Bab 52

Humor Series 9998

LIMA TAHUN KEMUDIAN

Seorang anak kecil lelaki yang berumur lebih kurang dua tahun menangis teresak-esak. Sungguh comel anak itu. Dengan matanya yang bulat keperangan, hidung mancung, kulit putih gebu, dan rambut sedikit keperangan. Sesiapa yang melihat pasti tidak menyangka bahawa kanak-kanak itu ialah orang melayu. Dia berlari terkedek-kedek mendapatkan papanya yang sedang ralik bermain handphone di tepi kolam renang.

Melihat sahaja anak itu menangis dan memanggil namanya, terus anak kecil itu diangkat naik ke riba. Anak itu menangis lagi sambil menunjukkan tangannya yang sakit.
“Paa.. akitt...Papa." Comel suaranya.
“Alolo... Baby, kenapa nangis ni? Baby jatuh, eh?" Ditiup perlahan tangan kecil anaknya yang diberi nama Lutfi Niyaz. Niyaz memeluk bapanya erat. Manja sekali.
            
Leeya muncul di pintu, dia membawa secawan kopi susu lalu diletakkan di meja kecil berhadapan dengan Naufal.
“Manjanya. Mengadu dengan papa dia lah tu." Leeya melabuhkan punggung bersebelahan suaminya. Pipi gebu anak lelakinya dicubit geram. Menjerit budak itu, serta merta mukanya masam. Naufal ketawa melihat telatah anak bujang mereka . Dah pandai merajuk dah dak tecik ni.
“Tangan Niyaz kenapa, sayang? Dia mengadu dekat bie tadi. Tunjuk tangan dia sakit."
           
Leeya tersenyum. Handsomenya suami dia. Walaupun sudah  lima tahun mereka bernikah, dia belum jemu-jemu memandang wajah kacak suaminya. Mungkin itulah kuasa cinta. Naufal Zariff, awaklah cinta terakhir saya.
“Dia tarik rambut Naura tadi. Leeya jentiklah tangan dia." Tenang saja isteri menjawab. Dikenyit kepada anak lelakinya itu. Dia menjeling ibunya tanda rajuk.
“Laaa, baby. Kan, papa dah pesan banyak kali dah jangan bergaduh dengan kakak. Baby degil, eh?"
           
Niyaz mencebikkan muka. Tangisan ditahan. Begitulah anak itu, kalau papanya menegur sikit bukan boleh. Tahu menangis saja. Mentang-mentanglah anak bapak. Leeya menggeleng melihat telatah dua beranak itu. Naufal terlalu bagi muka kepada anak-anak. Mana tidaknya, lepas marah anak-anaknya dia akan pujuk semula. Dan kalau rajuk anak mereka berpanjangan, dibawa mereka membeli barang permainan pula. Haishh, kalau dialah. Biarkan saja. Sememangnya dia seorang ibu yang tegas. Suaminya pula terlampau lembut dengan anak-anak.
           
Leeya berjalan mengelilingi kolam renang. Kini, sudah lima tahun. Segalanya sudah berubah. Dia melihat sekeliling villa itu. Ini adalah pemberian walidnya. Harta pusaka daripada walid. Malah, syarikat Roslan Holdings Coperations sudah semakin maju. Dia tidak akan menukar nama itu. Biarlah nama itu dikekalkan sampai bila-bila.
Dia pula semakin matang sekarang. Mungkin kerana dirinya sudah bergelar ibu yang membuat dia sebegitu.

Dia sudah pandai mengendalikan syarikat sepenuhnya sekarang. Berkat tunjuk ajar dari suaminya juga. Sebenarnya, dia bercadang mahu berhenti kerja. Mahu menguruskan anak-anak. Dia mahu serahkan syarikat itu kepada suaminya saja. Namun, lelaki itu enggan menerima. Nantilah dia pujuk lagi.
            
Aliff Hakimi semakin bahagia sekarang. Dia sudah berkahwin dua tahun lepas dengan orang dari negeri Kedah. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Aqeef Haikal sebaya dengan Lutfi Niyaz. Tapi, sedikit nakal dari anaknya. Mardina meninggal dunia tiga bulan selepas Leeya melahirkan Naura. Sempat dia meminta maaf dengan Leeya.

Sebenarnya, dia sudah nyanyuk. Sekejap dia ingat akan dirinya. Sekejap dia merasakan dia ialah orang lain. Herm, memang sudah nasib dirinya. Walau bagaimanapun, Leeya memaafkannya dengan ikhlas. Sudah tiada guna lagi dia berdendam. Dia sudah bahagia sekarang. Kalau semua ini tidak terjadi, pasti dia tidak berjumpa dengan Naufal Zariff.
            
Arsyad dan Annisa semakin bahagia sekarang. Mereka sekarang tinggal di Johor. Tinggal bersama-sama tinggal dengan Mak Iti. Syukurlah, Arsyad tidak kisah tinggal di kampung. Ialah, dia kan orang bandar. Malah, rumah kampung Mak Iti sudah diupgrated menjadi banglo. Cantik! Arsyad yang menanggung segala kos. Annisa dan Mak Iti hanya cuci kaki saja. Leeya menggelar mereka sebagai pasangan ‘Si Double A'.

Pasangan romantik itu kini sudah dikurniakan empat orang anak. Yang sulung kembar lelaki iaitu Aisy Mateen dan Aisy Maleeq dan dua orang lagi ialah perempuan. Aisy Marissa dan Aisy Maisara. Annisa kata dia sudah tidak mahu anak kerana anak-anaknya sudah cukup pasangan. Tak larat kepung. Eleh, kata je tu tak nak anak. Tapi, tengok cara Arsyad macam nak lagi. Bulan madu saja tiap-tiap tahun. Kadang-kadang dua bulan sekali. Dia dengan Naufal pun tidak begitu. Haha!
          
Berbalik pula kepada Nabil Zaheem. Adik ipar Leeya Farahin. Dulu, seperti semua tahu lelaki itu seorang yang gila-gila. Sekarang tengah sibuk uruskan hal perkahwinannya. Dengar cerita mata airnya itu orang Singapura. Aiyoo, jauhnya jodoh dia. Bekas girlfriend anak mami dulu, tidak jadi. Cinta mereka putus di tengsh jalan. Kah!

Mereka kerja sekali di Kuala Lumpur, itulah yang boleh kenal. Sampai sekarang perangai gila-gilanya masih tidak berubah. Kalau dia datang di villa ini, kalau tidak menyakat anak-anak buahnya itu tidak sah. Kadang-kadang dengan Leeya pun disakat habis. Dia tak hairan pun dengan abangnya. Kerana abangnya perangai macam dia juga. Cuma sopan sikit je dengan orang yang tak kenal. Bukan macam dia, dengan orang yang baru kenal pun boleh sembang macam sudah berkenalan bertahun-tahun.
           
Seperti biasa, anak-anak angkat mereka dari Syria semakin membesar. Leeya dan Naufal sangat kasihkan mereka. Dilayan seperti anak mereka sendiri. Segala kemahuan mereka diikutkan. Walau bagaimana pun,nanti apabila mereka sudah dewasa Naufal dan Leeya akan membenarkan mereka hidup sendiri. Buat masa sekarang biarlah mereka yang jaga.

Puan Kalsom dan Chombie masih berkerja di villa itu. Leeya dan Naufal sudah menganggap mereka berdua seperti keluarga sendiri, lebih-lebih lagi Ummi. Dia semakin tua sekarang. Leeya hanya menyuruh ummi memantau sahaja anak-anak itu. Tak payah biat kerja rumah. Kira macam warden lah. Ohh, terlupa pula. Chombie kini tidak keseorangan lagi.

Dia sudah pun berkahwin dengan Asyraff. Pemandu anak-anak angkat mereka.  Leeya menghadiahkan mereka sebuah rumah teres dua tingkat berhampiran dengan villa. Hadiah sempena perkahwinan mereka. Chombie masih belum mempunyai anak lagi. Sekarang dengar kata dalam misi mengecilkan badan. Kah!

Hanya Aminah a.k.a Amanda saja yang masih hilang tanpa berita. Sudah puas mereka mencari, sudah diiklan di dada-dada akhbar, laman sesawang malahan di televisyen pun turut diiklankan. Namun, tiada siapa yang tahu di mana dia berada. Mungkin ada dan mungkin sudah tiada. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Walau bagaimanapun, Leeya tetap berdoa akan kakak tirinya itu selamat tak kira di mana pun dia berada. Kalau ditakdirkan dia pulang semula ke Malaysia, dia tidak akan lagi berdendam atau marah lagi kepada Aminah. Usia mereka semakin tua, tidak guna bermusuh-musuhan lagi. Dia tidak mahu anak-anaknya mengikuti perangai buruknya itu. Biarlah mereka menjadi insan yang baik akhlaknya.
           

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience