Bab 42

Humor Series 9998

“Ummi!!!!"
“Sayang... Sayang.. Bangun. Hai kenapa ni?" Naufal menggerakkan Leeya daripada tidur. Tangan sasa Naufal memicit suis lampu tidur. Leeya mengigau. Terpisat-pisat dia bangun dari tidur. Leeya memandang sekeliling. Oo, mimpi rupanya. Naufal tidak berbaju di sebelah dikerling.
“Pukul berapa sekarang ni? Naufal memandang jam di dinding.

“Dua pagi. Sayang mimpi apa ni? Sampai berpeluh-peluh." Naufal menyelak rambut Leeya perlahan dan memeluk isterinya. Wajah isterinya pucat. Kasihan betul dia melihat.
“Sayang mimpi ummi."
“Mimpi ummi?"
“Sayang mimpi, zaman waktu sayang kecil-kecil dulu. Mimpi Mardina pukul sayang. Tengking ummi." Leeya berkata perlahan.

Naufal merapatkan pelukan. “Ni mesti sebab sayang fikir apa yang Abang Aliff cakapkan tadi kan. Sampai terbawa-bawa ke tidur ni." Leeya terdiam.
“Bieee..."
“Hurmmm??"
“Perlu ke sayang jumpa dengan dia?" Naufal terdiam seketika. Di dalam hal ini, dia harus pandai bersuara. Bimbang isterinya itu tidak berfikir ikut suka.

“Sayang dah ready nak jumpa dia?" Leeya menggeleng.
“Sampai bila-bila sayang tak akan maafkan dia. Dia dah musnah keluarga sayang. Bekas kena tampar dengan dia masih terasa lagi, bie." Naufal membelai pipi isterinya perlahan.
“Sayang... Bie tak paksa sayang. Tapi, setiap yang berlaku ada hikmah dia. Sayang percayakan takdir Allah?" Leeya menangguk.

“Bie tak sempurna. Tapi, bie tak nak isteri bie terus-terusan ada sifat dendam dekat sini." Dia menyentuh dada Leeya. Leeya memandang wajah suaminya.
“Sayang kena tamatkan semuanya. Bie tahu dekat dalam ni sakit. Sayang berdendam, sayang marah. Tapi, sampai bila nak terusan macam ni? Arwah ummi dan walid dah lama pergi. Sekarang ni Mardina sakit. Sayang nak tunggu dia takde ke baru sayang nak maafkan dia?"

Leeya mengeluarkan air mata. Sedikit teekesan dengan kata- kata Naufal.Walaupun, suaminya itu bersuara lembut tetapi, dia tahu suaminya itu sedang bertegas. Leeya menggigit bibir.
“Sayang takut sayang tak kuat."
“Bie kan ada. Bie akan pastikan sayang kuat. Jangan risau. Dah-dah tak nak nangis dah. Tak comel lah, bini kesayangan bie ni." Leeya tersenyum, air mata yang mengalir diseka perlahan.

“Bie lah, yang buat sayang nangis ni."
“Aikk, kita pula yang kena?"
“Bieee...." Leeya mengeluarkan suara manja. “Nak peluk."
Pantas Naufal memeluknya. Leeya mencium kedua-dua belah pipi, dan sekilas di bibir Naufal.
“Ermmm, wanginya..." Dada bidang yang terdedah itu dicium mesra lantas dipeluk erat. Naufal tersenyum dengan aksi manja isterinya. Dia berbisik ke telinga Leeya.

“Kalau sayang nak bie nak bagi. Tapi, nanti bangun lambat  sikit lah. Sekarang ni dah lambat." Pantas Leeya mencubit bahunya. “Eeee, bie ni, kan pantang tahu tak. Dah lah, sayang nak tidur dulu. Muahh!" Sempat lagi lagi mencium bibir Naufal. Naufal tersenyum. ‘Hai, cakap tak nak. Tapi, goda aku!' Dia memeluk badan Leeya lantas turut memejamkan mata.

                      *********

Naufal meletakkan sebijik mug air susu di meja kopi. Isterinya yang cantik dengan berpakaian gaun tidur satin nipis berwarna maroon itu dipandang. Malam-malam pun cantik, sengaja nak goda dialah tu.

Dia memberikan senyuman penuh makna. Naufal duduk di sofa bersebelahan Leeya, dia menyandarkan kepala Leeya di dada bidangnya. Sungguh romantik aksi mereka ketika ini. Naufal mencium rambut Leeya. Wangi!

Leeya kini sudah tidak menjadi pemandu grab lagi. Bahkan, kini dia sudah menjawat jawatan sebagai pemegang saham tertinggi di ofis walidnya. Dah jadi big boss sekarang. Naufal juga tidak kurang hebatnya. Lelaki itu ialah pemegang saham kedua di ofis arwah Dato Roslan. Kini, dia mengajar sedikit sebanyak dengan ilmu yang dia ada kepada isterinya bagaimana mahu membentuk syarikat.

Leeya juga sibuk mengikuti kelas business dan kursus-kursus bersama usahawan yang hebat. Dia akui, belajar dunia business ini bukan semudah yang disangka. Walau apapun, dia bersyukur suami selalu memberikan dorongan yang baik untuk dia terus belajar dan belajar. Kadang-kadang sampai masuk tandas tu pun diusung juga buku tentang dunia perniagaan.

Amboi, melampau sangat tu. Mujur, Naufal tidak tahu. Kalau tidak sudah tentu kena merepek. Arsyad dan Annisa turut bekerja di ofis mereka. Leeya yang mencadang. Syukur mereka terima. Annisa juga telah melahirkan sepasang kembar lelaki. Aisy Mateen dan Aisy Maleeq namanya. Comel sangat dua ketul tembikai tuu.           

Naufal mencium pula pipi gebu Leeya. “Sayang... Minum susu." Leeya memuncungkan bibir. Dia memang tak suka minum susu. Nak termuntah.
“Alahhh, bie ni. Susu lagi. Kenapa tak bawa kopi je? Bie kan pandai buat kopi. Siap ada corak lagi."
“Jangan nak mengada. Perli bie pula, eh? Dah cepat minum susu ni. Karang sejuk dah tak sedap."

“Apa pula perli? Betul lah, bie pandai. Dulu lepas spm kan bie bagitau Leeya bie pernah kerja dekat old town white coffee as a handsome barista. Tak kan dah tak ingat?"
“Yeke bie ada bagitau? Takde lah, sayang.."
“Ishhh..  Dia ni, kan!"

Leeya menggeletek perut sixpack suaminya itu. Padan muka, gatal sangat tak berbaju. Jangan buat main dengan aku.
“Okay, okay... Sayang, jangan buat macam ni lagi. Boleh senak pangkal rahim bie ni. " Leeya bolayan saja. Dia minum juga susu yang dibancuh oleh suaminya. Berkerut mukanya menahan loya. Naufal buat-buat tidak nampak.

Kalau dia bersuara, sudah tentu wanita itu tidak mahu minum.
Silap hari bulan, dengan dia dia yang kena habiskan. Macam dia tidak tahu perangai nakal isterinya itu.
“Uwekk.. Bie... Nak termuntahlah."
“Eh, janganlah muntah. Ada pula. Susu ni bagus. Baru baby kita ni sihat, putih gebu macam mama dia." Naufal mengusap perut Leeya yang masih lagi rata.

Untuk pengetahuan semua. Leeya kini sedang hamilkan zuriatnya. Sudah enam minggu usia kandungan itu.
“Okay sayang dah minum separuh. Nah, untuk bie pula." Dalam terpaksa dia menyambut juga gelas yang disua kepadanya. Diminum sedikit.
“Ermmm, sedapnya."
“Kalau sedap, bie habiskanlah." Nahhhh! Kan dah kata.

“Sayang, kalau bie yang habiskan. Baik bie je yang mengandung." Leeya tidak membalas, sebaliknya dia ketawa. Tiba-tiba dia boleh bayang rupa suaminya yang sedang hamil. Dengan badan sado, perut tersembul ke hadapan. Dah macam apa dah. Tak comel langsung!
“Haaa, fikir bukan-bukan lah tu. Menyengih tiba-tiba."
“Eh, mana ada." Pantas Leeya menyangkal.“Yelah tu."

Naufal menggesel dagunya yang berjambang nipis ke bahu Leeya yang terdedah. Leeya mengelak.
“Bie, jangan kacau. Sayang nak fokus ni."
“Fokus apa? Baik fokus je dengan bie. Dah lama tau papa tak manja-manja dengan mama ni, baby!" Perut Leeya digosok perlahan.
“Bie.. Kejaplah. Janganlah kacau." Leeya memasamkan wajah.
“Yelahh... Yelah. Garang tau mama ni. Mentang-mentanglah cantik. Kesian papa, kan baby kan?." Mama suka marah papa."
         
Naufal mengadu kepada anaknya. Pura-pura merajuk. Leeya buat tak tahu. Dia menfokuskan mata ke kaca televisyen. Rancangan kegemarannya ‘Tiamo sweetheart, 100 hari!' sedang diulang tayang. Handsomenya Zul Ariffin. Kalaulah dia Neelofa. Kehkehkeh. Leeya sudah menyengih, suami di sebelah sudah tidak dipedulikan.

Naufal sudah bengang melihat aksi isterinya. Amboi bukan main lagi, tengok musuh seterunya itu. Apa tak cukup handsome ke aku ni? Aku lagi handsome tau dari mamat poyo tu. Kaki gim jugak aku ni pun. Tengok tv tu sampai juling. Jangan sampai aku tukar nama je, kang tak pasal-pasal orang panggil aku Zul Naufal!
“Sayanggg...!!" Naufal menguatkan suara.
            
Leeya termelatah kecil. Terkejut dengan suara kuat suaminya itu. Dadanya diurut. “Hishh, bie ni. Terkejut tahu tak? Apa main jerit-jerit ni?"
“Dah orang panggil tak dengar. Bie jerit lah. Berapa ribu kali dah dia tengok cerita ni pun boleh fokus lagi. Bukan handsome mana pun si Jul ni. Bie lagi handsome, tahu tak."

Leeya ketawa besar melihat muka kemerut suaminya itu. “Zul lah sayang. Suka hati dia je. Nak Jul Jul kan orang. Eeee, dah la orang dah tak nak tengok lah Zul ni. Lepas ni nak tengok bie je. Sebab bie lagi handsome. Muahh.... Muahh..."
             
Dicium pipi suaminya tanda pujuk bertalu-talu. Apa lagi, tersengihlah lelaki itu. Dasar gedik!
“Bie, tak nak kat sini. Tapi, nak dekat sini." Naufal menunjukkan jari ke arah bibir nipisnya. Dia cuba menyentuh bibir isterinya dengan bibirnya namun, perempuan itu cepat menahan. “No no no. Not now, okay. Sayang ada something nak cakap ni." Naufal mengeluh hampa. Dengan muka malas dia bertanya. “Apa dia?"

“Besok bie busy tak?"
“Tak tahu lagi. Kenapa?"
 Leeya menggigit bibir sebelum menjawab. “Kita pergi rumah abang Aliff, nak? Ziarah mak dia."
Naufal terpempan. Seketika dia mengucapkan syukur. Pintu hati isterinya telah pun dibuka. “Sayang serious nak pergi ni?" Leeya mengganguk.

“Sayang dah pikir masak-masak. Sayang kesiankan abang Aliff. Haritu, dia nak sangat sayang jumpa dengan mak dia. Tak salah kan bie, kalau kita pergi tengok?"
“Tak sayang. Tak salah. Okay, esok kita pergi ye?"
Leeya sudah tersenyum senang. Naufal merangkul tubuh isterinya dengan kemas. Dia membisikkan sesuatu sehingga isterinya kelihatan seperti malu tapi mahu.
Hurmm...apa sajalah yang dibebelkan tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience