Bab 3

Humor Series 10089

?DATO ROSLAN?

Leeya meneliti satu per satu novel di ruangan yang disediakan. Ketika itu dia berada di kedai buku sekitar pusat membeli belah terkemuka di KL, Sogo. Sudah lama dia tidak menghabiskan masa lapangnya membaca novel kerana sibuk. Jadi, hari terpaksa juga ke sini. Itu pun , selepas Annisa memberitahunya di kedai buku ini ada promosi dua puluh peratus senaskah.
            
Kalau tidak jangan harap nak beli. Baik dia seludup saja koleksi novel lama Annisa yang lama untuk dibaca semula. Perempuan itu memang hantu novel. Dekat rumah saja ada dekat dua biji almari. Fuhh, bukan dia lah nak kumpul banyak-banyak macam tu. Baik dia beli makanan ke cikedis ke lagi boekk! Cis, kau ni memang kedekut lah, Leeya!
             
Sedang dia ralik membaca sinopsis novel inggeris berjudul ‘Lake+Manning' karya Jessica Hawkins, tanpa dia sedar seseorang sedang mendekatinya  dari arah belakang dan tiba-tiba....

“Ain...." Leeya tersentak. Novel ditangannya hampir terjatuh. Ain... Farahin..
Tiada seorang pun mana-mana insan yang mengenalinya memanggil dirinya dengan nama itu. Melainkan.... Ummi? Tapi, itu suara lelaki. Siapa?
              
Perasaan ingin tahu terus menebal di hatinya. Perlahan dia berpusing. Dia tersentak lagi. Ya Allah. Kenapa engkau pertemukan dirinya dengan manusia yang pernah membuangnya suatu ketika dulu. Sesungguhnya dia tidak kuat. Perasaan marah yang tiba-tiba hadir dia tahan. Nafasnya terhenti. Entah kenapa dia seperti orang bodoh tak tahu macam mana nak bernafas.
“Ainn...."

Lelaki itu memanggil lagi setelah gadis itu kelihatan terpaku.
Leeya resah. Namun, dia mengawal riak wajahnya. Dia mengumpulkan tenaga. Dia tidak boleh kelihatan lemah. Seketika dia bertanya dengan suara yang menjengkelkan.
“Apa dato nak dari saya?"
               
Dato Roslan memejam matanya seketika. Dato? Kenapa dirinya berasa pedih saat anak kandung dia sendiri memanggilnya begitu. Terasa dirinya terlalu jauh dengan anak ini. Kenapa dato? Kenapa tidak ayah, papa ataupun daddy? Aku ayah kandungmu nak. Engkau anakku.
“Ain, maafkan walid." Leeya memekakkan telinga.

“Ain..." Dia bersuara lagi.
“Stop it, dato. Jangan sesekali dato panggil sayang Ain. Panggilan tu untuk ummi saya seorang. Bukannya untuk dato ataupun siapa je yang kenal dengan saya." Leeya membalas kasar. Orang ramai yang berada di kedai itu memandang pelik. Leeya tidak ambil pusing.
“Ain, please. Dengar dulu apa yang walid nak cakap ni" Dato Roslan merayu.
             
Leeya akhirnya mengalah. Dia  meletakkan semula novel ditangannya tadi ke tempat asal. Kemudian dia mengatur langkah keluar dari kedai itu. Dato Roslan hanya membuntutinya sahaja. “Apa yang dato nak cakap, tolong cakap sekarang. Saya takde masa." Ujarnya sambil berpeluk tubuh. Sungguh dia tidak suka dengan situasi sekarang. 
“Ain... Please, jangan panggil walid dengan panggilan dato. It's really hurt me. Ain anak walid. Panggil walid, nak. Walid..."
               
Leeya merengus. Kemarahan sudah sampai ke puncak. Matanya mencerlung memandang bapanya. “Dato fikir dato punya sakit je, kan? Saya punya sakit ada dato peduli? Suka hati sayalah saya nak panggil dato apa. Masa saya kecil. Saya ada je panggil dato dengan panggilan walid. Tapi, ada dato peduli ke? Tak, kan? Dato buat bodoh je, kan masa tu? Habis sekarang bila saya dah besar. Saya dah dewasa kenapa tiba-tiba nak suruh saya panggil walid? Tak jijik ke dato?"
                
Dato Roslan melepaskan keluhan. Anaknya terlampau berdendam dengannya. Sudah puas dia pujuk. Namun, Leeya masih tidak mahu memaafkannya. Dia sedar, itu salahnya. Langsung tidak melayani anaknya itu dengan kasih sayang yang sewajarnya selepas kematian arwah isterinya, Jamia Al- Khaleed, seorang wanita cantik berketurunan Pakistan ibu kepada Leeya Farahin.
                 
Dia lebih mementingkan anak-tirinya dari darah dagingnya sendiri. “Ain.. Walid minta maaf sangat-sangat, nak. Walid sedar dulu walid terlampau ikutkan perasaan sampai walid abaikan Ain. Walid...."
“Ikutkan perasaan ke ikutkan cakap orang?" Leeya memotong. Dia sudah muak dengar ayat yang sama.
“Ain.. Dengar apa yang walid nak cakap dulu." Leeya menayangkan wajah bosan.
                 
Kemudian, Dato Roslan menyambung lagi. “Sebenarnya dah lama walid nak bercakap dengan Ain tentang hal ni. Tapi, Ain selalu mengelak untuk jumpa dengan walid. Walid nak ajak Ain kerja dekat office walid. Walid nak Ain jadi CEO.

Jawatan yang patut Ain pegang.“
“What??" Leeya kematian kata. Sudah dia agak. Bapa dia mesti ada sesuatu yang direncanakan.
“Jadi ni lah sebab dia kenapa dato intip saya ke mari? Sanggup cemar duli semata-mata alasan bodoh ni? "

“Ain...."
“Ingat saya bodoh ke? Dato pasang spy kan untuk intip saya? Saya pergi mana, saya buat apa, saya berkawan dengan siapa, semua dato nak tahu. Apa masalah dato sekarang ni?"
“Ain... Dengar dulu apa yang walid nak cakap ni."
“Dato nak cakap apa? Apa saja yang keluar dari mulut dato. Ummi saya takkan hidup semula. Sebab dato lah ummi saya mati!"
         
“Ain!!" Tidak semena-mena Dato Roslan menjerkah Leeya. Dia tidak sengaja. Barangkali tidak tahan dengan keceluparan mulut gadis itu. Leeya kelihatan terkejut. Dia tahu dia sudah  bersikap kurang ajar dengan walidnya.

Namun, itulah kebenarannya. Umminya, mati disebabkan sikap lelaki tua ini.
“Maafkan walid. Tolong walid, Ain. Stay with me. Tolong jaga company walid."
Dia masih mengharapkan kata-kata persetujuan dari anaknya itu.
“No, dato. Jangan paksa saya buat benda yang dato dah tahu jawapannya."
             
“Ain.. Ini semua untuk kebaikan Ain juga. Ain tak teringin ke nak merasa duduk atas kerusi empuk, sandang jawatan besar, jadi boss? Ain tak nak ke orang tahu yang Ain ni anak Dato Roslan, salah seorang jutawan dekat Malaysia ni? Sampai bila Ain nak bawa grab? Macam orang bodoh cari customer sana sini semata-mata nakkan duit"
                
Air mata yang mengalir di tubir mata ditahan.Leeya memendam rasa. Bapanya itu tidak habis-habis dengan perasaan bongkak.Hina sangat ke pekerjaan dia? Dia tidak meminta sedekah bahkan rezeki yang dicarinya halal. Dia tersenyum sinis.
“Saya tak pernah hadap nak jadi anak jutawan.

Saya tak pernah berangan nak duduk atas kerusi empuk. Saya selesa dengan kerja saya sekarang. For your information, dato. Saya tak pernah kacau orang. So, dato jangan kacau saya lagi. Stop pasang spy dekat saya. Saya ada life saya sendiri. Sebelum betul-betul saya benci dato."
                    
Selesai berkata dia terus meninggal lelaki tua itu bersendirian. Panggilan dari lelaki itu tidak dihiraukan. Air mata yang tadinya bertakung akhirnya mengalir juga. Sungguh dia tidak kuat menanggung segala duka ini. Dia perlukan seseorang. Ya, dia rindukan umminya. Ain, Leeya rindukan ummi. Ain tak nak orang lain. Ain nak ummi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience