Bab 8

Humor Series 9998

Leeya termenung menghadap tingkap berdekatan meja makan di rumahnya. Posisinya sekarang dia duduk di atas kerusi kayu yang betul-betul menghadap tingkap umpama menyaksikan sesuatu. Annisa yang muncul dengan semangkuk maggie kari memandang pelik ke arah kawan karibnya itu.
'Putus cinta ke apa minah ni?' Dia bermonolog.
          
"Oi, cik kak?" Leeya berpaling. Mukanya dimasamkan.
"Nak apa?" Annisa mengangkat kening. Pelik dengan perilaku sahabatnya itu. Dah kenapa? Tiba-tiba takde mood ni.
"Apasal ni? Kau merajuk eh, aku masak maggie sebungkus je. Tak masakkan untuk kau sekali? Alolo.. Jangan mengada nak merajuk. Nah, meh telan sikit kita kongsi." Pujuk Annisa berserta kenyihan.
Leeya menjengok ke dalam mangkuk maggie sekilas. "Huhh, tak nak aku makan maggie kau. Rendam pakai air panas je. Pemalas!"
         
"Eh, kalau tak nak. Tak payah kondem. Sibuk je." Leeya bisu.
Suasana diam seketika. Annisa pula tengah sedap tibai maggie. Langsung tak pandang kiri kanan.
"Ushar apa tu? Kau ushar bangla tengah buat rumah tu ke? Kau jangan. Aku tak nak dapat anak buah kacuk macam tu. Kalau muka macam Mohd Salleh aku nak lah. Macam Dhuha Sophea tu. My God, so cutee!"
          
Leeya hanya diam sahaja. Tidak membalas kata. Kening Annisa terangkat sebelah. Ada yang tak kena perempuan ni. Jaranglah Leeya nak mengalah tiba-tiba kalau mereka bergaduh ataupun sekadar gaduh manja-manja saja. Ni mesti ada something wrong somewhere.
"Bisu je? Bukan eh? Ooo, ni mesti kau teringatkan mamat yang gaduh dengan kau tu, eh? Alaa, yang langgar kete kau tu?"
          
"Mana kau tahu?" Tak semena-mena Leeya bertanya kembali. Annisa ketawa kuat. Kantoi!
"Alaa, dah tangkap cintan dah. Tu lah kau. Berlagak! Asal kau tak bagi je nombor kau? At least, kalau tak nak bagi nombor. Bagi je lah, fac name ke, ig ke, twitter kau tu ke. Ini kau blah macam tu je. Sekarang ni siapa yang menyesal. Kau jugak! Padan muka!"
"Kau diam lah!" Marah Leeya tiba-tiba.                     
Hanya kedengaran Annisa ketawa.
Entah lah si Leeya ni. Dah Si Naufal tu dah bagi chance tu bagi je nombor kau! Ni balik rumah mulalah terkenang-kenang muka kacak lelaki tu. Jual mahal lagi! Kan dah mendapat. Hahhh, author sendiri yang marah ni. Huhuhu.
"Saa... Macam macam eh, perasaan kalau kita minat dekat someone tu?"
"Perasaan?" Leeya mengangguk.
Kelihatan Anissa menggaru dagunya yang tidak gatal.
         
"Alamak. Aku tak tahu camne nak describe. Tapi, bagi aku lah kan. Masa aku mula-mula syok dekat Acap tu. Aku rasa macam semua benda yang aku buat ni tak kena. Pendek kata kau makan nampak muka dia. Kau berjalan kau nampak muka dia. Sampaikan masuk jamban pun kau boleh nampak muka dia.
Kalau dia ada dekat dengan kita.

Kau akan rasa menggelabah. Tak tahu nak buat apa. Entah lah, aku nak cakap panjang pun tak tahu macam mana. Tapi, kalau kau rasa macam ni. Confirm kau dah sukakan dia."
Leeya terbuntang. "Itu macam gila bayang weh. Aku takde lah sampai macam tu." Annisa menggeleng. "Kau akan juga satu hari nanti. Sebab mungkin kau rasa kau tak yakin dengan feeling kau sekarang ni. Kau takut kan sebenarnya?"
"Maksud kau?"
           
"Well, kau takut dengan apa yang terjadi dalam family kau. Kau sebenarnyaa...."
Annisa merenung ke dalam mata Leeya sebelum berkata. "Kau takut bercinta dengan lelaki. Kau takut benda yang jadi dengan arwah ummi kau jadi dekat kau!"
Leeya menelan liur. "Kau tahu?"
Annisa melepaskan nafas. Maggie di dalam mangkuk tidak dihabiskan. Dia meletakkan sudu di tepi bibir mangkuk.
"Aku kenal kau dah lama. Mana pernah kau ada pakwe. Semua orang nak dekat kau. Kau reject. Alasan kau tak bersedia."
            
Leeya mati kata. Apa yang harus dia balas. Memang betul apa yang dikatakan oleh gadis bebaju biru itu.
"Aku... Aku tak tahu macam mana nak mulakan.." Dia berkata perlahan namun sempat didengar oleh Annisa.
"Siapa yang dah curi hati kau ni. Lelaki tu ke?" Dia bertanya lagi.
Leeya tersenyum hamba lantas mengangguk perlahan.
"Aku jatuh cinta dengan dia, Saa. Tapi, aku takut dia dah berpunya. Kami selalu gaduh.

Aku takut dia benci aku." Sedih saja kedengaran suaranya. Air matanya perlahan menitis. Annisa perlahan mendekati sahabatnya lantas memeluk Leeya dengan erat. Dia faham perasaan Leeya kerana dia pun pernah merasai.                      
Inilah satu-satunya sahabatnya. Dia ingin melihat gadis ini kembali bahagia.
"Tak salah kalau kau cuba. Aku yakin dia belum berpunya. Kau solat dan berdoa. Minta doa dari Allah. Dan kalau ditakdirkan dia milik kau aku tumpang bahagia." Annisa mengelap air mata yang mengalir di pipi Leeya tanda memujuk. Seketika Leeya membalas dengan senyuman hambar. Terima kasih sahabat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience