Bab 10

Humor Series 9998

“Buat apa tu, bhai?" Sergah Arsyad bersahaja membuatkan Naufal terkejut. Nasib tak melatah nanti tak pasal-pasal hilang machonya.
“Mana ada buat apa. Aku tengah berak ni hahh. Tak nampak ke?" Jawabnya kembali sambil mengangkat periuk sederhana besar ke arah Arsyad. Ikutkan hati mahu dihumbankan saja kepada kepala Arsyad. Biar dia rasa, kacau line saja.
        
Ketika itu, mereka sibuk bergotong royong dengan beberapa orang penduduk kampung. Mereka tidak menyediakan khidmat katering kerana suasana gotong royong lebih meriah. Penduduk kampung juga tidak langsung berkira untuk mencurahkan tenaga menjayakan majlis itu. Mereka masih mengekalkan tradisi gotong-royong dengan penduduk setempat. Alangkah rugi jika anda tidak pernah merasa suasana ini.
         
“Hek'eleh nak cover. Aku tahu lah, kau tengah ushar Leeya kat sana tu kan?"
“Sape Leeya?"
“Tu haa, perempuan kat beranda tu lah bangang. Pengapit bini aku tu. Takkan tadi diorang sebut nama dia." Spontan Arsyad memuncungkan mulut ke arah Leeya. Kelihatan Leeya sedang seronok melayan seorang budak kecil lelaki. Cantiknya..
           
Naufal tersenyum seorang diri. Arsyad mengangkat kening. “Kau kenal ke dia tu?"
“Apa pula tak kenal. Itu bestfriend Nissa. Secara tak langsung dia pun dah jadi kawan aku."
“Seriously?"
Arsyad menayang wajah bosan. “Motif aku nak tipu kau?"
“Kau ingat kau aku pernah cakap yang aku ada naik grab. Then, driver grab tu bawak slow semacam?"
         
Arsyad menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba membuka kotak memori otaknya mengingatkan sesuatu.
“Yang kau cakap dia sengaja brek terkejut tu ke?"
“Exactly"
“Kenapa dengan dia?
“Leeya tu lah orang dia."
         
Arsyad terkebil-kebil memandang Naufal. Beberapa saat dia ketawa lucu.
“Kecik betul dunia ni. Dia memang bawak grab pun. Patutlah tadi dia ushar kau macam nak telan je."
Seketika memandang ke arah Leeya yang begitu asyik bermain dengan budak. Kelihatan dia benar-benar gembira. Dengan rambutnya yang terselak ke belakang seperti dalam drama hindustan benar-benar membuatkan dia kelihatan sangat anggun.
Naufal menelan liur. Gulp!

“Pergi lah ayat dia." Arsyad melagakan bahunya dengan bahu Naufal. Naufal berpaling.
“Buat apa?"
Arsyad mengeluh. “Buat lepat. Bodoh! Ngorat dia jadi awek kau lah. Kau single, kan?"
“Dia single ke?"
“Entah. Ye kot. Tak pernah pun tengok dia post gambar balak dia dalam ig."
“Eh? Apa nama ig dia?"
“Kau pergilah tanya dia sendiri."
         
Naufal mengacah mahu menyiku Arsyad. Pengantin baru itu acah-acah takut lantas ketawa.
“Aku tanya nama dia pun tak nak bagitau. Ni nak tanya ig dia pula. Memang dia tak bagilah. Sombong!"
“Dia bukan sombong lah. Kau belum kenal dia lagi memang kau akan macam tu."
“Macam kenal sangat kau tu."
“Memang kenal lah." Arsyad menjawab.
        
“Orang perempuan ni. Diorang memang jual mahal sikit. Nak-nak kalau lelaki handsome yang minta nombor. Lagi satu kau kenalah tunjuk effort kau suka dekat dia. Ayat dia sikit, jangan melebih. Perempuan tak suka lelaki gelojoh. Eh, kau pernah couple, kan. Tak kan itu pun aku nak kena ajar?"
“Eh, jap. Masa bila pula aku cakap aku suka dia? Kau jangan memandai, eh!" Ujar Naufal sambil ligat menyental periuk besar sehingga berkilat merelap pap pap!
       
Arsyad menjongket bibir. “Kau ingat aku bodoh ke? Tengok gaya kau ushar dia pun aku dah tahu." Naufal tidak menjawab. Sebaliknya dia berpaling semula melihat gadis itu dengan asyik. Arsyad menahan tawa.
“Pergilah masuk jarum. Lambat karang melepas, brother. Kau tak tengok diorang ni pun sibuk pandang Leeya tu?"
        
Dia membisik perlahan kepada Naufal. ‘Sial! Korang jangan memain dengan aku! Ini Naufal Zariff lah. Pantang orang rampas hak aku, aku libas!' Naufal menahan sabar sambil mengerling anak-anak muda yang ralik memandang Leeya.  Dia harus lakukan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience