Bab 46

Humor Series 10089

“Forgive, me.." Naufal memeluk erat tubuh berisi Leeya. Bukanlah berat mana pun, 60 kg sahaja. Badan isterinya sejak mengandung ini, dia akui semakin seksi. Buat dia rasa geram. Kalau tidak mengenangkan Leeya itu sedang sarat mengandung, memang dah terkam. Atas sofa pun boleh.

“Bie tahu sejak akhir-akhir ni bie busy. Tak selalu ada dekat rumah, kerja saja memandang. Tak sempat nak manja-dengan sayang dengan anak-anak kita.Baby papa, maafkan papa, eh?" Dikucup mesra perut Leeya yang memboyot itu.
“Sayang faham. Bie kerja untuk masa depan kita juga. Bie handle office sorang-sorang. Sayang pula takde. Duduk rumah."

“It's okay lah, sayang. Dekat office tu bukan bie sorang je ada. Staff yang berpenglaman pun ada, Arsyad dengan Nissa pun ada. Diorang boleh tolong bie. Sayang duduk rumah, tengok anak-anak pun satu rahmat besar dah untuk bie." Dia memeluk Leeya lantas mencium pipi Leeya.

“Dah tembam dah pipi mama ni, baby. Comel lagi dari dulu papa rasa. Macam nak kenyam-kenyam je." Dicium berkali pipi Leeya. Leeya mengelak kerana geli Naufal menggigit pipinya. Naufal ketawa.
“Dah bengkak kan, pipi ni. Hishh, tak boleh jadi. Kena diet ni." Dia mengusap kedua-dua pipinya dengan gaya comel. Suaminya dikerling.
“Jangan gatal eh. Nak diet apa. Tak kesian ke dekat baby tu. Dia lapar tapi mama dia tak bagi makan. Sibuk nak jaga badan." Hidung mancung Leeya dicuit.

“Alaa, bukan sekarang. Lepas baby keluar nanti lah. Apa lah papa ni kan, sayang mama. Dia ingat mama ni kejam sangat ke? Nanti bila baby dah keluar, mama nak pergi gym. Upah trainer yang paling best, biar kopak duit papa." Leeya bercakap kepada anak yang berada di dalam perut, lalu digosok perut itu. Naufal menarik tangan Leeya supaya duduk di sofa kembali. Oppss, bukan atas sofa ye, tapi di atas ribanya.

“Tak payah susah-susah upah trainer. Apa guna ada laki kaki gym? Kalau itu pun tak boleh ajar bini. Kat rumah ni pun ada banyak exercise machine, dah macam gym dah. Atas katil pun ada kalau mama nak papa boleh tolong." Naufal berdouble meaning. Sengaja menyakat isterinya. Leeya mencubit lengan suaminya.

“Cakap elok-elok sikit dengan anak tuu.."
“Alaaa, gurau je lah..." Naufal memegang kedua-dua paha Leeya. Diusap dengan gaya menggoda paha isterinya.
“Esok kita shopping  barang baby, nak?"
“Shopping lagi? Bukan baru ni dah ke kita keluar shopping?"
“Baru tak baru, dua bulan lepas jugaklah sayang. Masa tu kita beli apa je. Baju-baju macam tu je. Ni bie nak beli semuanya complete. Sementara sayang kuat sikit nak berjalan ni. Nanti, tak adalah kelam kabut sangat."

“Ermm.. Sayang okay je. Bawa lah bie nak bawa sayang ke mana pun."
“Bawa pergi syurga boleh tak?" Pantas dia mencempung tubuh Leeya ke arah katil. Menjerit Leeya kerana terkejut. Tuala yang dipakai oleh Naufal sedikit lagi mahu terlondeh namun dia membiarkan saja. Dia memcumbu Leeya semasa mengendong, Leeya turut membalas. Rambut Naufal yang sedikit panjang itu diramas perlahan.

Dengan penuh hati-hati, dia meletakkan isterinya di atas katil. Baju Leeya diselak sehingga menampakkan perutnya putih melepak. Dia mencium manja perut itu dan membelai. Tiba-tiba dia merasa anak di dalam kandungan isterinya menendang. “Ouchhh..." Leeya menjerit kecil lantas menggosok perutnya. Sakit!

“Aktifnya anak papa ni. Kesian mama asyik kena tendang je dengan baby papa." Dia turut membelai perut Leeya. Wajah Leeya yang berkerut itu dipandang kasihan.
“Macam bapak dia lah ni.  Ganas semacam." Selamba sahaja Leeya membalas.
“Yang ganas tu lah, yang sayang suka." Naufal mengenyitkan mata lantas tersenyum.

“Bieeee!!!!" Naufal membuat muka tak bersalah. Dia menindih tubuh isterinya, perut isterinya tidak diendahkan.
“ I miss you, dear. Really... Really miss you."
Seluruh wajah Leeya dia mencium sehingga sampai di sekitar leher jinjang isterinya, Leeya menggagau suis lampu meja lantas dimatikan. Membiarkan mereka melayari bahtera cinta di dalam gelap.
“I miss you too, bie!" Ujarnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience