Bab 45

Humor Series 10089

"Alaaa... Alaaaa... Sayang mama si debab dua ketul ni. Amboi, tembamnya. Kau sumbat apa dekat anak-anak kau ni, Saa. Tembam ke main ni.." Leeya menggomol si kecil Aisy Mateen. Bayi itu ketawa terkekeh-kekeh. Manakala di riba Anissa ialah Aisy Maleeq, dia sedang menyusu botol. Comel sangat dua orang ni. Sekali pandang macam muka Arsyad. Dua kali pandang pun macam muka Arsyad. Anak bapak betul!

Annisa tersengih sambil menyedawakan Aisy Maleeq. Belakang badan bayi itu diusap penuh kasih. Ketika itu, mereka berada di kawasan villa Leeya. Hari minggu, sengaja Arsyad membawa Annisa ke situ. Mahu melawat anak-anak angkat Leeya dan Naufal sekali. Arsyad memang sedia rapat dengan mereka semenjak mereka tinggal di Ipoh lagi.

Arsyad dan Naufal sedang membincangkan projek terbaru mereka di tingkat atas. Kebelakangan ini, suaminya itu sibuk sangat. Sampai nak bergurau pun tak ada masa. Balik kerja,lepas mandi, makan sekejap lepas tu tidur. Bosan gila! Chombie dan Puan Kalsom ada di dapur. Anak-anak angkatnya pula sedang bermain di mini playground di halaman rumah. Untung mereka, macam-macam yang Arsyad dan Leeya sediakan. Sayang betul kepada anak-anak itu.

"Sumbat susu aku lah. Budak besar ni mana boleh makan apa-apa lagi. Baru nak masuk tiga bulan. Mak suruh kasi susu badan je." Jawab Annisa selamba.
"Eh? Kalau lapar time kau takde macam mana penjaga diorang buat? Masa kau kerja ke."
"Alaa, Leeya. Sekarang ni zaman canggih lah. Tinggal aku pump je lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Lepas tu, penjaga diorang suamkan lah kalau diorang nak minum."

"Ooo... Macam tu je. Weh, Saa. Aku gemuk kan sekarang? Perut aku macam membesar." Leeya mengerutkan wajah sambil menarik baju di tubuhnya.
Annisa memerhati tubuh Leeya dari atas ke bawah. Memang nampak perbezaan sedikit tubuh itu. Tambah-tambah di kawasan perut. Namun, wajahnya berseri-seri. Ditambah pula Leeya mengenakan shawl berwarna gelap itu. Anggun betul.

"Yelah, kan kau tu tengah mengandung. Memang besar lah perut tu, takkan nak besar dekat celah ketiak pulak. Apa lah, kau ni!" Marah Annisa.
"Aku takut aku gemuk untuk selamanya lah. Mesti tak kan dapat balik body goals macam dulu. Penat tau aku jaga."
"Ish, kau ni. Sibuk dengan badan kau tu. Tak payah kecoh lah. Buat masa sekarang biarlah dia nak gemuk ke apa ke. Jangan sibuk control . Kesian anak kau tu. Berlapar dia karang."

"Takutlah."
"Takut apa?" Annisa bertanya kuat, sampai menjerit Aisy Mateen di riba Leeya kerana terkejut.
"Woi, suara mengalahkan petir. Tengok anak kau dah nangis ni." Leeya berusaha mendodoi bayi itu.
"Shhh... Shhh... Mateen, itu bukan rimau Mateen, itu ibu kamu!" Pujuknya sambil menjeling ke wajah Annisa yang buat muka tak bersalah.

Namun, dia tetap menangis juga. Annisa meletakkan Aisy Maleeq yang kekenyangan di celah dia dan Leeya, lalu mengambil pula Aisy Mateen. Disusukan anak itu supaya berhenti menangis. Leeya mengangkat Aisy Maleeq pula ke ribanya. Dikucup mesra muka bayi comel itu.

"Geram tau dengan kau ni. Biasalah orang pregnant. Aku dulu pun naik juga badan, lepas beranak susut baliklah. Kalau kena cara pemakanan dia. Jaga pantang, confirm kecut balik. Sama ada cepat atau lambat je."
"Yeke kau pantang. Atau kau makan pil kurus?"

"Gila ke apa? Mau aku kena bedal dengan Acap kalau makan benda-benda macam tu. Diet cara betul lah. Alah, kau sekarang ni kan dah kaya. Upah lah, babysister yang ada pakej jaga kau sekali tu. Pandai lah, diorang ajar kau bakar lemak dengan betul." Terang Annisa.

Leeya termenung sejenak. Kalau badannya tidak secantik dulu. Mahukah Naufal kepadanya lagi? Dia selalu dengar, orang lelaki ni kalau badan isteri dah tak ada shape. Mula lah, suami mahu pasang satu lagi. Hai, minta simpanglah. Kalau dibuat macam tu, mahu bergegar KL ni kena aku mengamuk. Leeya menggeleng perlahan sambil mengalihkan pandangannya kepada sepasang kembar comel itu.

                              ***********

Leeya menggosok perutnya yang terasa sakit akibat pergerakan janin di dalam kandungannya. Anaknya itu sangat aktif. Adakalanya ditendang mamanya itu semasa sedang makan. Habis tersembur keluar dari mulutnya.

Leeya mencapai keropok twisties di atas meja kopi. Keropok twisties perisa keju dikunyah dengan berselera sambil menonton televisyen di ruang tamu. Plastik keropok diletakkan di atas perutnya yang memboyot sambil kakinya diletakkan di atas meja kopi. Sekali pandang sudah macam big boss versi malas sahaja. Dia akui seleranya kini semakin besar, asyik menghadap makanan sahaja.

Naufal yang baru keluar dari tandas, menggeleng melihat aksi isteri. Seksi bukan main! Mulut 24 jam mengunyah, kalau makan benda yang sihat tak apalah juga. Ini asal apa yang ada di hadapan mata pakai makan bedal saja!
"Sudah-sudah lah makan tu sayang. Dah lewat dah ni. Pergi tidur." Katanya sambil mengelap rambut menggunakan tuala kecil. Dia hanya memakai tuala putih, baru selesai mandi. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, dia baru pulang dari ofis.

"Kejaplah. Cerita ni belum habis lagi." Ujar Leeya tanpa memandang ke arah Naufal. Dia menonton filem Bajrangi Bhaijaan. Ini satu lagi tabiat pelik Leeya. Sejak mengandung ni boleh dikatakan hampir setiap hari isterinya itu akan menonton filem hindustan. Kalau dulu, dengar lagu pun dia tak nak.

"Sayang ni... Hari-hari tengok hindustan tak kan tak puas lagi. Tahulah, muka diorang macam saudara pun. Ni satu lagi, siapa kasi makan benda-benda merepek ni? Berapa kali dah bie pesan, no more junkfood for you. Benda-benda ni tak sihat lah, yang. Tak takut ke effect buruk dekat baby kita?" Okay, dah mula dah bebel dia. Leeya membuat roller eyes.

"Bising lah, bie ni. Sayang makan sikit je. Makan jajan sambil tengok tv, biasalah." Naufal melabuhkan duduk sebelah isterinya. Dia mencubit sekilas pipi Leeya yang semakin tembam itu. Leeya menjeeit kecil.
"Mulut ni tak menjawab tak boleh ke? Hurmm, bie nak yang terbaik je tau untuk sayang. Selalu sangat ni makan benda-benda ni. Kalau badan naik mendadak sayang juga bising. Gemuk lah apa lah.Apa-apa karang bie juga yang susah. Sayang tau apa."

Leeya sedikit tersentap dengan kata-kata suaminya. Lalu dia menyerah keropok tadi ke tangan sasa Naufal. Mukanya muncung sedepa.
"Nahhh, ambiklah." Leeya cuba bangun namun, pergerakannya sedikit terbatas. Terkulat-kulat dia cuba bangun namun susah. Naufal membantu isterinya berdiri.

"Sayang marah ke?
"Tak!" Leeya menjawab sepatah.
"Tengok tu. Jawab pun sikit-sikit. Marah bie lah tu. Sorry sayang. Bie takde niat pun nak sakitkan hati sayang. Nanti bila dah beranak sayang nak selori pun bie boleh beli junk food. Termasuk dengan kilang-kilang pun bie boleh beli. Sayang mintalah nak apa pun."

Leeya mencebik. 'Nak pujuk aku lah tu.' "Tak payah nak beria. Dah lah, pergi pakai baju. Ingat elok ke tak pakai baju macam ni? Macam tough sangat body dia tu."
'Tapi memang tough pun.' Bidas hatinya kembali. Mata curi-curi pandang ke arah dada bidang milik Naufal. 'Fuhh, gatal kau ni Leeya. Eh, biarlah. Laki aku!'

"Sayang..." Panggil Naufal manja.
"Apa???" Leeya menjawab malas. Dan tiba-tiba....

"Muahhhh!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience