Bab 4

Humor Series 9998

?NABIL ZAHEEM?

Dia melangkah laju menuruni barisan tangga dan terus meninjau ke bilik permainan video, tiada. Kemudian, ke bilik kerja abangnya, tiada juga. Seterusnya ke bilik tetamu. Aikk, tiada juga. Hehh, mana pula orang tua kaki panjang ni?
“Abanggggg....!!!" Uuu mak aih, kemain kuat suara mengalahkan harimau Zoo Melaka.
“Apa?"
             
Nabil Zaheem mencebik. Cih, dekat dapur rupanya. Penat sahaja dia tercari-cari. Dia melangkah ke dapur. Kelihatan abangnya sedang sibuk memasak. "Kau masak apa, bang?"
Naufal mengalihkan pandangan ke arah adiknya yang segak berbaju kemeja lengan pendek berwarna hitam. “Masak air. Lepas tu, panaskan nasi goreng yang kau belikan malam tadi." Balas Naufal sambil matanya memandang atas bawah penampilan adiknya itu.
              
Nabil mengerutkan dahi. "Kenapa tengok aku macam tu? Kau ingat aku rembat baju kau ke?"
“Baju aku tu memang selalu dah kau rembat. Tak payah cakaplah. Ni, kau ni apahal berbaju kemeja ni? Nak pergi interview ke, apa?"
Naufal melepaskan tawa. “Pe ke benda lah, kau merepek ni? Buang tebiat ke apa aku nak pergi interview. Belajar pun tak habis lagi."
“Manalah aku tahu. Dah tu, kau smart-smart sangat ni apasal? Nak pergi mana?"
          
Nabil tersengih. “Ada lah. Nak pergi somewhere kejap. Eh, bang. Aku pinjam kereta kau kejap, eh? Motor aku tayar pecah."
“Tiap-tiap minggu tayar pecah ni. Kau lumba haram ke apa?
“Kejadahnye nak lumba haram pula. Takde masa lah, bro. Aku nak layan awek pun tak sempat ni nak race pula." Nabil menahan tawa. Abangnya itu kalau menuduh selalu buat ayat tak logik. Main belasah saja.
           
“Manalah aku tahu. Budak-budak zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Buat benda tak fikir apa. Ikut kepala diorang je. Yang tahu nak berseronok. Akal letak dekat lutut."
‘Naaaa! Dah mula dah bebelism abangnya itu. Ni kalau aku menjawab yang bukan-bukan ni mau bersememeh muka kena terajang.' Nabil berkata dalam hati.
          
“Kau jangan risau lah, bang. Nabil Zaheem adik kepada Naufal Zariff ni tak kan sesekali menconteng arang ke muka kacak abangnya kerana dia terlampau sayang abang kesayangannya itu." Sempat Nabil berloyar buruk. Naufal membuat muka geli.
“Kau tak payah nak bersweet talker lah. Dah serupa memerang dah aku tengok." Nabil membalas dengan tawa kuat.
         
“Memerang yang handsome kan, bang?" Dia menayang gigi putihnya.
“Yucks!" Nabil bantai gelak lagi. Budak ni memang ada sawan gelak.
“So, bang. Boleh tak nak pinjam jap kete kau?"
“Aku nak keluar lah kejap lagi. Nak pergi tengok site."
“Alahh... Kau tumpanglah Arsyad bff kau tu kejap. Tak pun, kau suruh aje awek kau hantar. Aku memang nak kena naik kereta ni?"
          
“Kau memang sengaja kan nak naik kete aku? Lepas tu, buat ayat kata tayar motor pancit? Taktik lama lah." Bidas Naufal bersahaja. Memang betul apa yang dikatakan olehnya. Alahhh nak, ini Naufal Zariff lah. Silap orang lah lu brader nak cong gua!
Nabil terengih sambil mengaru kepalanya yang sedikit gatal. Alamak doi, kantoi pula. Entah macam mana dia boleh lupa yang abangnya itu master bab-bab menipu membongak ni.
         
“Yelah. Aku ngaku aku tipu. Tapi ni baru first time tau. Yang dulu-dulu tu. Betul tayar motor memang pancit betul." Dia menyangkat tangan seakan bersumpah.
Aduh, comel lah pulak Nabil ni. Huhu. Naufal mematikan api dapur kemudian dia menarik kerusi meja makan, duduk berhadapan adiknya. “Mengada kau. Awek mana pula kau sebat kali ni?"
           
Bukan dia tidak tahu tabiat adiknya itu yang gemar bertukar pasangan. Sudah puas dia menasihati namun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nabil bolayan saja nasihatnya.
“Awek lama. Takde stock nak sebat yang baru lagi. Hahaha. Bang, cepat lah kunci mana? Aku terlambat dah ni."
“Ada kat atas meja kopi depan tv.   Pergilah."

“Okay, bang. thank you. Muah cikit. Kejap lagi tumpang lah siapa-siapa, eh. Ke kau nak naik bas?"
“Naik kuda. Dah lah pergi cepat. Menyampah pulak tengok muka poyo kau." Nabil membalas dengan ketawa. Cepat dia melangkah ke luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience