Bab 20

Humor Series 9998

Naufal melangkah dengan kemas ke arah mereka. Berbulu hatinya melihat Daniel cuba bermesraan dengan bakal pemilik hatinya itu. Cemburu woi! Dengan bersahaja dia menegur gadis itu.
“Kenapa baby ambil makanan sorang-sorang? Bie risau tau tak!" Gadis itu kelihatan terkejut. Yelah, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja dibabykan dirinya. Mahu tidak terperanjat? Dah biol ke lelaki ni?

Melihat kebisuan Leeya, Naufal menyambung lagi. Kali ini matanya difokuskan kepada Daniel. “Tunang aku ni merajuk. Itu yang muka dia moody je dengan aku ni. Right, baby?" Tangan sasanya merangkul kemas pinggang ramping Leeya. Leeya yang sudah terkelu, semakin wajahnya. Dia ingin menyatakan sesuatu namun mulutnya terkunci rapat.
             
Daniel tercengang. “Ohh, tunang kau ke? Sorrylah, aku tak sangka pula orang cantik jelita macam tunang kau ni boleh jatuh cinta dengan kau." Sengaja dia menuturkan ayat itu. Sakit hati melihat adegan romantis mereka berdua.
Naufal tersentak mendengar kata perlian pemuda itu. Muka putihnya bertukar merah.  “Memang dia cintakan aku. Tak payah nak tak sangka tak sangka sangat lah. Kau ada masalah ke?"
           
Daniel tersenyum sinis. “Takde masalah pun. Anyway, aku cuma nak berkenalan dengan dia je. Tak kan itu pun kau nak jelous?" Balas Daniel sambil matanya merenung penuh nafsu wajah Leeya. Gadis itu masih lagi terdiam tidak berkutik di dalam rangkungan Naufal.
Naufal semakin panas hati. Berani betul mamat ni. “ Tak perlu kot. Sebab baby aku ni bukan jenis peramah dengan orang tak tentu pasal. Terutama dengan lelaki. Cuma dengan aku je dia lain sikit. Maybe, itulah dinamakan cinta. Right, my love?"
             
Naufal memandang tepat ke arah mata bundar Leeya. Gadis itu sudah tidak tahan. Segera melepaskan rangkulan Naufal. Berani je pegang orang tak tentu pasal. Pinggan makanan yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja buffet. Dia menarik lengan Naufal dan melarikan diri dengan Daniel. Tidak mahu lelaki itu mendengar perbualan mereka. Pandangan pelik Daniel dia tidak hiraukan.
             
Sampai sahaja di sudut yang jauh sikit pada orang ramai, Leeya segera melepaskan pegangannya. “Kau ni kenapa? Tiba-tiba je datang lepastu suka hati kau je menipu orang yang aku ni tunang kau? Apa permainan kau sebenarnya?"
“Uishh, rileks lah. Apasal marah sangat ni?"
“Boleh tak jawab apa yang aku tanya?"
“Kenapa marah aku kata kita dah bertunang? Takut saham jatuh ke?"
             
Leeya menampar kasar bahu pemuda itu. Tak faham bahasa ke dia ni. Naufal menyeringai sakit. Leeya tidak peduli. “Ok.... Ok. Aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak tipu. Kau tahu tak dia tu playboy besar? Yang kau pon gatal nak pergi salam dia jugak tu kenapa?"
“Kau jangan nak fitnah orang suka-suka kau je, boleh tak?"

“Apa pulak fitnah. Dia tu anak bos aku. Aku tahulah perangai dia macam mana. Salah ke kalau aku selamatkan kau tadi?"
“Huh! Selamatkan aku konon. Yang kau ambik kesempatan dekat aku tu apa cerita? Kau ingat kau bagus lah?"
“Aku buat apa dekat kau."
           
Leeya mahu menampar bahu jejaka itu lagi namun sempat ditahan. Tahu takut! “Ok... Ok. Aku minta maaf. Aku terpaksa nak tunjuk yang kita ni memang ada apa-apa. Kau tak nampak ke cara dia pandang tadi, macam mana?"
“Apa? Macam dia pandang oranglah."
Giliran Naufal pula memicit hidung mancung gadis itu. Leeya menjerit sambil menggosok hidung yang kemerahan. “Sakitlah, Naufal."
“Padan muka. Ni yang kau pakai seksi sangat malam ni siapa suruh? Tulang rangka ni nak tunjuk dekat siapa?"
                
Leeya malu sendirian ditegur sebegitu. Sumpah lepas ni dia tidak mahu memakai baju ini lagi. Balik ni dia nak bakar je. Dia menaikkan sedikit cebisan baju di bahunya. Namun, tiada perubahan apa-apa pun.  Naufal sembunyikan senyuman. Dia akui, hatinya bergetar melihat gadis itu malam ni. Gaun hitam seksi itu benar-benar membuatkan dia angau terhadap Leeya. Menyerlahkan keanggunan gadis itu. Sesuai lah dengan dia yang segak bertuksedo coklat muda ni.
                
“Tak payah nak naikkan lah. Dah kenyang dah aku tengok. Jom." Ujarnya bersahaja kemudian memegang pergelangan gadis itu. “Nak pergi mana?" Tanya Leeya dengan nada yang rendah.
“Tanya tuan rumah kot-kot dia ada baju yang senonoh sikit."
“Hah??"
“Makanlah.. Ke kau nak makan aku dalam gelap ni? Aku okay je." Naufal tersenyum dengan penuh goda. Leeya tidak tergoda pun. Rasa nak penampar muka kacak berjambang itu lagi adalah.
                
“Kau kalau nak rasa penangan tamparan wanita cantik malam ni buatlah perangai. Dah lah, aku nak balik."
“Eh, kejaplah. Takkan lah kau marah aku sampai nak balik?" Naufal menggelabah. Namun, sempat dikawal. Sebenarnya dia mahu meminta maaf kepada gadis itu tentang hal salahnya selama ini. “Dah tu. Tak kan aku nak tidur sini."
“Bukan aku nak suruh kau tidur sini. Aku nak suruh kau makan je. Jom makan dengan aku. Lapar ni." Dia menggosok perutnya seakan orang mengandung. Over lah lelaki ni. Tapi, comel.
                  
Leeya menjuih bibir. “No. Kau pergilah join Acap dengan Nissa. Lagipun ni kan majlis member office kau juga kan. Pergilah join diorang."
“Tak nak. Aku nak makan dengan kau." Naufal memandang tepat ke arah Leeya. Gadis itu turut memandangnya dengan redup. Pandangan mereka bertemu. Leeya terasa tapak tangan Naufal mengusap wajahnya dengan hangat. Leeya sedikit terbuai.

“Forgive me..." Naufal tenang menutur kata.
“Kenapa?" Leeya juga tenang membalas.
“Aku dah buat kau marah hari tu. Benda tu berlaku secara tak sengaja. Aku..."

Leeya pantas memotong. “Aku dah lupakan. Tak payah ingatkan lagi." Leeya yang  mula mahu mengatur langkah terkedu saat tiba-tiba Naufal memegang pergelangan tangannya.
“Apa yang aku cakap dengan kau hari itu. Aku ikhlas, Leeya. Aku tak main-main. Kau betul-betul dah curi hati aku. Aku beranikan diri aku nyatakan hasrat aku. Aku harap kau faham. Takde orang lain dekat hati aku ni melainkan kau."

Air mata  Leeya mengalir tanpa disedari. Dia memandang tepat ke anak mata Naufal. “Kita belum kenal sepenuhnya lagi Naufal. Aku tak nak kau terburu-buru."
“Kenapa, Leeya? Kau benci aku ke?"
“Naufal..." Leeya menyeka air matanya dengan jari. Dia mengatur ayat supaya lelaki itu faham dengan keadaannya.
“Aku tak pernah benci kau. Selama ni aku cuma marah kau je. Aku harap kau faham, Naufal. Kita hanya kawan. Tak lebih dari tu."

“Salah ke kalau hubungan kita lebih dari seorang kawan. Aku ikhlas Leeya. Jujur, masa pertemuan kita mula-mula dulu. Memang aku tak suka kau. Lama-lama bila aku rapat dengan kau, baru aku sedar. Kau tak macam perempuan lain. Kau special.
Aku rasa bertuah sebab kenal dengan kau. Bermula hari tu, aku dah pasang niat. Nak jadikan kau suri dalam hidup aku. Selama ni tak ada perempuan yang mampu buat aku rasa selesa bila aku rapat dengan diorang. Kau jujur. Hanya kau je, Leeya."
              
“Kau tak kenal aku sebetulnya, Naufal. Banyak benda yang kau tak tahu pasal aku." Dia membalas perlahan. Dia memandang ke bawah  Enggan berlaga mata dengan jejaka itu. Naufal menarik nafas sebelum menjawab.
“Kalau kau nak cerita. Aku sudi mendengar." Sudah tiba masanya dia mengenali lebih dekat dengan Leeya. Dia membawa gadis itu duduk di atas bangku panjang yang boleh memuatkan dua orang.

Jauh dari semua orang namun tempatnya tidak terlalu gelap. Tidak mengundang pandangan pelik orang pun .
Leeya menarik nafas dalam. Dia bersedia berkongsi rahsianya dengan jejaka itu. “Aku sendiri hidup terumbang ambing. Dibuang keluarga. Aku dah takde sesiapa. Bapak kandung aku sendiri benci aku! Hidup aku kosong. Umur aku lapan belas tahun aku dihalau keluar dari rumah tanpa aku tahu salah aku apa. “  Kini hanya dia, Naufal, Mak Iti dan Annisa sahaja yang tahu kisah silamnya.

“Sejak dari itu, aku dah tak kenal diri aku lagi. Dengan duit tabung yang aku ada, aku bawak diri pergi Johor. Aku pernah tersesat di lorong pelacur. Kena kejar dengan gangster sebab diorang nak tangkap aku. Allah maha berkuasa, dia hantar seseorang selamatkan aku. Tapi, nasib dia tak baik. Lepas dia selamatkan aku, dia kena pukul dengan gangster sampai meninggal. Aku marah diri aku sendiri sebab tak berani nak selamat kan pakcik peminta sedekah tu, padahal dia dah selamatkan aku dari tertangkap dengan diorang. Jahat kan aku?" Leeya memejam mata. Dia dapat rasa Naufal menggosok belakangnya supaya bersabar. Naufal tersenyum hambar. Dia mendengar saja rahsia gadis itu

“Aku memang betul-betul takde arah masa tu. Kebetulan aku jumpa dengan Mak Nissa, Mak Iti. Dia yang jaga aku. Annisa dengan Mak Iti memang baik. Tak terbalas jasa aku dengan diorang. Sebab itu, kalau kau perasan macam mana aku tak boleh berpisah dengan Nissa macam tu juga dia dengan aku."

Naufal terpaku mendengarnya. Tidak sangka gadis yang kelihatan sentiasa riang itu mempunyai kisah hitam yang terlalu besar. Semakin membuak perasaan kasih dan sayang terhadap gadis itu.
“Aku minta maaf. Aku tak niat nak sakitkan hati kau." Hanya itu yang mampu dia kata.
“Leeyaa..."

Leeya mengangkat muka dan memandang wajah Naufal. Jiwanya menjadi sedikit tenang mendengar suara husky jejaka itu.
“Aku dah tahu..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience