Bab 9

Humor Series 9998

DUA BULAN KEMUDIAN

Suasana di majlis kenduri kahwin Annisa Suraya dan pasangannya, Arsyad Irham, itu semakin meriah dengan bunyi muzik yang dimainkan oleh seorang DJ. Sudah tiga hari Leeya berada di kampung sahabat baiknya iaitu di Kampung Aman, Skudai Jaya, Johor. Dia betul-betul seronok dengan suasana kampung itu. Al-maklumlah, dia mana ada kampung halaman.
            
Arwah datuk dan nenek sebelah bapanya sudah lama meninggal dunia sebelum dia lahir lagi. Nenek dan atuk sebelah umminya pun dia tidak kenal, mereka pula berada di Pakistan. Entah hidup ataupun mati pun dia tidak tahu. Tapi, kalau dia tak salah. Nama atuk dia di Pakistan bernama Al-Khaleed bin Idris Khan. Amboi, Idris Khan tu bukan pelakon tu ke? Kemain eh moyang?
             
Sebenarnya ada rahsia tersembunyi macam mana Annisa boleh membawa Leeya pulang di kampungnya kira-kira tujuh tahun lalu. Dia hanya menumpang kasih dari Mak Iti atau nama betulnya Siti Mastura. Nama tak nak kalah! Huhu. Mak Iti memang rapat dengannya, malah dia turut memanggil wanita berusia lima puluhan itu dengan panggilan mak. Suami Mak Iti sudah meninggal dunia kira-kira umur Annisa menjangkau dalam lingkungan sepuluh tahun akibat kemalangan di tempat kerja.
             
Mujurlah, Mak Iti pun berkerja sebagai pembantu kantin di sekolah menengah yang berhampiran rumahnya. Ada juga sumber pendapatan. Annisa anak tunggal. Oleh sebab itu, dia sering pulang ke kampung menjenguk ibunya bersama Leeya. Pernah dia mengajak Mak Iti tinggal dengan mereka berdua di Kuala Lumpur tetapi Mak Iti enggan. Dia lebih suka tinggal di kampung. Tempat kelahirannya sendiri. Lagipun, jiran Mak Iti semua terdiri daripada ahli keluarganya.
            
Leeya terpesona melihat Annisa yang cantik di dalam busana pengantin berwarna putih suci. Manik-manik yang terlekat elok pada busana menyerlahkan lagi aura pengantin itu dengan veilnya yang labuh meleret. Walaupun Annisa sering bersolek, namun kali ini wajahnya ada sedikit kelainan. Mungkin disebabkan Leeya yang menyoleknya. Tidak dinafikan, gadis berpewatakan boyish style itu pandai bab-bab menyolek wajah orang.

Tak payah, dia membazir mengupah khidmat mak andam disebabkan Leeya pun apa kurang hebatnya. Padahal, diri sendiri sekadar memakai sunblock dan lipbalm. Kalau mood rajinnya datang, ditempek sedikit foundation. Annisa sering mengutuk penampilannya, tapi ada dia hairan! Natural beauty katanya. Cis, perasan!
                
Annisa memandang pelik ke arah Leeya yang sedang asyik merenungnya. Apa kes? “Hoi, kenapa kau tengok macam nak telan ni?" Leeya terkejut, kemudiaan dia membalas.
“Aku tengah fikir ni."
“Fikir apa pula?"
“Herm.. Kalau aku je yang pakai baju pengantin ni, kan mesti lagi cantik."
           
Kotak tisu yang berada di meja solek dicapai dan terus membaling arah Leeya. Gadis itu pantas menyambung sambil ketawa. Annisa menjulingkan mata ke atas.
“Alahh, bergurau pun tak boleh pengantin baru ni. Kau tu dah lah nak tinggalkan aku dah lepas ni. Tak kan lah, aku usik kau sikit pun nak marah." Ujar Leeya.
           
Annisa tadi yang wajahnya masam tersentak. Wajahnya bertukar sedih. Dia melabuhkan duduk di bucu katil bersebelahan Leeya. Tangan lembut gadis itu dipegang. “Leeya, aku nak maaf. Sepanjang kita berkawan ni, andai kata aku ada sakitkan hati kau ke makan makanan kau ke apa ke. Aku minta maaf sangat-sangat."

Leeya memuncungkan mulut. “Apa kau cakap ni. Kau takde salah apalah dengan aku. Rileks lah, kau tu  pengantin tahu tak? Tak elok nangis-nangis macam ni."  Leeya menyapu air mata Annisa menggunakan tangannya. Dia turut sebak mendengar ayat itu.
              
“Lepas ni, kita dah tak duduk serumah. Aku dah tak boleh nak jaga kau dah. Tak boleh masakkan untuk kau dah, gerak kau pagi-pagi pergi kerja padahal kau dah kunci jam. Tapi, liat juga nak bangun. Aku yang jadi mangsa kau tahu tak? Kau jaga diri elok-elok tau lepas ni?" Air matanya mengalir lagi.

“Kau ni... Pesan macamlah aku ni teruk sangat.Pandai lah, aku take care diri sendiri. Herm, Saa. Aku pun nak minta maaf juga dekat kau. Selama ni aku suka kacau kau. Tutup lampu jamban masa kau tengah sedap berak, kacau kau buat kerja, kadang-kadang aku tidur lasak sampai sepak kau jatuh katil semua tu. Aku minta maaf, weh" Leeya memeluk erat sahabatnya itu. Air mata terus mengalir
          
Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Terpacul muka Balkis, sepupu Annisa. Dia juga merupakan salah seorang bridesmaid berpakaian sedondon dengan Leeya. “Laa, kenapa sedih-sedih ni?"
“Kenapa, Balkis?" Tanya Leeya semula setelah gadis itu sedikit kalut.
“Leeya, kau touch up Nissa ni semula. Pengantin lelaki dah sampai." Mendengar sahaja arahan itu , Leeya terus menuju ke meja solek. Dia mengambil compact powder untung mendandan Annisa semula.

**********

“Nissa, kau jalan tu slow sikit, boleh tak? Aku tahulah kau excited nak jumpa laki tau. Tapi, janganlah sampai lupa diri. Kau tu pengantin. Tak payah nak laju. Kepit sikit." Bisik Leeya kepada Annisa. Mereka melangkah beriringan untuk menyambut pengantin lelaki yang berada kira-kira jarak dua ratus meter di hadapan.
“Mana ada lajunya? Kau tu hah, yang ke main beria kipas aku sampai nak tertanggal crown ni, pehal? Orang tutup je muka aku. Gimik supaya pengantin lelaki tak nampak muka aku ni, hah."
               
Leeya mencebik. ‘Gimik kepala hanguk kau! Dah jadi pengantin pun, mulut asyik tak boleh duduk diam aje.' Bebelnya di dalam hati. Sedang asyik mereka menyaksi paluan kompang daripada Pasukan Kompang Kampung Aman, tiba-tiba matanya tertatap seraut wajah lelaki yang pernah dilihatnya berdiri bersebelahan Arsyad.
            
Lelaki tinggi lampai, berkulit cerah dan berbadan sado. Oh damn! Penasaran kejap hati ni. Tanpa sedar, lelaki itu turut menatap wajahnya. Sebaik sahaja lelaki itu membuka kaca mata hitam berjenama rayban, Leeya terus menutup mulut tanda tidak percaya. Lelaki itu?? Oh, no. Kenapa dia lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience