Bab 27

Humor Series 9998

Leeya yang sedang leka bermain game ‘The Sims 4' di laptop acer miliknya terkejut kecil. Tiba-tiba sahaja Oppo F1s miliknya berdering lagu Echame La Culpa. Nama ‘My Bibiey' terpancul di skrin telefon, dia menjawab pantas.
“Helloo..."
“Hello, sayang. Good Morning."
“Banyak lah kau punya morning. Sekarang ni dah 12 tengahari lah. Baru bangun ke apa ni?"

Kedengaran Naufal ketawa. “Saja je test sayang. Mana tahu sayang tengah tidur ke apa ke."
“Takde lah. Bangun awal tadi. Sekarang tengah rileks-rileks layan game jap. Tak kerja ke ni?"
“Nope. Hari sabtu kan, sayang. Bie cuti lah." Leeya menepuk dahi. Aiseyman, lupa pula hari ni hari apa.

“Haah lah, hari sabtu hari ni."
“Sayang bibiey tak kerja ke?"
“Tak. Cuti jap hari ni. Tiba-tiba rasa malas pula." Jawabnya tanpa selindung.
“Ok, good. Sayang siap sekarang boleh tak? Kejap lagi bie datang ambil."
“Nak pergi mana?"
“Siap je, yang. Bie ada surprise dekat sayang. About 30 minutes nanti bie sampai." Leeya menggaru kepala. Laptopnya ditinggalkan, dia melangkah ke sofa.

“Malaslah nak keluar. Ingat nak duduk rumah je harini. Cover balik tidur yang tak cukup tu."
“Alaa, sayang. Pleaseeee... Dah lama kita tak dating. Sayang tak rindu bie ke?"
“Herm... Ada lah sikit." Leeya menahan tawa. Sengaja mengusik jejaka itu.
“Nakal tau, sayang bie ni. Okaylah yang. Pergi siap cepat. Pakai sopan-sopan sikit tau."
“Eh, wait! What do you mean ‘pakai sopan-sopan'. Selama ni seksi sangat ke sayang pakai?"

“Seksi bagi bie lah. Hahaha. Ingat tau. Jangan seksi-seksi sangat. Kalau tak siap sayang!" Naufal memberi peringatan.
“Hurm yelahh..." Malas sahaja Leeya menjawab.


**********

Naufal terkesima melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya. SubhanAllah, indahnya ciptaan tuhan. Dengan perlahan dia melangkah ke arah Leeya. Dengan pandangan yang redup dia memandang wajah gadis kesayangannya itu. Tanpa dijangka, satu ciuman penuh kasih didaratkan di dahi gadis itu. Leeya tersipu malu.

“Biee..." Dia menegur perlahan.
“Syhhhh... Sayang, you looks so amazing. Apasal suka sangat bagi bie sesak jantung tengok sayang ni." Ujarnya sambil membelai pipi mulus milik Leeya Farahin.

Benar, gadis itu kelihatan sangat lain dengan jeans putih dan blaus putih yang dihias tali besar di bahu berwarna tawny serta satin silk shawl berwarna senada dengannya. Benar-benar memukau pandangan siapa sahaja yang melihat. Dipakai juga jam tangan berjenama MICHAEL KORS  pemberian Naufal minggu lepas.

Leeya hanya ketawa. “Okay tak sayang pakai macam ni?"
“Okay sangat sayang. Bie nak kiss boleh?" Soalnya dengan romantis. Fuhh, tak sangka Leeya nak pakai tudung. Maksud dia tadi, dia tak nak Leeya berpakaian terdedah sangat kerana tempat yang dia nak pergi ni bukan tempat yang bukan-bukan.

Tapi, sudah diberi pakej bertudung, dia terima sahajalah. Bukankah wajib untuk setiap wanita memakai tudung?
“Jangan nak mengada-ngada, eh? Ingat sikit kita kat mana ni." Leeya memandang sekeliling kawasan perumahannya. Sunyi sahaja.
“Alaaa... Nak jugak!"
“No!"
“Kedekut!"

Leeya ketawa kuat mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut jejaka itu. Comelnya muka cemberut bie ni. ‘Hai, aku cium jugak ni karang orang tua ni.' Dia berdesis nakal.
“Bie.. Kita nak pergi mana ni?" Soal Leeya semasa Naufal membuka pintu kereta untuknya.
“Kita pergi syurga." Naufal mengeyitkan mata lantas menutup pintu.

Sebaik sahaja dia masuk ke tempat pemandu, dia melihat Leeya sudah memasamkan muka. Kening Naufal terangkat.
“Sayang marah bie ke?"
“Tak pun."
“Habis tu kenapa masam ni, herm? Dah tak comel dah muka ni tau tak."
“Biarlah comel ke tak. Bie bukan kisah pun." Naufal menggengam erat tangan lembut milik Leeya kemudian dia mencium.

Bau cologne victoria's secret benar-benar menaikkan nafsu jantannya. Macam nak terkam. Dia melihat dada Leeya yang sedikit montok itu. Fuhh, sabar Naufal. Tak kan berlari gunung dikejar. Eh, betul ke perumpamaan aku ni? Huhu.

“Of course, bie kisah. Sayang ni permaisuri bie kan. Sayang kenalah selalu comel. Baru bie sayang."
“Habis tu, kalau tak comel? Bie tak sayang lah? Macam tu ke?"
“Yelahh.. Hahahaha" Leeya mencubit kuat bahu sasa Naufal. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Auch, sayang. Behave! I'm driving right now..."

Leeya memandang ke arah tingkap. Dia cuba menarik tangannya namun, hampa. Naufak memegang erat seakan tidak mahu lepaskan.
“Sayang, jangan risau okay? Just trust me. Tak kan bie nak bawak sayang ke tempat yang bukan-bukan."
Leeya hanya mematungkan diri.

Melihat buah hatinya yang masih lagi membisu, dia memberhentikan kereta di sisi jalan. Naufal memegang dagu runcing Leeya supaya menghadapnya. Mereka bertatapan, lama. Akhirnya, Naufal membuka mulut.
“Sayang, sayang bie tak?"
“Soalan apa ni?"
“Jawab je sayang."
“Sayang lah." Jawab Leeya manja.

Naufal tersenyum penuh makna. “Are you sure?" Leeya hanya mengangguk. Wajah mereka hanya kurang dua inci seketika itu. Naufal mencium bibir Leeya yang kemerahan. Leeya membiarkan saja. Saat dia mahu membalas, mahu melepaskan. Dia menahan hati.
“Then trust me. Bie janji, sayang mesti suka tempat yang bie bawak ni."
“Takde clue ke?" Leeya akhirnya menyoal. Cair babe, kena cium. Hahah!

“Rahsia. Sayang tidur dulu, okay? Nanti dah sampai. Bie kejutkan.."
“Macam jauh je tempat kita nak pergi ni." Naufal tidak menjawab sebaliknya dia mendekati gadis itu. Seat yang diduki Leeya diturunkan supaya gadis itu berbaring. Seketika dia membelai wajah gadis itu.
“Have a sweet dream, sayang!" Naufal mendaratkan ciuman di dahi, pipi, dan bibir gadis itu.

Leeya membiarkan saja. Selang beberapa minit, dia sudah terlelap. Naufal pula meneruskan pemanduan dengan hati yang lapang. Dia mahu cepat-cepat sampai ke destinasi yang dituju!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience