Bab 11

Humor Series 10089

Leeya mengagah bayi yang berusia tujuh bulan sehingga bayi itu ketawa terbahak-bahak. Widad memang comel wajahnya ditambah pula dengan badannya yang montel dan berkulit cerah. Siapa sahaja yang melihat, pasti ingin saja mencubit pipi gebu bayi lelaki itu. Annisa berjalan menuju ke arah Leeya yang sedang berseronok melayani anak sepupunya itu.
             
“Wah.. Wah.. Ada nampak ciri keibuan kau ni. Suka betul Widad ni dengan kau." Sapa Annisa. Dia sudah menukar busana pengantin kepada blaus labuh  moden berwarna biru navy. Selendang yang berwarna light blue dibelit ringkas. Wajahnya tampak sedikit segar selepas mandi.

“Budak comel ni dengan semua orang pun dia suka. Kan sayang, kan? Muahh." Leeya menggomol lagi pipi tembam bayi itu. Widad terus ketawa . Dia memang suka dengan kanak-kanak. Lagi, bayi yang berusia dalam lingkungan bulan. Comel!
       
Annisa turut ketawa. Seketika dia mencuit wajah Widad. “Wei, kau tak nak mandi ke? Happy je aku tengok kau pakai dress ni sampai tak nak tukar. Selalu bukan main payah nak suruh pakai kain." Annisa meneliti pakaian di tubuh langsing Leeya. Tidak dinafikan gadis itu memang cantik dengan persalinan dress moden berwarna hitam. Tampak anggun dan dan simple.

“Aku selesa do, pakai baju ni. Tak panas. Cantik betul design dia. Tak sia-sia aku beli." Dia membetulkan baju di bahu yang seakan mahu terlondeh.
    
Bukan nak angkat diri. Semasa majlis berlangsung tadi, dia perasan ramai mata yang memandangnya. Tapi, buat tak tahu. Biasalah tu, dia kan duduk di sebelah pengantin. Sudah pastilah orang menumpukan perhatian kepada pasangan mempelai itu dan secara tidak langsung terpandangkan wajahnya. Annisa tersengih. “Yelah tu selesa. Ke kau sengaja nak bagi orang tu tengok kau melaram sakan dengan baju kurung ni?"
          
Leeya menjongket hidung. “Pe bendalah yang kau merepek ni? Orang mana?"
“Elehh... Buat-buat tak tahu pula. Si pengapit Acap tu lah. Bukan main aku tengok korang main mata lagi. Hai, Widad. Tak lama lagi, dapat lagi Widad bapak saudara baru, ya?" Annisa meletakkan Widad di ribanya.

Tiba-tiba Leeya teringat sesuatu. Dari tadi dia mahu bertanya tapi tiada peluang.
“Saa, aku baru teringat nak tanya kau. Laki tu saudara-mara Acap ke?"
“Siapa? Naufal ke?"
“Naufal ke nama dia?"
“Haah. Naufal Zariff. Diorang bestfriend dari sekolah lagi. Apasal tanya? Kau nak try dia, erk?" Annisa serkap jarang.
“Euuuuu, takde maknanya aku nk try dia, okay. Kalau kau nak tahu. Laki tu lah yang langgar kereta aku dulu. Huh!"
              
Annisa tergamam. Kecil betul dunia ni. Tak sangka orang yang membuat Leeya marah tempoh hari rupa-rupanya sahabat baik Arsyad. “Biar betul kau ni? Confirm ke tak salah orang?"
“Betul lah. Nak salah apanya tadikan aku memang betul-betul usha muka dia masa nak hantar pergi dekat laki kau tu. Lepas tu, masa photoshoot tadi pun aku sempat tengok lagi. Confirm tu memang dia. Huhh, boleh pula dia buat muka good-good je."
“Hehe.. Kau macam ada peluang je ngorat dia. Pergilah try, dia tu single kalau kau nak tahu."
        
Leeya memandang pelik ke arah Annisa. “Dah kenapa aku nak kena ngorat dia pula kau ni? Biar lah dia nak single ke apa. Apa kena mengena dengan aku?"
“Sebab aku tengok dia macam suka kau. Dia usha kau tadi ke main, do. Kau tu je yang buat-buat tak perasan."
Leeya menggigit bibir. Betul apa yang dikatakan Annisa. Dia memang perasan lelaki kacak itu pandangnya tidak berkelip. Tapi, dia buat-buat tak nampak. Malu! Sudahlah baju mereka sedondon. Haish, dah macam pasangan bercinta pula.
          
“Eh, tapi dia lah kan yang kau cakap malam tu?"
“Apa?" Leeya buat-buat tanya.
“Ada malam tu lah, yang kau luahkan isi hati kau dekat aku tu." Balasnya bersahaja membuatkan gadis itu terbatuk kecilm cover!
          
Leeya tiba-tiba mengubah topik. “Habis kau lepak sini ni kenapa? Tak kesian dekat laki kau ke? Tuu, tengok tu. Kesian dia kena cuci periuk belanga.Tak nak tolong ke? Kau best je membawang dekat sini." Dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah Arsyad dan Naufal sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk bersama beberapa pemuda yang lain.
           
Tidak semena-sena jejaka itu turut terpandang dan tersenyum manis. Leeya terpaku. Annisa sudah berdehem sambil tersengih. “Hah, main-main mata pula. Aku yang baru kahwin ni pun takdenya nak sweet macam korang."
“Jelous lah tu." Tanpa sengaja dia mengeluarkan ayat tu. Annisa mencebik.              
“Kau sebenarnya gatal. Gatal juga kau ni. Tapi, tak nak mengaku." Perut Leeya dicucuk kasar.
“Sakit lah. Eee, dah lah malas aku nak layan kau. Widad, jom!" Widad yang berada di pangkuan Annisa ambil. Terus dia menonong masuk ke dalam rumah. Tanda dia sedar, ada sepasang mata sedang ralik memandangnya berserta senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience