Bab 14

Humor Series 10084

“Hoi, buat apa tu??" Arsyad datang menyergah dari arah belakang. Terkejut mereka berdua, nasib dia tidak terpeluk lelaki di sebelahnya itu. Oppss! Jangan kau! Kantoi pula nanti. Hehe.
Naufal sudah menayang wajah bengang. Kari dal punya member, tak kasi can langsung dia nak mengayat. “Buat apa? kitorang sembang aje lah gila." Naufal berkata kasar. Ikutkan hati mahu sahaja dia membenamkan sahaja Arsyad didalam air ini. Biar padan muka.
         
Arsyad ketawa. Seronok melihat wajah merah mereka. Malu lah tu. “Habis korang buat apa je kat sini? Rugilah bayar mahal-mahal tapi tak nak mandi."
“Kejap lagi mandi lah. Alamak, kau. Dah habis best-best dengan bini kau baru ingat aku? Dari tadi aku tengok korang ke main happy.

Sampai aku panggil tanya nak beli apa-apa kau buat bodoh je."
Annisa sedikit lencun tiba-tiba meluru ke arah mereka lantas menjeling suaminya. “Sorry lah, Fal. Suami aku ni pekak sikit. Lain kali kalau nak cakap dengan dia. Volume tu kasi up sikit. Dah berapa lama dah berkawan, tak kan kau tak tahu lagi?"
         
Annisa.... Annisa! Sempat juga mengutuk suaminya itu. Arsyad tidak menjawab. Sengih sahaja. Sayang bini katakan. Mereka berempat sahaja ke sana. Ahli keluarga Arsyad sudah pulang ke Seremban pagi tadi.

Tinggal Naufal sahaja yang masih belum pulang ke Kuala Lumpur. Lelaki itu kata, dia mahu menghabiskan masa sekejap di kampung ini. Eleh, yelah tu nak habiskan masa. Macam dia tak tahu apa yang ada di dalam kepalanya rakan baiknya itu. 
           
“Tahu.. Tapi, saja buat-buat tak tahu." Serentak dia dan Annisa ketawa. Arsyad mengembangkan hidung.
“Amboi, darling! Suka hati you je eh, ketawakan I. Nak merajuk lah macam ni." Dia memuncungkan mulut. Annisa ketawa kecil. “Ishh... Over je you ni. Biarlah I nak ketawa ke apa ke. Bukan selalu ada peluang nak buat macam ni dekat you!"
           
“Sampai hati you, ling. Buat I macam ni. Sesak jiwa raga I tau. Bini kesayangan I buat I macam ni." Arsyad mengetuk dadanya menggambarkan hatinya yang pilu. “Alolooo, sayang. Jangan sedih-sedih, okay. Baiklah, I promise tak buat dah bukan-bukan lepas ni." Annisa mencuit manja pipi suaminya tanpa menghiraukan langsung Leeya dan Naufal yang dari tadi menonton drama cinta mereka.
         
Leeya pantas mencelah. “Alohhhh,... Alohhh.. Darling sayang, darling sayang. Aku penampar dua-dua ekor karang baru. Gedik je kau ni, Nissa." Arsyad hanya tersengih malu manakala Annisa menjongket mulut.
“Jelous cakap jelouslah!" Annisa berkata spontan. Kedua-dua jejaka itu ketawa.   
         
Leeya menjeling ke arah Naufal. Naufal terkedu dan berdehem seketika.
“Jelous ke? Tak payahlah. Kalau kau buat lebih dari tu pun aku sanggup bagi." Dia membisikkan di telinga comel milik Leeya. Pantas Leeya menyiku sebelum pasangan double A itu berpaling ke arah mereka. Nufal mengaduh manja. Merenget macam nak makan penamporr! Leeya tahan hati.
         
Naufal tersenyum kemudian dia membalas. “Bukan jelouslah, Nissa. Kitorang ni kan belum kahwin. Masih suci lagi kata orang. Korang ni pun, kalau ye nak bermanja jangan depan kitorang. Fikiran kitorang masih mentah. Masih tak tahu apa-apa" Kata Naufal yang hanya beriak selamba.
       
“Yelah tu, masih suci. Kau kena jaga-jaga Leeya. Kaki porn mamat ni!"
“Kepala hotak engkau!" Annisa cepat-cepat menahan Naufal yang baru mahu mensmack down suaminya itu. Ini kalau dibiarkan, mahu berkecai wajah kacak suaminya itu. Muka Leeya jelas kemerahan. Betul ke dia ni kaki porn? Masak aku!
“Hei, dah lah korang ni. You! Sudahlah tu. Asyik nak kenakan orang je. Dah-dah jom mandi. Leeya kau tak nak mandi ke? Tak kan nak duduk saja?"
          
Leeya menggaru kepala. Bukan tak nak mandi. Tapi, entah kenapa dia rasa segan. Karang kalau dia membuat aksi terlarang macam mana? Nanti tak pasal-pasal kena tuduh sebab goda anak teruna orang. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk memberikan alasan.
         
“Aaaa... Malaslah nak mandi. Leceh lah nak kena tukar baju lagi. Tak selesa."
“Alaa, leceh apa pula? Tandas ada je dekat sini. Bersih je. Lagi satu, kau kan....." Belum sempat Annisa menghabiskan ayatnya. Leeya terasa kakinya terlanggar sesuatu. Rasa geli sampai kembang tekaknya, dia memandang kakinya yang putih gebu itu dan tiba-tiba....
          
            “Katakkkkk!!!!"
       
             GEDEBUSHH.....!!
         
Spontan Leeya  menyambar tangan sasa milik Naufal. Dia takutkan binatang-binatang yang berkulit licin. Tambah-tambah katak. Euuu, sudahlah katak itu besar, badan lembik dengan dengan belakang badannya ada lubang-lubang. Memang  takut lah cerita dia. Naufal pula tidak tahu apa-apa dia turut terkejut.
          
Akhirnya, dia dan Leeya jatuh ke dalam air. Masing-masing basah lencun dengan paras air yang kedalaman paras pinggang dewasa. Arsyad dan Annisa ketawa terkekeh-kekeh. “Itulah. Padan muka! Orang ajak mandi tak nak. Berlagak sangat."
         
Annisa berkata dengan sisa tawa belum habis lagi. Sampai keluarkan air mata. Over je! Leeya mengkancing gigi menahan geram. Cinabeng punya member. Siap kau, Nissa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience