Bab 47

Humor Series 10089

Leeya termengah-mengah mengejar langkah suaminya. Ketika itu mereka berada di pusat membeli-belah di Setia City Mall membeli barang keperluan bayi. Geram juga Leeya dengan  Naufal yang berbelanja sesuka hati. Apa yang cantik di matanya semua dia sapu. Mahal-mahal semua yang dibelinya. Puas Leeya menegah supaya jangan membazir, tetapi dia bolayan saja. “Sayang yang ni okay tak?"

Leeya menghala matanya memandang  ke arah walker push baby yang ditunjukkan oleh Naufal.

“Cantik. Tak payah la beli lagi. Baby ni pun belum keluar. Dah beria dah beli mainan ajar dia berjalan. Membazir je. Lambat lagi lah." Leeya membelek alat itu seketika. ‘Mesti mahal ni.' Hatinya berdetik.
“Bie tunjuk je lah. Tapi kalau beli pun tak salah, yang." Leeya sudah mula geram.
“Tak payah. Nanti baby dah besar, tak tahu pula nak beli apa. Ishh, dah lah jom balik. Dah banyak barang yang kita beli ni."

“Kejap, eh? Bie nak ushar Potty training jap untuk baby."
“Bieeeeee!!!" Leeya menjegilkan mata memberi insyarat kepada suaminya. ‘Dah-dah lah tu.' Naufal melepaskan nafas.
“Haa, yelah. Jom balik!" Naufal mengeluh hampa dan terus mencapai tangan Leeya terus keluar dari pusat membeli-belah Setia City Mall.

                      **********

“Jangan berebut sayang-sayang oi. Semua mama dengan papa dah belikan untuk korang. Takde sorang pun termissed." Leeya menjerit sedikit kepada anak-anak angkatnya yang sedang berebut mahu mengambil barang keperluan yang Leeya dan Naufal belikan untuk mereka. Riuh rendah di ruang tamu ketika ini. Sampai naik pening kepala Leeya mahu melayan.

“Mama.. Ini baju Ali mana muat. Kecil ni."
“Itu baju Awish lah." Balas Darwish sambil merentap baju baru di tangan Ali.
“Ma.. Ini baju Sara ke baju sape? Kenapa macam seksi."
“Itu baju Husna lah. Sara kan dah besar." Jawab Anisya.
“Cantiknya. Bolehlah pakai pergi jalan-jalan" kata Alina dengan pelatnya.
“Tapi kita nak pergi mana?" Tanya Alfian pula.
“Mama... Terima kasih." Leeya tersenyum.

Aduhai.. Peningnya mahu melayan. Kepala Leeya sudah terasa pening, diurut perlahan. Chombie yang melangkah dari arah dapur, menuju kepada mereka dengan wajah yang tersengih.
“Amboi, seronoknya korang. Dapat baju baru, mainan baru, buku baru. Hai, ni yang Chombie jelous ni."

Leeya hanya ketawa. Dia tahu Chombie hanya bergurau.
“Hai Kak Com. Tak kan nak buku baru juga? Nak sambung study ke?" Chombie tersengih.
“Saja je. Kak Com dah siapkan minum petang. Puan nak makan sekarang ke? Kalau nak Kak Com nak hidangkan."
“Hidang je lah. Budak-budak ni pun mesti tengah lapar. Oo yee, mana ummi? Senyap je?" Leeya bertanya sampai menggosok perutnya yang terasa senak.

“Solat asar tadi dekat dalam bilik."
“Ohh... Takpe lah. Saya nak naik atas kejap. Nak tengok Tuan Kak Com tu, entah apalah yang dibuat. Sampai rumah terus naik atas." Chombie membantu Leeya bangun dari sofa. Cantik betul puannya itu, untung Tuan Naufal dapat buat bini.

Perlahan pintu bilik dibuka. Leeya mencari kelibat suaminya. Mana pula dia pergi. “Biee??" Panggil Leeya dengan nada lembut. Senyap saja. Leeya memanggil lagi. “ Naufal Zariff??"
“Yeeee...." Sahut seseorang di bilik closet. Leeya melangkah ke situ dengan perlahan.

Sampai sahaja dia ternampak susuk tubuh suaminya yang sedang duduk di lantai sambil membuat sesuatu.
“Buat apa tu?" Naufal berpaling sambil tersengih.
“Tengah susun barang baby yang kita beli tadi. Barang yang lain mana sayang? Rasanya kita dah beli banyak sebelum ni. Bie nak tengok apa lagi yang tak cukup!"

Leeya menepuk dahi. Adoi, semangatnya laki aku ni? Macam-macam hal.
“Sayang simpan. Eh, tak payah susun elok-elok. Nanti sayang nak cuci barang-barang ni semua. Kotor tu, tak elok untuk baby." Leeya melangkah masuk dan duduk di sebelah isterinya.
“Nanti bie cucikan, eh? Sayang tak payah buat." Leeya hanya tersenyum. Macam tu lah perangai dia. Sampaikan Leeya tidak boleh buat apa langsung, semua dia nak handle. Untung dapat suami macam ni.

Leeya mencapai sehelai baju bayi bermotifkan flora kuning, lantas dia mencium. Tak sabarnya nak ada anak. Naufal memandang perlakuan isterinya. Dia seakan faham kerana dia juga turut merasa hal yang sama.
“Tak sabar ke?"
“Mestilah tak." Naufal lepaskan ketawa.
“Sabar... Sebulan lebih lagi sayang. Perut tu dah besar sangat dah tu."

Leeya tersenyum. “Kenapa bie tak nak scan jantina baby?" Wajah kacak suaminya dipandang.
“Saja bie nak rasa surprise. Lagipun, baby kita ni sihat. Doktor pun ada cakap. Tapi, tu la. Kalau kita tahu jantina baby ni siap-siap baru lah tak pening sangat kepala ni beli barang dia."
“Aa'ah. Tak pening sangat! Dia tak tahu yang kita ni pening dengan dia. Semua barang dia nak angkut. Lupa pula tadi nak suruh bie beli je kedai tu."

Naufal memicit hidung Leeya. Dia menyerengai sakit.
“Penyet hidung sayang nanti."
“Alaa... Alaa.. Sakit eh? Meh sikit bibiey tengok meh. Merahnya hidung Aishwarya Rai bibiey ni. " Naufal mengeluarkan suara manja mahu memujuk isterinya. Leeya menjongket hidung.
“Eee.. Dia buat kita ni macam budak cendol dah." Naufal ketawa kecil.
“Dah jangan masam-masam. Nanti baby tu ikot muka kecut sayang, bie tak tahu."

“Biarlah. Comel apa."
“Comel? Siapa kata?" Leeya mengecilkan mata. Hishh, nasib baik kau suami aku!
“Sayang lah kata."
“Hahahhaa.... Perigi angkat timba nampak?" Leeya tercengang.
“Apa benda lah, bie mengarut ni. Dah lah, sayang nak mandi." Naufal membantu isteri bangun.
“Nak bie temankan?"

“Tak nak. Bie jahat!"
“Uishhh.. Mana ada jahat. Bie baik tau."
“Tak nak. Nak mandi sorang." Leeya memuncungkan mulut.
“Alaaa.. Jom lah. Time ni lah kita nak bermanja pun. Nanti ada anak bie kena share pula sayang dengan anak." Pujuk Naufal lagi . Akhirnya Leeya bersetuju. Dicempung tubuh isterinya masuk ke bilik air. Hanya jeritan kecil Leeya kedengaran sebelum pintu ditutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience