Bab 35

Humor Series 9998

Dato Roslan mengalirkan air mata. Dia meneliti wajah anak menantunya. Ketika itu mereka berada di gazebo di luar villanya. Leeya dan Naufal yang segak berpakain pengantin putih bersih. Sama cantik dan sama padan. Pertama kali, dia melihat wajah Naufal Zariff hatinya telah tertawan. Dia mengimpikan mahu lelaki kacak itu menjadi menantunya. Ada sesuatu yang menarik minatnya terhadap lelaki itu.

Bukan disebabkan rupa parasnya namun, kerana sikapnya yang jujur dan menghormati tidak kira siapa orang itu. Sesuatu luar biasa berlaku, tidak lama kemudian. Anaknya sendiri yang membawa pulang jejaka itu ke rumah dan diperkenalkan sebagai bakal suaminya. Dato Roslan gembira tidak terkata. Doanya dimakbulkan. Terima kasih, Ya Allah!

Dato Roslan memegang erat tapak tangan kasar milik Naufal. Dia tersenyum senang. "Walid gembira sangat hari ni. Walid rasa walid lah orang yang bahagia. Doa walid dimakbulkan Allah. Terima kasih Naufal. Kerana sudi menjaga anak walid. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya."
"Alhamdulillah walid. Saya janji dengan walid saya akan jaga Leeya Farahin dengan baik macam saya jaga nyawa saya sendiri. Saya berterima kasih dengan walid sebab sudi terima saya masuk dalam keluarga ni."

"Walid terima Naufal kerana Naufal orang yang baik. Walid tahu Naufal boleh jaga Ain. Tolong jaga dia, jangan jadi macam walid ye, nak. Jangan ikut perangai buruk walid ni." Dato Roslan mengesat air mata dan memeluk tubuh sasa itu.

Wajah Leeya juga masih basah dengan air mata. Pandangan matanya dengan mata tua itu berlaga. Dia melemparkan senyuman. Walidnya membalas dan memegang telapak tangan lembut milik Leeya.
"Ain...." Lembut sahaja suara itu.
"Walid tahu Ain tak suka walid panggil Ain sama macam ummi Ain panggil. Tapi, walid teringin sangat sebut nama ini. Terasa diri Ain dekat sangat dengan walid. Izinkan walid ye, nak?"

Leeya mengangguk lemah. Dia terkelu untuk menjawab.
"Selama ni walid abaikan Ain. Walid tak pernah ambik tahu pasal diri Ain. Banyak dosa walid dengan Ain. Maafkan walid nak."Leeya memandang sayu wajah tua itu. Dia mengesatkan air mata. Hidung dan mata sudah merah.

Naufal memandang sahaja dua beranak itu dengan perasaan sedih. Entah kenapa dia juga seperti isterinya, tidak sedap hati. Dato Roslan mengeluarkan salinan surat dan disuakan kepada Leeya. Gadis itu mengerutkan wajah sambil memandang walidnya.

"Ini adalah salinan surat pelantikan Ain sebagai pemegang saham terbesar di Roslan Holdings Corperation. Surat original ada pada peguam walid. Walid serahkan syarikat kepada Ain. Harap Ain sudi pemberian tak seberapa ini. Hanya itu sahaja hadiah yang mampu walid hadiahkan sempena majlis nikah Ain. Maafkan walid, nak jika ada apa yang kurang. Walid gagal menjadi bapa yang baik selama ni."

Leeya tidak dapat menahan perasan. Dia memeluk erat tubuh tua itu. "Walid... Maafkan Ain."
Dato Roslan terpempan, dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya selama ini. Anak yang membenci dirinya, kini sudah sudi memanggilnya dengan panggilan walid. Dia memandang ke arah menantunya. Naufal mengangguk seraya tersenyum.

"Ain minta maaf walid. Walid dah banyak kali minta maaf dengan Ain. Tapi, Ain ego. Ain menyesal walid. Ain tak perlukan harta ni. Walid ambillah. Yang Ain perlukan sekarang ni ialah walid. Ain sayangkan walid."

Dato Roslan menepuk belakang anaknya supaya bersabar. "Ain.. Walid sayangkan Ain juga. Sangat-sangat sayangkan Ain. Pemberian ini tidak seberapa nak dibandingkan dengan dosa yang walid dah lakukan pada Ain. Ambiklah Ain ini semua harta Ain juga. Ain pewaris walid, nak."

"Ain nak buat apa, walid? Ain tak pandai. Ain takde pendidikkan dalam hal syarikat semua ni. Ain taknak business yang walid uruskan selama ni, hancur berkecai di tangan Ain."
"Jangan risau, anakku. Walid dah fikirkan segalanya. Walid juga ada serahkan saham kepada Naufal. Harap Naufal bersedia membantu Ain itu uruskan syarikat itu."

Naufal terkejut. Tidak sangka bapa mentuanya itu dalam diam-diam mengatur rancangan. Dia berasa serba salah. "Walid.. Saya kahwin dengan Leeya bukan sebab nak kan harta walid. Bukan ini niat saya. Saya harap walid faham."
Dato Roslan tersenyum mendengar luahan hati anak muda itu. "Terima semua ini dengan tenang, nak. Walid ikhlas menghadiahkan kamu berdua.

Harta pusaka walid tidak dapat bawa masuk ke kubur. Walid tak ada pewaris lain, hanya kamu berdua saja yang boleh membantu walid." Dia menepuk bahu menantunya.
"Ain... Sudi tak Ain terima hadiah walid yang tidak seberapa ini?" Dato Roslan memandang anaknya dengan penuh pengharapan.

Leeya memandang ke arah suaminya. Naufal hanya tersenyum. Menyerahkan saja Leeya untuk membuat keputusan.
"Ain sudi.."
"Alhamdulillah..." Dato Roslan mengucapkan kalimah syukur. Dicium dahi anaknya.
"Terima kasih banyak-banyak, Ain. Baru lapang hati walid. Seandainya Allah ingin mencabut nyawa walid ketika ini. Walid redha." Dia berucap tenang.

Leeya mengalirkan air mata. Naufal sudah tidak sedap hati. Dipegang bahu bapa mentuanya.
"Walid cakap apa ni? Walid okay, tak?" Lembut sahaja dia bertanya.

Dato Roslan tidak menjawab. Dipandang wajah anak menantunya. Lama. "Jaga Ain baik-baik. Jaga dia seperti nyawa Naufal sendiri.." Naufal hanya mengangguk. Dia turut menitiskan air mata. Naufal dahagakan kasih sayang seorang bapa sebenarnya. Dari kecil dia pendam perasaan ini. Hanya dari Puan Kalsom sahaja dia merasa kasih sayang dari seorang ibu.

Mereka hanya membesar di rumah anak-anak Syria. Tiada siapa ingin membela mereka. Tinggallah mereka berdua di situ sampai besar. Sebab itulah dia sangat kasihkan bapa mentuanya ini.
"Leeya jangan derhaka dengan suami ya, nak? Lepas ni, hanya suami sahaja syurga Leeya. Andai Leeya dan Naufal dikurniakan anak. Jaga anak kamu berdua baik-baik. Jangan hampakan perasaan anak itu. Waktu itu, walid sudah tiada. Walid..."

Leeya cepat-cepat memotong. "Apa yang walid cakapkan ni? SubhanAllah, walid. Ingat Allah. Walid takkan ke mana-mana..." Dato Roslan mengesat hidung. "Maafkan walid.." Leeya memandang wajah Naufal, lelaki itu juga turut melakukan hal yang sama.

Tiba-tiba Dato Roslan melepaskan nafas yang cukup kuat. Dadanya terasa amat sakit, segera dipegang dada itu. Pandangannya terasa amat kabur. Leeya sudah menjerit memanggil namanya berkali-kali. Naufal juga sudah seperti cacing kepanasan. Segera menenangkan isterinya yang sudah seperti histeria itu. Leeya tidak layan.

Dia memangku kepala walidnya yang tiba-tiba rebah ke bumi. Nasib, Naufal cepat-cepat menahan tubuh tua itu sebelum terjatuh. Orang ramai mengerumuni mereka. Leeya menjadi semakin panik apabila Naufal tiba-tiba mengajar walidnya membaca syahadah di telinga kanan. Dato Roslan bernafas tercungap-cungap, dengan matanya yang terbeliak ke atas.

Tangan tua itu cuba menyentuh raut wajah Leeya dengan terketar-ketar. Leeya terpempan apabila tiba-tiba tangan Dato Roslan jatuh semua ke tanah tidak sempat menyentuh pipinya.
"Walidddddddddddd!!!!!" Leeya menjerit sekuat hati. Dia sudah tidak hiraukan orang disekelilingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience