Bab 44

Humor Series 9998

Aliff menyuruh Naufal dan Leeya duduk seketika di ruang tamu. Sementara dirinya ke dapur mahu menyediakan minuman. Leeya hendak membantu tapi, dia menahan.Naufal memandang wajah Leeya yang duduk diam di sisinya. Pegangan tangan wanita itu di lengannya erat seperti tidak mahu dilepaskan. "Sayang, okay?"

Leeya hanya mengangguk. Tidak berdaya untuk bersuara. Dirinya masih lagi trauma. "Are you sure? Kalau sayang tak okay, kita balik rumah."
"I'm okay. Kejaplah, bie. Nanti apa kata abang Aliff ." Giliran Naufal pula mengangguk. Lepas beberapa ketika, Aliff kembali ke ruang tamu dengan membawa sedulang air. Sepinggan kek pisang turut dihidang. Dia mempelawa mereka minum. Leeya hanya menurut.

"Abang minta maaf. Tak sangka pula mak boleh bertindak sampai macam tu. Terkejut juga abang." Mereka berdua hanya mengangguk. Seketika Leeya memandang sekeliling keadaan rumah flat berkos murah itu. Walaupun murah tetapi ianya bersih dan kemas. Perabut juga tidak banyak. Sememangnya abangnya itu memang seorang yang pembersih.

Dia berasa sedikit pelik. Bukankah gaji abangnya itu agak besar. Macam mana pula boleh tinggal di rumah sedemikian rupa? Nampak daif saja rumah ini. Tak kan abangnya itu kedekut sampai macam iti sekali? Segala persoalan bermain di fikirannya.
"Kalau abang kerja, siapa yang jaga mak cik?" Naufal bertanya.
"Abang tak kerja.." Tenang dia menjawab.
Leeya dan Naufal saling berpandangan. Bingung seketika. "Maksud abang?" Leeya pa bertanya.

"Lepas abang resign dari office walid abang ada kerja dengan satu company ni. Malangnya, abang kena buang kerja. Sebab sebelum ni abang kerap sangat ambik cuti. Payah Leeya. Takde siapa nak jaga mak. Mak pula ada masalah dengan saudara-mara dia. Nak tak nak terpaksalah, abang apply cuti." Dia menelan liur.
"Macam mana abang sara mak cik? Sorry, maksud Leeya. Abang kan dah tak kerja. Jadi macam mana cara abang dapatkan duit. Sebab Leeya tengok mak cik tu sakit teruk. Tentu kos dia mahal. Abang pula upah doktor datang ke rumah, kan?"

Aliff tersenyum pahit. Adiknya itu terlalu mengambil berat terhadapnya. "Duit simpanan abang adalah sikit. Cukup kalau buat nak sara mak."
"Abang tak nak cari kerja baru?" Aliff memandang muka kacak adik iparnya itu.
"Bukan abang tak nak cari. Tapi, mak memang tak boleh kalau takde abang.Walaupun, dekat mulut dia kata dia benci abang.

Tapi, kalau abang takde sekejap dekat depan mata dia, dia mengamuk. Hari tu, masa kita jumpa dekat My Town hari tu pun abang minta tolong kawan perempuan abang jagakan kejap. Habis dia terpekik, sampai jiran sebelah boleh dengar."
Leeya hanya mampu mendengar. Tidak sangka lelaki itu turut diduga dengan dugaan yang agak hebat.
"Aminah mana, bang? Dia tak jaga mak cik ke?"

Aliff mengemam bibir. "Dia takde dekat sini?" Perlahan saja dia menjawab. Leeya pelik. Dia mengerling ke arah suaminya. "Sorry, bang. Leeya tak faham. Aminah pergi mana sebenarnya?"
"Aminah dah lari dari rumah ni. Lepas walid Leeya ceraikan mak. Hidup diorang jadi susah. Aminah selalu minta duit belanja dekat abang. Tapi, abang tak bagi sangat. Dia boros. Kalau sikit takpelah juga. Ini banyak, abang mana ada duit.

Mungkin sebab tak tahan dengan abang, dia lari ikut jantan. Abang tak tahu dia pergi mana. Sebulan lepas Minah lari, mak jatuh sakit. Abang pula kena buang kerja sebab jaga mak. Itu yang pindah duduk flat murah ni. Sorrylah, kalau Leeya dengan Naufal tak selesa."
Mereka berdua tersentak. Tak sangka pula Aliff akan berkata sebegitu.

"Abang... Leeya minta maaf. Selama ni, Leeya tak pernah fikirkan perasaan abang. Leeya terlampau berdendam dengan mak cik dan walid. Sampaikan Leeya lupa, abang lagi diuji teruk dari Leeya."
Leeya menangis di bahu suaminya. Naufal turut sebak mendengar cerita Aliff. Nampak sahaja lelaki itu tenang, namun di dalam hati tiada siapa yang tahu.
"Leeya jangan menangis. Leeya takde salah pun dengan abang."

Leeya mengangguk. Dia melayangjan senyuman hambar. "Besok abang datang office. Abang duduk balik dekat tempat abang. Kerja semula dengan kami. Leeya pun tak berapa cekap lagi handle kerja-kerja tu. Boleh juga abang ajar Leeya apa-apa yang patut. Asyik harapkan Naufal je. Kesian dia." Dia melentokkan kepala ke bahu Naufal dengan manja. Naufal membiarkan malah, dia turut mencium dahi Leeya.

"Ma sha Allah, betul ke ni Leeya?"
Pantas Leeya menangguk. "Betul lah, bang. Tak kan Leeya nak main-main pula."
"Alhamdulillah. Terima kasih, Leeya. Naufal, terima kasih sangat-sangat sebab bantu abang." Aliff lega. Akhirnya , dapat juga dia kerja. Tetapi, dia berfikir sejenak. Siapa pula yang akan menjaga ibunya itu.

"Sama-sama, bang. Ohh, pasal mak cik tu. Saya rasa saya boleh tolong upah nurse atau bibik dekat rumah ni. Yelah, kan. Abang dah start kerja. Mana sempat nak jaga makan pakai mak cik." Ujar Naufal pula. Dia turut rasa kasihan dengan nasib yang menimpa jejaka itu.

" Tak susahkan Naufal ke?"
"Taklah, bang. Susah apanya. Sekadar cari orang je. Lagipun saya ada kenal boss ejen pembantu rumah yang okay. Senang sikitlah kerja kita nanti. Lagi cepat lagi bagus."
"Harap macam tu lah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Ehh kejap, ye. Mak dah panggil abang tu. Tunggu kejap."

Leeya memandang sayu melihat langkah Aliff ke bilik ibunya. Dia berjanji, walau apa pun terjadi . Dia ingin membantu lelaki itu mengurangkan nasib dirinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience