Bab 29

Humor Series 9998

Leeya sedikit terkejut. Dia tidak menyangka yang wanita di hadapannya ini merupakan ibu angkat kepada Naufal dan Nabil. Bahkan, wanita ini juga merupakan penjaga mereka dari kecil. Puan Kalsom tersenyum melihat wajah terkejut Leeya. Pasti anak angkatnya itu tidak menceritakan secara terperinci kisah hidupnya. Dia mengenggam erat tangan lembut Leeya.

Ketika itu mereka berada di taman kecil luar kawasan rumah. Leeya dan Puan Kalsom duduk berduaan di atas buaian kayu. Dia begitu terpesona dengan landskap rumah ini. Pasti ianya memperuntukkan bajet yang sedikit banyak.Taman ini penuh dengan pokok bunga, rajin betul Puan Kalsom menjaga bunga.

“Leeya tahu Naufal asalnya dari orang Syria?" Soal Puan Kalsom.
Leeya menggeleng. “Tak tahu, mie. Naufal tak pernah ceritakan apa-apa dari saya. Dia cuma cakap yang mak ayah dia dah meninggal dari kecil. Dia cuma duduk dengan penjaga di rumah kebajikan. Leeya ingatkan dia tinggal dengan rumah anak yatim rupanya..." Leeya tidak menghabiskan ayat. Dia tidak mampu untuk teruskan.

Puan Kalsom tersenyum hambar. Dia terpaksa menceritakan segalanya perihal Naufal agar gadis ini bersedia untuk menerima anak angkatnya itu. Naufal yang menginzinkan.
“Mak ayah Naufal meninggal di Syria.  Meninggal sebab kena bom. Kerajaan malaysia yang bawak balik Naufal, Nabil dan anak-anak Syria yang lain ke sini. Masa tu, kalau tak salah ummi Naufal baru berumur 8 tahun. Nabil pula 6 tahun.

Ikutkan Naufal ada lagi seorang adik perempuan. Malangnya adik dia juga meninggal bersama-sama mak ayah dia." Kelihatan Puan Kalsom mengelap air mata. Leeya mengetap bibir. Dia terpaku.
“Ummi masa tu bekerja dengan CSM sebagai tukang masak mereka. Ummi masa tu, baru kehilangan suami. Ummi pula takde anak. Jadi anak-anak syria waktu ummi jadikan anak angkat ummi. Naufal dengan Nabil adalah antara kanak-kanak pertama yang kerajaan bawa datang ke Malaysia.

Nasib Naufal sama saja dengan anak-anak ini, Leeya. Mereka orang luar, takde mak, takde ayah dan takde sesiapa. Sebab itulah, Naufal berusaha menjaga semula rumah anak-anak ini. Semua ini, kalau Leeya nak tahu adalah titik peluh Naufal.

Dia sanggup membuat perjanjian dengan wakil kerajaan, kutip dana untuk keselesaan untuk bangunkan rumah, naik ke mahkamah angkat sumpah untuk jaga diorang. Dia sangat sayangkan anak-anak ini. Sayangkan sebagai nyawa dia. Dia nak bela anak-anak ini dengan sebaiknya sebab dia juga bernasib seperti mereka dulu."

Leeya tidak dapat menahan air mata. Wajahnya jelas kelihatan merah mendengar cerita daripada Puan Kalsom itu. Seketika dia memandang Naufal yang sibuk bermain dengan kanak-kanak di taman permainan kecil di sudut dalam pagar. Betul kata Puan Kalsom, Naufal memang sayangkan mereka. Nampak sifat kebapaannya itu semasa melayani mereka bermain.

“Leeya...." Leeya berpaling menghadap Puan Kalsom. Dia tersenyum hambar.
“Tolong maafkan, Naufal. Salah satu sifat yang ada di dalam diri dia. Dia seorang yang perahsia. Dia juga tak pandai ceritakan masalah dia dekat orang. Sebab tu lah, dia minta tolong ummi ceritakan dekat Leeya. Maafkan dia ye, nak?" Puan Kalsom berkata lembut sambil memandang anak mata Leeya.

“Ummi... Leeya faham. Setiap orang ada rahsia dan masa silam dia sendiri. Mesti Naufal rasa tak selesa ceritakan kisah hidup dia dulu. Mungkin juga dia trauma kehilangan ibu bapa kandung dia yang membuatkan dia berahsia. Leeya faham, mie. Leeya juga pernah rasa benda yang sama." Leeya turut membalas genggamam Puan Kalsom.

“Terima kasih, Leeya. Ummi harap dapat sama-sama bahagiakan Naufal. Dari kecil dia tak pernah bahagia. Dan ummi juga tak pernah tengok Naufal berkawan serius dengan perempuan. Ummi seronok sangat bila dapat tahu dia nak bawa balik bakal menantu ummi ni ke Ipoh. Ummi dah siap masakkan spesial lagi untuk Leeya."

Leeya membulatkan matanya. “Ummi masakkan untuk Leeya? Wah, patutlah dari tadi bau something yang sedap ni.  Tiba-tiba rasa lapar pulak, mie." Dia menggosok perut yang kempis itu. Puan Kalsom hanya ketawa dan menepuk lembut bahu Leeya.

“Ada -ada je Leeya ni tau nak kenakan ummi. Okay, kalau macam tu jom lah kita makan. Ajak Naufal sekali. Budak-budak tu dah makan dah. Ummi nak suruh diorang masuk mandi. Lepas tu, siap-siap solat asar. Dah lewat ni." Puan Kalsom yang baru bangun terhenti apabila tiba-tiba sahaja Leeya memegang tangannya. Dia tersenyum pelik.

“Ummi...." Panggil Leeya perlahan.
“Yee, sayang. Kenapa ni, Leeya da masalah ke?" Dia memandang tepat ke wajah cantik itu. Dirasakan gadis ini ada sesuatu yang ingin dibicarakan.
Leeya hanya menggeleng. “Boleh tak kalau ummi panggil Leeya dengan panggilan Ain?"
“Boleh.. Tapi kenapa sayang? Tiba-tiba saja nak suruh ummi panggil Leeya Ain?"

Dia menitiskan air mata. Puan Kalsom terpinga-pinga namun dia pantas beriak biasa. Tangannya memegang lembut bahu gadis itu.
“Leeya teringatkan arwah ummi Leeya. Leeya rindukan arwah. Boleh tak kalau Leeya anggap ummi ni sebagai ibu kandung Leeya?" Entah kenapa raut wajah Puan Kalsom mengingatkan dia kepada umminya. Jamia Al-Khaleed.

Puan Kalsom pantas memeluk erat gadis itu. Pipi Leeya dicium bertalu-talu.
“Syhhhh... Jangan nangis, nak. Ummi ada dekat sini. Ummi tak nak Ain nangis lagi dah, sayang. Ain kena kuat sebab lepas ni Ain ada Naufal. Ain ada suami dan Ain juga ada ummi. Jangan nangis lagi ye, sayang. Ummi sayang anak-anak ummi."

Leeya terpukau dengan panggilan yang dipanggil oleh Puan Kalsom. Pantas dia membalas pelukan wanita bertubuh sedikit gempal itu. “Terima kasih ummi." Dia berkata perlahan. Tanpa mereka sedari, sepasang mata renung milik si Arjuna sedang memandang adengan mereka berdua dari tadi. Senyuman terukir di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience