk diri kau juga. Aku dah pernah cakap dengan kau, kan. Nanti bila kau dah kahwin, antara benda yang kau kena belajar is masak. Pikat perut laki kau baru dia tak cari lain. Aishh, dah lah. Semput je bercakap dengan kau ni. Bubuh cepat garam tu, lepas tu kacau. Rasa lagi sekali."

“Nak bubuh apa lagi? Aku tengah mencekik dah ni pun." Balas Leeya selamba. Kedengaran dia mengunyah makanan. Cup cap cup cap. Annisa menepuk dahi. Kurang sopan betul perempuan ni.

“Boleh pula kau telan. Sedap ke?"
“Bolehlah daripada aku berlapar. Tapi, tak sedap macam kau lah."
“Itu dah semestinya."
“Hehhhhhh!!" Leeya mencebik.
“Hahaha, okey lah. Laki aku dah panggil tu. Kau makan habis tau, tak baik membazir. Bye." Ujar Annisa lantas mematikan talian.

Leeya menggeleng kepala. Skrin telefon ditatap. “Eh, minah ni. Laki dia panggil konon. Macam aku tak tahu itu trick kau je tu nak blah. Takut topup  dia habis la tu, padahal aku yang call. Sengal!" Leeya membebel keseorangan. Baru dia mahu meneruskan suapan, telefonnya berbunyi lagi. Dia melihat nama si pemanggil. ‘Naufal'. Jangan tak tahu, semenjak majlis perkahwinan Annisa dan Arsyad kira-kira sebulan lepas hubungan mereka berdua semakin baik. Baik sebagai kawan ye, nak lebih-lebih pada tu dia malu. Hihihi.
 
Leeya menjawab dengan bersahaja. “Hello.."
“Hello Leeya, busy ke tu?" Kedengaran suara garau itu bertanya. Mak aih, husky nya suara.
“Takdelah busy sangat. Kenapa, eh?"
“Sajalah, rindu..." Leeya menjongket kening. Apahal mamat ni?
“Hek eleh. Rindu awek ke? Kau kalau rindukan awek kau call lah dia. Yang call aku ni kenapa? Mamai ke macam mana?"
“Awek mana pula? Aku mana ada awek."

“Yelah tu, takde. Orang muka kalau dah handsome ni, tipu sangat lah takde. Cuba kau pergi mana-mana. Bersepah perempuan follow kau, siap buat bunyi cencurut lagi. Silap haribulan bukan perempuan je sibuk sukakan kau. Perempuan jadian pon bersepah apa." Leeya melepaskan tawa dengan kuat. Dia membayangkan lelaki itu dikelilingi dengan golongan mak nyah. Habis muka handsome itu dicium. Euuuuu!

Naufal hanya tersenyum. Dia turut membayangkan wajah comel gadis itu sedang ketawa. Sememangnya gadis itu memang happy go-lucky. Rindunyaa.
“Sampai hati kau doakan aku yang bukan-bukan. Andai katalah doa kau termakbul. Rugi kau Leeya. Kempunan nak rasa tubuh aku yang hot lagi sado ni. Lemak berkrim"

Terbuntang mata Leeya mendengarnya. Eh, laki ni memang sengallah. Nak kena ni. “Kau cakap apa? Oh god! kau boleh dak cakap benda yang senonoh sikit waktu pagi-pagi ni. Eh, apa ni. Geli doh." Naufal Melepaskan tawa. Dalam hatinya dia berkata. ‘Eleh, geli konon. Macam lah dia tak tahu bila dia pakai baju fit sikit, mahu ternganga mulut gadis itu. Itu baru baju fit, kalau dia buat aksi yang agak terlarang. Hermm, bagaimanalah reaksi gadis berwajah pakistan itu.

“Apa pula. Ohh, kau kenakan aku boleh? Aku kenakan kau balik tahu pula menggelabah."
“Mana aku menggelabah. Kau jangan nak fitnah eh. Fitnah tu berdosa besar, tahu tak?" Leeya menjawab spontan. Nasi goreng dikuis sedikit.
“Ohhh, tak nak mengaku, eh? Takpe. Kita tengok kejap lagi."
“Kau merepek apa ni?"
“Takde apa."
“Hek eleh.."
“Kau buat apa tu?"
“Makan..."
“Makan apa? Suap sikit."

“Eh, jangan nak mengada. Masak lah sendiri." Leeya mengomel di dalam hati. ‘Nak suruh aku suap engkau. Jangan, kang kalau nervous aku datang, bukan setakat suap je tau. Dengan sudu- sudu tu aku sumbat dalam mulut kau. Menggigil punya pasal.'
“Leeyaaa....." Panggil Naufal dengan nada manja. Tiba-tiba mendapat idea. Ingin menyakat gadis itu. Leeya sudah kembang kempis hidungnya menahan rasa. Hanya kedengaran “Hermm.." gadis itu menjawab. Kemudian dia meneruskan suapan. Tiba-tiba...
“I love youu."

“Pruhhh!!.." Habis tersembur keluar nasi yang berada di dalam mulutnya. Tiada langsung baki. Spontan dia batuk berkali-kali. Dia menepuk-nepuk belakang lehernya sebelah tangan lagi mengurut dada. Air mineral di dalam botol kecil ditogok rakus. Basah pon basah lah baju ni, jadi dia tak tercekik lama.
“Leeya... Leeya? Are you okey? " Naufal bertanya kalut. Rasa bersalah mula terasa. Tidak sangka Leeya akan terkejut sampai macam itu sekali. Dia meraup muka berkali-kali. Menyesal tidak sudah.
“Leeya, I'm so sorry Leeya. Tak sengaja."  Ujarnya lagi.

Leeya yang sudah lega sedikit itu menyapu air mata yang mengalir dengan kasar menggunakan hujung bajunya. Merah mata dan hidung mancung gadis itu. Tersedak nasi, bai. Gila tak pedih.
“Kau ni kenapa? Nak bagi mati aku ke apa? Kalau ye pun, nak suruh aku mati. Tak payah bagi aku tercekik dengan makanan. Tikam je aku dengan pisau rambo. Bagi tragis.  Ini rezeki tahu tak? Pantang betul aku orang main-main dengan makanan  ni." Leeya sudah mengamuk.

Entah kenapa dia rasa sakit hati sangat. Lelaki itu memang tidak pernah serius! Dia menogok lagi air di dalam botol.
“Aku minta maaf, Leeya. Aku tak sengaja. Aku tak bermaksud nak buat kau tersedak. Aku minta maaf, Leeya."
“Pergi mati lah dengan maaf kau tu. Spoil mood aku jelah kau ni. Dah lah, buang masa aku je."

Dia baru berura-ura mahu mematikan panggilan pantas Naufal mencelah.
“Okay, okay.. Kalau kau tak boleh maafkan aku lagi buat masa ni. Jom, aku bawa kau pergi hospital. Aku pergi rumah kau sekarang. Cepat siap!"
“Buat apa nak pergi hospital?"
“Hantar kau lah. Aku takut ada nasi terlekat dalam tekak kau."

Leeya sudah merengus. Sudahlah buat tekak dia sakit, pulak tu suka hati mak sedara dia je nak arah ikut-ikut suka. Bagi alasan entah apa-apa. “Kau ni dah biol ke apa? Mana ada orang pergi hospital sebab tersedak nasi. Tak pernah dibuat orang. Lagipun aku dah, okay. Kau jangan nak malukan aku, eh. Aku benci kau! Assalamualaikum.." Dia mematikan talian. Bukan itu saja, habis telefon bimbitnya dicabut bateri. Tidak mahu lelaki itu menghubunginya. Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir. Sampai hati lelaki itu memainkan perasaannya. Ingat lawak ke main dengan soal hati ni?

Naufal berjalan mundar mandir di dalam bilik. Sungguh, dia rasa menyesal. Bukan niatnya mahu menyakat gadis itu dengan berkata demikian. Lain yang dirancang lain pula jadikan. Dia akui, dia sudah jatuh cinta dengan Leeya. Tapi, bukan masa terdekat ini, dia mahu luahkan rasa itu. Sebaliknya, dia mahu mereka benar-benar rapat. Mahu wujudkan keserasian antara mereka. Namun, dia telah merosakkan segalanya atas kecuaiannya.

Dia cuba menelefon gadis itu lagi. Tetapi, panggilannya ditolak. Naufal semakin risau. Diharus lakukan sesuatu. Yeah! Projek memujuk akan dijalankan. Tunggu ye, Leeya sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience