Bab 53

Humor Series 9998

Naufal mencari kelibat isterinya yang tiba-tiba saja hilang. Tidak boleh berenggang langsung, mesti jadi tak tentu arah. Leeya kadang-kadang naik rimas. Malu dengan anak-anak pun ya juga. Tiba-tiba dia ternampak isterinya sedang tersenyum sorang-sorang. Terangkat kening kanannya. ‘Dah kenapa bini aku senyum sorang-sorang ni?'

Perlahan dia menapak ke arah isterinya. Pinggang kerengga isterinya dipeluk erat. Wangi betul tubuh ini walaupun sudah beranak dua. Kalau orang yang tidak mengenali isterinya pasti menganggap isterinya itu masih dara. Hahaha!
Leeya terkejut dengan perbuatan suaminya yang tiba-tiba memeluknya itu. Nasib tak terlompat dalam kolam ni. Kalau tak, akan dilancarkan perang ketiga.
“Eeee... Bie, ni kan suka terkejutkan sayang." Marah Leeya perlahan tetapi dalam keadaan manja.

Naufal melepaskan tawa. Dia suka mendengar suara manja isterinya. Terasa diri disayangi. Dia mengucup leher putih jinjang isterinya. Leeya sedikit terbuai. Dibiarkan saja perlakuan nakal suaminya itu. Namun, di saat bibir nipis itu ingin menyentuh bibir dia baru tersedar.
“Bie, stop it! Nanti anak-anak kita nampak. Malulah."  Naufal memuncungkan mulut. Merajuklah tu.

“Anak-anak dekat dalam bilik games lah, sayang. Bie suruh Afia jaga adik-adik dia. Suruh duduk situ diam-diam. Kasi can lah dekat kita nak honeymoon."
Giliran Leeya pula ketawa.
“Eeee, ngada-ngada. Siapa yang honeymoon dengan awak tu. Bucukkk!! Dah lama kahwin dah pun."
            
Sengaja menyakat suaminya. Mana ada busuk pun, suaminya itu lah di antara manusia yang terwangi di malaysia. Tiap-tiap hari dia tolong mandikan. Perghhh, gatal!  Naufal menggeletek pinggang isterinya. Dia tahu kelemahan isterinya itu. Cepat geli. Leeya terjerit kegelian. Hampir keluar air mata. Kasihan pula Naufal melihatnya. Dia berhenti menggeletek. Diucapkan kata maaf dan dicium mesra kedua-dua pipi milik Leeya.

“Sayang.. Bie nak cakap sikit ni."
“Apa dia?" Berdebar pula hati dia. Macam ada yang tak kena ni.
“Tadi abang Aliff call bie. Dia kata Aminah dah balik Malaysia." Leeya terkejut mendengarnya. Seakan tidak percaya.
“ Aminah? Dia dekat mana sekarang ni?"
“Dekat rumah abang Aliff. Sayang nak jumpa dia?" Isterinya itu tidak menjawab.
            
Sebaliknya, memandang lali ke wajahnya. “Sayang kenapa? Tak boleh maafkan dia lagi ke? Abang Aliff cakap dia nak sangat jumpa sayang. Dia dah menyesal dah, yang. Dengan perbuatan dia. Abang Aliff cakap dia dah tak macam dulu. Badan dia kurus. Lepas tu, dia ada bawak balik dua orang budak. Dah besar-besar tau, yang. Anak dia kot."

Leeya menggigit bibir. “ Minah dah ada anak? Maksud bie, dia dah kahwin?" Naufal menggeleng kepala. “Belum kahwin sayang. Tapi dia dah ada anak. Dengar cerita Abang Aliff dia kena tipu dengan jantan yang dia lari hari tu. Dia dipaksa jadi pelacur dekat Thailand. Kemungkinan itu anak-anak hasil hubungan terlarang dia dengan lelaki yang pernah tidur dengan dia." Terang Naufal.

“Astarfirullahalazim.." Leeya menutup mulut tanda tidak percaya. Air mata laju mengalir di pipinya. “Leeya nak  nak jumpa dia, bie. Tolong bawak Leeya jumpa dengan dia." Naufal mengelap air mata isterinya dan mengucup dahi Leeya dengan penuh kasih. “Okay, nanti kita jumpa dia. Kita bawa anak-anak sekali, ye sayang?" Leeya mengangguk.
           
Sedang mereka berbual mesra, seorang  budak perempuan comel berlari-lari anak mendapatkan papa dan mamanya.  Di tangannya ada sekeping gambar. Itu anak mereka yang sulung. Namanya Lufya Naura. Wajahnya seiras betul dengan adiknya, Lutfi Niyaz.
“Mama... Mama.. Tengok gambar siapa kakak jumpa ni."

Dia menyerahkan gambar tersebut kepada Leeya. Mamanya itu terkejut. Mungkin tidak percaya apa yang dilihatnya itu.
“Mana kakak dapat gambar ni?" Dia bertanya kepada budak perempuan comel berambut panjang itu.
“Dalam laci meja kerja papa." Naura terus berlari mendapatkan adik, kakak dan abangnya yang sedang menunggu di pintu berhadapan kolam renang. Tunggu untuk bermain.
         
Leeya mencerlung memandang suami. Dia mengibarkan gambar itu di muka suaminya. “Explain please. Bila masa bie curi-curi ambik gambar ni?" Naufal menangkap lengan isterinya.
Selepas melihat gambar itu, dia ketawa terbahak-bahak.
“Oh my god, sayang. Bie rindukan sayang sangat sangat masa ni. Comel sangat dengan muka garang tu."
“Bie curi-curi ambik gambar sayang. Masa ni sayang tengah marahkan bie, kan? Sebab bie kata Leeya perempuan gila." Nadanya sedikit merajuk. Naufal masih ketawa.
         
“Sorry, sayang. Mula tu bie ingatkan nak viralkan sayang. Sebab suka hati sayang je nak tengking bie. Bie bengang lah. Tapi, bie rasa kasihan. Tak sampai hati pula. Kesian budak comel tu nanti kena kecam."
Naufal ketawa lagi. Entah apa yang kelakarnya, entahlah!

Leeya sudah bangun. Nak merajuk, suaminya itu ketawa mukanya. Buruk sangat ke aku ni. Elok saja dia mahu pergi, Naufal menarik tangan sehingga badannya terdorong ke dada Naufal. Dapat didengar dengupan jantung lelaki itu. Bau wangi tubuh itu usah dikata. Naufal membisikkan sesuatu di telingannya.

“Terima kasih, sayang sebab terima bie dalam hidup sayang. Sayang sudi lahirkan zuriat bie. Bie gembira sangat sebab dapat isteri yang secantik, sehebat, sebaik sayang. I'm not perfect. I makes mistakes, I know i do. And i do know that I will always love you. I can't replace you because there is no one else like you. I love you so much, dear." Dia mengucup leher Leeya yang terdedah. Leeya tersenyum.

“Sayang pun nak berterima kasih juga dekat bie. Kalau bie tak langgar sayang dulu. Dah tentu, kita tak kenal, kan sayang. Terima kasih sebab jadi suami yang terhebat dan papa yang baik untuk Naura, Niyaz dan anak-anak kita yang lain. I love you too, bie..." Dicium pipi suaminya manja.
“I love you grab girl!"

 Naufal melagakan hidung mancungnya dengan hidung Leeya. Semoga ikatan ini akan berterusan buat selamanya. Dia tidak perlukan perempuan lain. Hanya Leeya Farahin bin Mohd Roslan saja yang terbaik dalam hidupnya.

                
                               

                                TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience