Bab 50

Humor Series 9998

“ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA 'ALAS-SALAH.
HAIYA 'ALAL-FALAH.
QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH....”

Sayup-sayup kedengaran suara Naufal beriqamat. Dengan perlahan Naufal mengucup pipi tembam kemerahan anaknya. Lufya Naura yang dilahirkan normal dengan berat 3.5 kg di Prince Court Hospital tepat pukul 4:30 petang. Seakan terngiang-ngiang lagi suara tangisan bayi buat pertama kalinya semasa dia berada di labour room menemani isteri tercinta.

“Assalamualaikum anak papa. Akhirnya baby selamat juga keluar dari perut mama. Baby papa ni comel sangat. Semoga anak papa menjadi insan yang baik pada agama, keluarga dan semoga anak papa menjadi anak yang solehah. Dapat bahagiakan kami, ye sayang? Mama and papa love you so much!" Dicium lagi pipi anaknya sebelum diletakkan di atas pangkuan Leeya yang tersandar lemah di kepala katil hospital. Naufal turut duduk bersebelahan isterinya.

“Sayang mama.." Leeya turut mencium wajah anaknya. Seketika si kecil itu menguap, Leeya ketawa kecil.
“Comelnya dia..."
“Comel macam mama dia juga..." Naufal berbisik dengan nada romantis di telinga Leeya yang dilapik tudung berwarna krim.
Meskipun, wajah isterinya pucat tetapi tidak bermakna isteri tidak cantik. Yaa, dia akui isterinya amat cantik.

“Eleh.. Yelah tu! Bie... Umie ikut tak?"
“Ikut. Tapi, tadi ummi call Asyraff ambik. Ummi cakap sayang lepas bersalin kena makan pantang. Ummi takut diorang masak ikut suka je. Takut tak sedap. Dia nak sayang cepat baik, cepat bie boleh guna." Naufal menambah ayat di hujung.
“Yeke.. Susahkan ummi je, bie."
“Takpe.. Ummi lagi suka kalau sayang makan apa yang dia masak. Kejap lagi ummi post dekat Nabil suruh hantar makanan." Leeya tersenyum. Tangan kanannya memegang tangan Naufal dengan erat.

“Terima kasih sayang.. Sayang dah bertarung nyawa dalam labour room tadi. Bie dapat lihat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirnya anaknya. Anak kita memang baik sayang. Doktor kata anak kita senang dilahirkan. Dan bie berjanji dengan sayang. Bie bersumpah  akan jaga, pertahankan rumah tangga kita ni dengan sebaik-baiknya. Bie sayangkan isteri dan anak-anak bie." Selesai berkata dia mencium dahi isterinya penuh kasih.

“Dah jadi tanggungjawab sayang sebagai seorang isteri melahirkan zuriat untuk suaminya, bie. Sayang bersyukur dapat suami yang sebaik bie. Semoga ikatan rumahtangga kita kekal hingga ke akhir hayat." Balas Leeya sambil memandang ke arah mata suaminya.
“Amin, until jannah ye, sayang?" Naufal tersengih nakal.
“Ye, bie. Until jannah."

Dengan perlahan Naufal merapatkan bibirnya ke bibir Leeya. Mereka bercumbuan mesra sambil Leeya menggendong bayi mereka, Lufya Naura. ‘Lepas bersalin pun, dia boleh wangi lagi. Haishh, dugaan... Dugaan...' Hati Naufal berdetik. Sedang mereka melayani asmara kasih mereka, pintu bilik diketuk dua kali. Tidak semena-mena wajah Nabil muncul di wad persendirian Hospital Prince Court itu.

“Ma Sha Allah, sister. Apa korang buat ni?"
Serentak Naufal dan Leeya berpaling ke arah jejaka muda itu. Bukan Nabil saja yang ada, Arsyad dan Annisa pun ada sekali. Diikuti dengan bayi kembar mereka, Aisy Mateen dan Aisy Maleeq. Secara tidak langsung mereka bertemu di lif hospital dan terus ke sini sekali. Tak pasal-pasal dah kantoi. hahaha.

Dilihat Arsyad dan Annisa sedang mengdukung anak mereka seorang satu, manakala, Nabil membawa banyak hadiah. Penuh tangannya, pasti itu dari pemberiannya dan juga Arsyad.
Naufal bangun dari duduk. Kata-kata Naufal tidak diperdulikan. Dia menyalami Nabil dan Arsyad. Si kecil Aisy Maleeq di dukungan Arsyad sempat dicium manja. Kemudian dia menggendong anak angkatnya itu.

“Congrats, bro. Finally, you're papa now!" Arsyad memeluk tubuh sasa sahabat sejatinya itu. Naufal ketawa kecil.
“Thanks, bro. Aku pun macam tak percaya dah jadi bapak budak."
“Apa pula tak percaya. Bini kau dah sembilan bulan usung perut kot." Serentak mereka ketawa. Naufal mengalihkan padangan ke arah isterinya yang kusyuk berbual dengan Annisa. Ketara betul wajah sakit isterinya.

“Mak kirim salam dekat kau dengan Naufal, weh. Dia tak boleh datang. Rumah mak saudara aku ada kenduri kahwin." Ujar Annisa yang nampak sopan dengan blausnya yang berwarna hitam.
“Wa'alaiki Wa'alaihassalam.. Takpe, aku faham. Eh, kalau kau nak balik johor bagitau aku tau. Nak kirim barang dekat mak. Naufal ada belikan something masa dia pergi Jakarta hari tu."
“Untuk mak je ke? Untuk aku?"
“Mak je. Kau selalu dah pergi oversea dengan laki kau." Annisa ketawa.

“Comel lah, Naura. Nak macam muka kau pun ada. Macam muka Fal pun ada." Leeya ketawa kecil.
“Biasa lah. Mestilah muka ikut mama dengan papa dia, kan."
“Ermmm... Tak semestinya. Budak kembar ni haa, pergi mana je mesti orang kata muka ikut bapa. Muka ikut bapa. Kadang-kadang aku fikir juga, huduh sangat ke aku ni. Penat-penat aku beranak, takde seorang pun kata muka macam aku. Tahulah bapak diorang handsome."

Leeya yang baru mahu ketawa kuat, cepat-cepat ditahan. Terasa macam ngilu di kemaluannya. Wajahnya berkerut.
“Alaa, rileks lah. Budak-budak ni muka berubah-rubah. Sekejap muka lain, sekejap muka lain. Normal lah."
“Yelah. Tapi, aku geram betul dengan si Naura ni tau. Comelnya.." Diletakkan Aisy Mateen bersebelah Leeya, lantas diambil pula Naura. Pipi bayi yang masih merah itu dikucup perlahan.

“Sama lah. Aku pun geram dekat dua ketul ni. Alaaa, Mateen sayang mama. Makin debab awak, ye?" Leeya mencium pipi gebu Aisy Mateen membuatkan bayi itu ketawa. Leeya dan Annisa turut ketawa melihat gelagat Aisy Mateen.
“Jaga-jaga, Yaa. Budak ni makin lasak ni."
“Takpe, mama rindu dengan anak mama ni. Anak mama Mateen ni baik, kan?" Dicium lagi wajah comel itu.

“Cantiknya bang, bilik ni. Ini kalau aku sakit pun sanggup duduk hospital. Dah macam istana." Kata Nabil yang baru keluar dari tandas.
“Yeke sanggup? Tapi, dekat sini walaupun cantik macam mana pun kau kena cucuk tau." Sengaja mengusik Nabil yang dari kecil lagi takutkan jarum suntikan. Fobia katanya.
“Yeke? Tak kisah. Janji doktor dengan Nurse dekat sini cun aku on je." Nabil cepat-cepat melangkah ke arah Leeya saat Naufal mengacah mahu menumbuknya. Tahu takut!

Nabil mengamati wajah anak saudaranya di dalam dukungan Annisa. Dia tersengih. “Comel sayang paksu ni. Kak, apa nama ni?" Annisa menyerah bayi itu kepada Nabil. Nabil mencium anak buah kandungnya dengan perlahan. Nampak kaku perlakuannya. Biasalah, dia mana biasa pegang bayi masa lahir.
“Boleh ke?" Tanya Annisa.
“Boleh, kot. Hehe." Nabil menggengdong dengan berhati-hati. Cuak jugak!
“Lufya Naura. Sedap tak nama dia?"
“Sedap. Naura! N tu mesti stands for Nabil, right?"

“Banyaklah, kau. Naufal lah. Kan ke jauh bunyinya Naura dengan Nabil?" Sampuk Naufal tiba-tiba.
“E'eleh.. Sibuk je. Takpe, nanti anak korang yang kedua letak nama sama dengan aku pula, eh? Nabila ke? Cun jugak!"
“Sibuk je, nak suruh anak orang nama sama dengan dia. Kahwin lah, Bil. Anak kau nanti letaklah nama sendiri." Arsyad pula bersuara. Dia pun agak rapat dengan Nabil Zaheem.

“Kahwin apa bang? Awek pun takde!"
“Menipu je kerja. Habis gambar awek mana yang penuh dalam ig kau tu. Caption sweet tahap diabetes kan, yang?" Leeya mengangguk sokong sangat kata-kata dari suaminya itu.
“Betul tu. Cantik pula tu. Patutlah, rajin turun Penang. Nak jumpa anak mami rupanya." Leeya turut mengusik.
Wajah putih Nabil sudah memerah. Dia menyerahkan semula Naura kepada Annisa.

“Keluar kejap lah. Panas pula dalam ni. Tu haa, atas meja tu ummi bekalkan lauk untuk Kak Leeya. Korang jangan makan pulak. Lauk orang berpantang tu!" Mereka ketawa melihat aksi gelabah Nabil. Tipu lah panas, padahal dalam bilik ni sejuk je. Aircond punya lah kuat. Malu lah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience