Terkulat-kulat Naufal melihat ke wajah isterinya. Fuhhh, kena sembur air dengan bini bhai! Nasib sayang.
“Sayang apa ni???" Naufal memuncungkan bibir manakala Leeya sudah terkocoh-kocoh mengambil beberapa helai tisu du atas meja lantas mengelap wajah suaminya. “Alamak, sorry-sorry tak sengaja. Tulah bie, siapa suruh cakap benda-benda merepek. Dah tahu orang tengah minum."
“Hurmm... Apa punya nasib, asyik kena sembur je." Dia melayangkan wajah sedih. Leeya yang sedang memegang wajahnya menahan gelak.
“Sorry bie. Dah-dah jom basuh muka. Dah bau teh dah muka tu." Leeya mahu bangun dari duduk sambil menarik tangan jejaka iti namun Naufal menariknya semula agar duduk kembali.
“Sayang....."
“Yee?" Naufal membelai manja wajah isterinya. Leeya hanya memandang.
“Thanks for everything..." Dia menarik nafas perlahan, tangan Leeya digenggam sebelum menyambung.
“Thanks sebab terima bie, sudi jadi isteri bie, sudi jaga anak-anak ni, thanks sebab izinkan ummi dan Chombi tinggal sini. Segala kebaikan sayang, bie tak akan mampu membalas. Bie bertuah sangat dapat beristeri macam sayang ni. Thank you, I love you so much, sayang." Tangan Leeya dibawa ke bibir lalu dikucup mesra.
Leeya tersentuh hati mendengar kata-kata suaminya itu. “Bie.. Sayang yang sepatutnya terima kasih dekat bie. Sebab bie dah menyedarkan sayang dari sikap dendam dan benci dekat arwah walid. Bie dah berjaya curi hati sayang, sedarkan sayang atas nikmat bahagia di dunia ni. Pasal kehadiran anak-anak tu, sayang bersyukur sebab bie pertemukan diorang dengan sayang.
Bie tahu tak, first time sayang jumpa diorang, sayang dah mula rasa sayangkan diorang. Anak-anak tu takde keluarga, jadi sayang tak kisah kalau sayang pun turut sama-sama dengan bie agar jaga diorang. Pasal ummi dengan Chombi. Sayang seronok sangat kenal diorang. Diorang baik. Ummi tu sayang dah anggap dia macam ummi sayang sendiri, bie. Lagi pun, rumah ni besar. Kalau harapkan kita je tinggal sini. Memang krik-krik lah cerita dia." Ujar Leeya panjang lebar.
Sejujurnya dia tidak kisah, membawa mereka tinggal di villa peninggalan arwah walidnya ini. Dia seronok sangat, dapat membantu golongan ini. Entah kenapa, di saat anak-anak ini memanggilnya dengan gelaran mama dia merasakan itu benar anak-anaknya. Perasaan bangga dan bahagia sentiasa mekar di hatinya. Syukur ya Allah.
Naufal mengucup perlahan dahi Leeya. Dia memeluk tubuh montok itu seketika. “Alhamdulillah, sayang. Bie janji dengan sayang bie akan jadi suami yang baik untuk sayang. Bie akan selalu hiburkan hati sayang. Bie takkan sia-siakan sayang seperti mana yang bie dah janji dengan walid. Bie janji bie akan jadi the best father ever untuk anak-anak kita." Leeya tersenyum.
“In Sha Allah, sayang pun akan berusaha perbaiki diri sayang. Sekarang kita dah ada anak-anak. Tak salah kalau kita berubah untuk menjadi yang terbaik. Kita bukan budak-budak lagi." Jambang halus suaminya dibelai manja.
Naufal menangkap pantas tangan Leeya. Dia juga turut membelai wajah itu. Disentuh hidung wanita itu dan perlahan-lahan ke bibirnya. Dia mencium bibir munggil itu lama. Naufal tersenyum apabila Leeya turut membalas. Rambut suaminya dicengkam. Dia mendesah. Naufal mencium pula bahagian leher putih Leeya. Dia membiarkan saja.
Sedang mereka berasmara, tanpa sedar Nabil turut menyaksikan adegan romantik itu. Dia baru sampai pagi tadi di rumah Leeya selepas habis kelas. Diambil salah satu kusyen kecil lantas dia membalas ke arah pasangan itu. Mereka yang terkejut serentak menghentikan tindakan dan memandang ke arah Nabil.
“Dah macam takde tempat lain ke nak romen?" Ujar Nabil sambil mencebik. Jelous!
Manakala Naufal menayangkan wajah selamba. Diambil balik kusyen kecil tadi lantas membaling semula ke arah Nabil. Malah, sempat lagi dia mencium pipi Leeya. Leeya menjeling.
“Sibuk pehal? Kau nak juga ke? Meh aku kiss."
“Eeee .. Bangang kau, bang. Gay ke kau ni? Tak kuasa aku. Ni haa, kemain romantik korang ni. Kang dinampaknya budak-budak tu mampos kau nak jawab."
“Alaa, kau jaga lah diorang. Jangan kasi datang sini."
“Kau ingat aku security?"
Leeya hanya ketawa melihat perangai adik-beradik itu. Dua-dua sama sahaja sengalnya. Tak mau kalah! Leeya memandang wajah Nabil yang berbaju putih berbelang lantas menyoal
“Bil.. Mana budak-budak?"
“Ada dekat atas. Bil ada beli permainan baru. Itu yang semua melekat dalam rumah tu." Balasnya kepada kakak iparnya itu. Walaupun, Leeya tua dua tahun sahaja darinya namun tetap memanggil kakak. Dah pangkat kan, tapi sebenarnya abang dia yang suruh. Leeya pun tak kisah nak panggil apa pun. Leeya ni sporting habis. Bukan macam lelaki sorang tu! Huhu.
“Kau ni, Bil. Tak habis-habis belikan game. Beli buku ke benda-benda berfaedah takpelah juga." Naufal menggeleng dengan perangai adiknya itu. Suka layan melayan kerenah budak-budak tu yang bukan-bukan.
“Alaa kau ni pun. Biarlah budak-budak tu nak main. Takkan kau nak sumbat je buku dekat diorang setiap masa. Memang lah kau nak diorang tu jadi pandai macam aku ni. Tapi, kesian dekat diorang samalah. Kalau bukan aku yang layan, kau bukan nak beli. Takde masalah pun lah. Kau ingat aku takde duit ke?" Nabil melabuhkan duduk di sofa single. Sempat lagi dia angkat bakul puji diri sendiri. Karipap yang ada di dalam pinggan dicapai satu. Ermm.. Sedap ummi buat!
“Haa, yelah duit kau. Tapi, dari duit aku jugak yang kau pau tu. Kau mana kerja." Bidas Naufal kembali.
“Kedekut!" Nabil menjeling Naufal. Geram dengan abangnya. Apa yang dia buat semua tak kena. Membebel macam nenek! Rasanya lepas kahwin ni, penyakit bebelism dia makin teruk.
Leeya pula hanya menggaru kepala. Memang nak kena berlaga kepala dua ekor ni. Asyik bergaduh sahaja. Naik pening dia yang tengok ni. “Aishhh korang ni. Kalau jumpa asyik nak gaduh je. Akak blah dulu lah, Bil."
“Eh, sayang! Nak pergi mana?" Naufal menahan saat melihat isterinya sudah bangun dari duduk.
“Nak gi dapur. Lepas tu, nak tengok budak-budak tu kejap ajak makan. Bie sambung balik lah gaduh tu dengan Nabil." Dia melangkah masuk semula ke dalam rumah. Nabil sudah tersengih-sengih memandang abangnya. Naufal mengecilkan mata.
“Pahal kau? Sawan gelak lagi ke?"
Terus tercetus tawa Nabil.
“Mengada gila kau ni. Sampai kak Leeya dah tak boleh nak pergi mana. Asyik nak berkepit je."
“Eh, kau belum kahwin baik kau diam. Hanya orang yang kahwin je yang tahu nikmat berkepit dengan bini tu macam mana." Naufal mengembang kempiskan hidung. ‘Eleh, macam bagus je mamat ni! Kutuknya dalam hati.' Karipap di dalam pinggan diambil lagi.
Share this novel