Bab 12

Humor Series 10089

Naufal melepaskan keluhan berat. Entah kenapa bayangan gadis itu bermain-main di fikirannya. Jatuh cinta? Tak mungkin. Mereka kenal pun tidak masakan boleh jatuh cinta. Dia sebenarnya masih terkejut lagi. Manakan tidak, dia ingat siapalah gadis cantik berbaju hitam itu tadi. Rupa-rupanya perempuan gila tu! Sudah tiada lagi ripped jeans, sweater hoodie milik gadis itu. Huhh! Lain sungguh wajahnya, mungkin dia mengenakan solekan tebal tetapi cantik.
           
Ya, cantik! Rambut ikal mayang yang keperangan gadis itu dilepaskan tanpa ikatan. Memukau!
Dia tersengih mengingatkan hal tadi. Ramai yang mengusiknya mengatakan mereka seperti pasangan bercinta. Jurukamera yang diupah Arsyad untuk menangkap gambar mereka , tidak habis-habis mengarahnya bergambar bersama gadis itu. Macam dia pula yang kahwin. Layankan sudah.
         
Arghhh, kenapa ni? Kenapa dia tidak habis-habis terbayangkan gadis itu? Arsyad beritahu, gadis itu rakan serumah dengan Annisa. Sudah empat tahun mereka tinggal bersama dan Arsyad pun kenal dengan gadis itu. Leeya Farahin!
Nama itu sudah terpahat di hatinya. Naufal sudah tersenyum penuh makna. Kelajuan kipas berada di biliknya dikurangkan. Sejuk! Keluarga Annisa telah menyewa homestay untuk rombongan pengantin lelaki.
         
Tetapi, malam ini Naufal mengada-ngada mahu bermalam di rumah Nissa. Dia sebenarnya sudah berkomplot dengan Annisa dan Arsyad akan sesuatu misi! Misi apa lagi, misi menguratlah. Nasib baik pasangan laki bini itu sporting habis!
Naufal mengambil iphone X disebelahnya. Kemudian, dia membuka akaun instagram miliknya. Barusan tadi dia berjaya memaksa Arsyad untuk berikan kepadanya username ig milik gadis itu.
        
Kemudian, dia menaip untuk mencari nama '_LeeyaF'. Serta-merta terus akaun gadis itu muncul kerana hanya dia seorang saja yang menggunakan nama itu. Akaunnya tidak diprivatekan. Senanglah, dia mahu stalk. Jumlah followers bukan main banyak, posting gambarnya juga banyak. Naufal menggeleng perlahan. Hot rupanya sayang bie ni. Eh?
        
Dia melihat satu per satu gambar milik Leeya. Rupanya Leeya pernah berkerja sebagai model separuh masa. Patutlah badan mantap! Dia melihat bersama senyuman yang bermakna. Laju dia menscroll gambar-gambar gadis itu. Tiba-tiba dia terhenti saat melihat satu gambar yang bercaption. 

‘I don't wish to be everything to everyone.
But, i would like to something to someone.'

       
Pergh! Naufal menelan liur. Memang cantik betullah gadis ni. Dia yakin gadis ini bukan melayu asli. Wajahnya seakan campuran. Daripada baka apa ni, eh. Dengan senyuman yang belum pudar, Naufal segera menyentuh ikon follow di instagram gadis itu.

                         **********

        
           
Leeya yang memakai baju tidur berkain satin bewarna merah, melangkah pergi ke dapur. Habis semua lampu dia buka. Sememangnya dia takut gelap. Jadi terpaksalah dia berbuat begitu walaupun di rumah Mak Iti. Tambah-tambah sekarang ni pukul 3 pagi. Semua penghuni rumah itu sudah dibuai diulik mimpi. Dia dahaga. Dia mahu minum.
          
Sedang dia mencuci cawan selepas minum, sebatang tubuh menghampiri dan menegur. “Hoi!!"
“Oh, bodoh kau!" Leeya mengeluarkan latahnya dan segera berpaling ke belakang. Dia melihat Naufal sedang menahan tawa. Mukanya dimasamkan.
“Kau ni kalau tak kacau aku tak senang agaknya hidup kau, eh?"
“Best apa. Cuba kau tengok muka kau dekat cermin. Hodoh gila!"
          
Segera Leeya memegang mukanya. Dia membuat muka bosan. Dia memandang ke arah Naufal yang turut memakai tshirt putih dan berpelikat pants  Afdlin Shauki. Pakai macam tu pun segak! “Tahulah aku hodoh. Buruk! Tak payah lah nak ingatkan aku. Huh!" Dia yang baru mahu mengatur langkah terhenti apabila Naufal tiba-tiba memegang tangannya.
“Apa ni? Lepaslah." Naufal hanya tersenyum.
“Kau marah ke?"
“Mana ada. Best weh kena kutuk."
“Oh ye?" Naufal membulatkan mata tanda tidak percaya. Tangan gadis itu belum dilepaskan.
         
“Kalau macam tu bolehlah aku hari-hari kutuk kau. Kau suka kan." Leeya mendengus marah.
“Kau jangan nak mengada, eh? Aku lempang karang!"
“Lempang lah. Nah ambik pipi ni. Kau nak gunakan untuk cium aku pun boleh. Eh, jap. Aku bagi pakej. Ambik pipi free sekali mulut. Amacam?" Naufal menyuakan pipi kanannya dan mulut rapat ke muka Leeya.
         
“Eee... Menyampah aku, dia ni. Pergi balik KL lah. Semak je duduk sini lama-lama." Dia melangkah pergi. Namun,baru sahaja empat langkah dia melangkah... Tiba-tiba..

GULP!!!

         
“Arghhhhh!!" Leeya menjerit kuat! Pantas Naufal mendapatkannya dan menekup mulut Leeya sambil berkata.
“Wuishh, rileks rileks! Tak payah lah jerit kuat sangat pagi buta macam ni. Kang orang ingat kau jadi apa-apa pula. Blackout je kot." Tegurnya kepada gadis itu. Leeya yang masih terkejut terus membenamkan muka ke dada Naufal.
         
“Jangan tinggal aku. Aku takut gelap!" Suaranya menggigil. Naufal terkejut dan dia boleh rasakan  sekali badannya yang turut menggeletar. Dia memeluk gadis itu.
“Hai, sudah. Syyyhhh-syyhhh... Aku ada ni. Tak payah takut dah. Takde apa-apa lah." Naufal memujuk dengan perlahan. Sekali dengar dah macam seorang kekasih yang sedang memujuk kekasihnya daripada merajuk. Damn! Why so romantic!
         
Leeya tidak membalas. Dia mula menangis. Tersedu-sedan badannya menahan tangis. Naufal menggaru kepala. Alamak, apa aku nak buat ni. Tiba-tiba dia mendapat idea. “Ikut aku." Segera dia menarik tangan dia  masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk gadis itu.
Naufal membaringkan Leeya di atas katil. Dia mengambil selimut tebal dan terus diselimutkan ke badan gadis itu.
         
Di saat dia mahu keluar, tangan Leeya tiba-tiba memegang tangan kekarnya seperti mengharapkan sesuatu. Dia dapat melihat gadis itu memandangnya dari biasan cahaya bulan. Muka gadis itu seakan takut.
“Temankan aku..." Suara Leeya penuh pengharapan.
         
Naufal menelan liur. Dia tidak tahu membalas apa. Biar betul! Dia takut gadis itu diapa-apakan. Imannya bukan kuat sangat. Dia mahu menolak tetapi, dia berasa serba salah. Kalaulah gadis itu jadi apa-apa. Sudah tentu dia akan menyesal! Akhirnya dia mengangguk perlahan. Segera dia menutup pintu bilik dan mengunci. Takut Mak Iti atau Annisa masuk tiba-tiba. Sudah tentu dia kena terajang!
          
Naufal turut baring di sebelah Leeya. Dia merapatkan tubuhnya ke tubuh Leeya dan segera memeluk gadis itu. Disandarkan kepala gadis itu di dada bidangnya. Leeya mendongak dalam takut.
“Rileks. Aku bukan nak ambik kesempatan atas kau. Aku cuma nak bagi kau hilang rasa takut je. Percayakan aku.  Just close your eyes and sleep well."
         
Leeya tidak membalas. Dia memejamkan mata dan mahu tidur. Diakui dia takut dan selesa dalam pelukan lelaki itu. Rasa selamat dan... Disayangi! Tanpa sedar, ada perasaan asing yang menjalar ke dalam kedua-dua hati mereka. Leeya kembali membuka mata apabila dia merasakan seseorang mencium dahi, dan pipi, dan lehernya.
“Naufal... Please!" Rayu Leeya perlahan.
         
Naufal yang sedang mencium leher wangi milik Leeya tersentak. Seraya dia memandang gadis itu.
“Sorry..." Leeya kembali menutup mata. Naufal di sebelah hanya berdiam diri. Tangannya masih merangkul tubuh gadis. Dia tidak boleh tidur, bimbang nanti dirinya akan dicari oleh Arsyad. Naufal mendesis sambil memandang Leeya. Kalaulah dia milikku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience